30 April 2012 jam 9.15 malam. 4 orang AJK SKJ bersama Al
Fadhil Ustaz Harun mengunjungi sahabat Encik Khairuddin yang cedera di tangan
kanan, sakit tulang rusuk sebelah kanan dan cedera kaki sebelah kiri yang masih
berehat dirumahnya. Katanya, “saya tidak mampu untuk bergerak kerana masih
terasa sakit”. Untuk pengetahuan Jemaah, Encik Khairuddin adalah bekas pekerja
Petronas yang “diberhentikan awal” kerana mengalami sakit kencing manis yang
tahap serius. Penyakit Kencing manisnya menyerang di bahagian mata menjadikan
pandangan Kabul.
Menceritakan kisah yang dialaminya, “saya terpaksa berjalan
melalui bangunan yang gelap untuk menggelak daripada tembakan gas pemedih mata
dan semburan air. Saya berpesan kepada orangramai yang turut sama melalui jalan
ini agar berhati-hati kerana banyak lubang dan sepihan kayu serta besi. Tanpa
disedari, saya sendiri yang terjatuh didalam lubang. Alhamdulillah, ada bangsa
cina yang datang membantu saya".
Dan kepada Jemaah yang ingin membantu atau menghulurkan
sumbangan bolehlah berjumpa dengan SU atau TSU SKJ. JazakaAllah.
No comments:
Post a Comment