BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, May 4, 2012

BOB KUMAM MENINGGAL - AL FATIHAH

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.
 Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.
NORMAH OTHMAN menabur bunga di pusara suaminya Allahyarham Bob Kuman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan semalam.
 
 Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

 Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah. 

 Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan

MASIH kekal dalam ingatan banyak pihak, pertengahan April lalu kecoh kononnya Bob Kuman telah meninggal dunia selepas berita masalah kesihatannya mendapat liputan meluas media massa. Walhal, ketika itu Allahyarham masih bernafas.
Namun, berita yang diterima pada petang Khamis lalu benar-benar mengejutkan apabila penyanyi, pelakon, pelawak dan pemilik gerai Bawal Power, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 40, disahkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Kota Damansara pada pukul 4.38 petang.
Pemergiannya hanya disedari oleh isteri Allahyarham, Norma Othman, 29, yang cuba mengejutnya dari tidur.
Ya, Bob Kuman telah tiada. Selepas ini, tiada lagi gelak tawa mahupun lawak jenaka daripadanya. Aksi terakhirnya hanya boleh ditonton dalam program Maharaja Lawak Mega bersama sahabatnya Sobri.
Malah sewaktu menyertai program tersebut, kesihatannya sudah mula menurun apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh di bilik air dan ditahan di hospital kerana kepenatan.
Menurut adik Allahyarham, Syahrin Madzmin, abangnya meninggal dunia dalam tidur berikutan komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair yang dihidapinya.
Selain keluarga, teman rapat yang paling merasai kehilangan Allahyarham pastinya Saiful Apek atau Apek.
Allahyarham sering bergandingan dengan Apek dalam pelbagai program televisyen, antaranya sitkom Gitu Gitu Apek dan juga pernah muncul dalam album Apek pada tahun 2009 yang berjudul Saiful Apek & Famili.
Tidak hanya Apek, vokalis kumpulan Search, Amy yang turut rapat dengannya juga terkilan apabila tidak dapat menunaikan permintaan Allahyarham yang mahukan MP3 Search.
“Dia ada meminta MP3 Search tetapi sampai sekarang saya tidak berikan kepadanya, memang saya terkilan sangat. Saya juga ada menghubunginya waktu dia sedang sakit.
“Biasalah Bob, memang suka bergurau. Dia masih sempat bergurau mengatakan dia mahu pergi jauh sewaktu saya menghubunginya baru-baru ini. Saya tidak sangka itu petanda dia hendak meninggal dunia,” ujar Amy yang ditemui di kediaman Allahyarham.
Sepanjang hayatnya Allahyarham telah berlakon dalam puluhan filem dan drama, antara filem lakonannya, Jangan Pandang Belakang Congkak 1 & 2, Kapoww!!, Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib, Orang Minyak, Jutawan Fakir, Gemerlapan, Sama Tapi Tak Serupa dan Raja Melewar.
Tidak hanya berlakon, Allahyarham juga pernah muncul dengan beberapa buah album seperti Motivasi (1995), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001) bersama rakan sekampungnya Khuzaimi Ismail atau Kumin, yang menggelarkan diri mereka dengan nama KU2.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5, sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Sega Hulu, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan pada pagi Jumaat. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

No comments:

Post a Comment