BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, May 23, 2012

Pramugari vs Ulama


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari

1 comment:

  1. Saya dah berkerja selama 17 tahun dalam kapalterbang, dah mcm2 kerenah dungu dah bahalol saya jumpa. Persoalan saya ialah bila mengunakan perkataan "ulama" disini. Dari pemahaman saya, "Ulama" tu kurang kefahaman ke tentang cara2 mengambil wuduk? Secara asasnya, tertib wuduk ialah meratakan air dianggota badan. Fasiliti didalam kapalterbang tidak mengizinkan kita mengambil wuduk seperti disurau, rumah dan sebagainya. Tetapi tidak pernah menjadi masalah untuk mengambil wuduk namun janganlah sampai menyusahkan orang lain. Selama ini 2 perkara penting yang anak2 kapal dilarang menegur penumpang atas isu sentitif iaitu AGAMA dan POLITIK. Pencerahan yang cuba ditimbulkan ini cuma memburuk-burukkan "Ulama" jua. Menunjukkan seolah-olah "Ulama" kurang pandai, tidak bertimbangrasa dan tidak peka dengan masalah orang lain dan juga tertib berwuduk. Saya faham tujuan post ini tetapi saya rasa kurang sesuai dengan contoh watak tersebut. Kadang2 kita dalam cuba untuk menunjuk kealiman kita, kita juga tidak lari dari kesilapan. Dan utk pengetahuan semua, saya juga mengambik wuduk didalam kapalterbang dan saya dapati lebih mudah mengunakan cawan kertas dan curahkan ke sink utk meratakan air ke kaki. Dan sebagaimana saya maklumkan ini kapal terbang bukan masjid. Islam ini mudah. Alasan nak buat tu jer susah.
    Saya nak kongsi satu lagi pengalaman saya. Bulan ramadan, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Penumpang berpuasa dari KUL dan bersahur mengikut waktu Malaysia, berkeras untuk berbuka mengikut waktu Malaysia iaitu pukul 7.30 malam tetapi bersamaan 3.30pm waktu Jeddah (Terang-benderang diluar kapal). Katanya, "Ulama Internet" mengizinkan dia berbuka mengikut masa Malaysia. Saya sebagai anak2 kapal yang dipandang rendah didikan agama ini tak mau pertikaikanlah isu2 agama ni. Maka sesudahnya beliau berbuka, saya jemputlah dia ke ruang solat di pintu dua utk solat magrib..... Jawapannya, mana boleh tak masuk waktu lagi... Harap tuan punya blog boleh bagi pencerahan sikit kat sini.

    ReplyDelete