Isu perhimpunan BERSIH di dua tanah haram (Mekah dan Madinah).
Adakah ianya satu lagi permainan keji politik UMNO dalam memburukkan imej
BERSIH serta pembangkang (terutamanya PAS)
Berikut merupakan antara kenyataan media yang menggemparkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia berikutan dakwaan bahawa kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan kuota Haji dan Umrah disebabkan perhimpunan AMAN Bersih 3.0 yang diadakan di dua tanah haram (Mekah dan Madinah).
Berikut merupakan antara kenyataan media yang menggemparkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia berikutan dakwaan bahawa kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan kuota Haji dan Umrah disebabkan perhimpunan AMAN Bersih 3.0 yang diadakan di dua tanah haram (Mekah dan Madinah).
1) http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/11/mstar_berita/20120510161534&sec=mstar_berita
Petikan berita:
Jumlah Kuota Haji Diketahui Julai Ini - Jamil Khir
“ KUALA LUMPUR: Keputusan
mengenai jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia, sama ada dikekalkan atau
dikurangkan berikutan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada
26 April lepas, akan diketahui pada Julai depan.
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis berkata kerajaan
Malaysia sebenarnya bimbang perhimpunan haram itu mungkin memberi
kesan kepada pemberian kuota haji untuk negara.”
2)
Timbul persoalan, benarkah perhimpunan yang diadakan di Mekah dan Madinah itu
adalah sesuatu yang melanggar undang-undang Arab Saudi sehingga mengakibatkan
kuota Haji dan Umrah disekat/dikurangkan? Mengapa ia perlu menjadi kegusaran
dan kerisauan bagi kerajaan Saudi kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang
mengganggu gugat kepentingan mereka. Hujjah-hujjahnya adalah:
i)
Berdasarkan maklumat yang diterima, perhimpunan tersebut adalah perhimpunan
aman yang mana tidak ada aksi-aksi keganasan berlaku, melainkan aktiviti
bergambar yang mana ianya adalah kelaziman bagi para jemaah Umrah/Haji untuk
melakukannya.
ii)
Tiadanya tangkapan serta-merta bagi peserta BERSIH 3.0 akibat perhimpunan yang
diadakan. Bahkan berdasarkan maklumat yang diterima dari peserta perhimpunan
tersebut, wujudnya pihak berkuasa masjid Nabawi bersebelahan peserta
perhimpunan. Berdasarkan logik akal (bagi mereka yang berfikiran waras serta
tidak di racuni pemikiran mereka oleh UMNO dan kuncu-kuncunya), seandainya
perhimpunan bergambar tersebut adalah satu jenayah, sudah pasti mereka ini di
tangkap serta-merta oleh pihak berkuasa tersebut. Hakikatnya sehingga ke hari
ini tidak ada tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa Saudi terhadap peserta
himpunan tersebut. Berikut merupakan bukti bergambar kewujudan pihak berkuasa
Masjid Nabawi di perhimpunan tersebut.
iii)
Tiadanya kenyataan media rasmi Saudi berkenaan perhimpunan tersebut. Seandainya
benar perhimpunan (aktiviti bergambar dan memakai baju kuning) ini benar-benar
menganggu-gugat kepentingan kerajaan Saudi serta rakyatnya, sudah pasti ianya
akan menjadi tajuk utama media di Saudi.
3)
Menurut maklumat, terdapat
segelintir pihak yang menjadi batu api (di dalangi oleh UMNO dan proksi Agama
mereka ILMUAN yang sebahagiannya merupakan alumni dan mahasiswa Universiti
Islam Madinah) dalam melaga-lagakan hubungan baik Malaysia dan Saudi dengan
menyebarkan berita palsu (fitnah) bahawa peserta himpunan ini melakukan
aktiviti menghasut rakyat Saudi agar melakukan pemberontakan terhadap kerajaan
mereka berikutan semangat “arab spring” yang masih hangat di timur tengah.
Pengadu domba/pembangkit fitnah ini pada hakikatnya merekalah yang
memperjudikan kuota haji/umrah demi memperolehi “political gain” (faedah
politik). Kerajaan Arab Saudi sedikit pun tidak mempunyai pengetahuan mengenai
perhimpunan sambil mengambil gambar ini (yang di adu domba sebagai demonstrasi
ganas, khawarij dan sebagainya bagi menggambarkan keburukan himpunan aman ini)
Hal ini kerana:
i)
Sepanduk dan T-shirt yang dipakai oleh peserta dalam aktiviti bergambar
(himpunan BERSIH 3.0 Makah dan Madinah) sepenuhnya di dalam bahasa Malaysia.
Tidak ada yang dapat memahamkan mereka melainkan terdapat “penterjemah” (baca
pengadu domba/pemfitnah) yang menerangkan aktiviti tersebut kepada kedutaan
Saudi di Malaysia (dengan penerangan yang palsu serta berniat jahat).
ii)
Tidak ada langsung keterlibatan rakyat saudi atau mana-mana warga negara lain
dalam perhimpunan bergambar tersebut. Justeru perhimpunan tersebut tidak ada
kaitan sama sekali dengan tuduhan menghasut rakyat Arab Saudi atau mana-mana
negara agar bangkit menentang dan memerangi kerajaan mereka.
Terdapat banyak lagi
keraguan-keraguan mengenai isu ini serta konspirasi jahat yang dimainkan oleh
UMNO dan proksi Agama mereka (ILMUAN). Pendedahan mengenai aktiviti adu domba
mereka ini akan didedahkan dalam siri-siri makalah seterusnya...
No comments:
Post a Comment