BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, May 16, 2012

Markas PAS kena roboh


Oleh: anaabdullah

"Bercakap pasal markas PAS di kapung Semanyur Kemasik Kemaman di roboh, teringat saya dengan berita  Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup pada  minggu lepas.

Bukan setakat menutut sekolah milik rakyat Palkestin, malah pihak berkuasa Israel merampas kenderaan yang digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.
Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya sekolah itu diruntuhkan, namun mendapat bantahan penduduk kerana sekolah terdekat dengan kampung itu terletak pada jarak 20 kilometer.

Kelmarin, pihak berkuasa Israel turut merampas kereta seorang Pakar Haiwan Palestin ketika dalam perjalanan ke kampung tersebut untuk menyuntik vaksin kepada biri-biri.

Pada 1999, kawasan itu diisytihar rejim Zionis sebagai zon latihan perang bagi tentera Israel dan orang ramai tidak dibenarkan menetap di situ.

Namun, penduduk Palestin yang dihalau dari kawasan itu kemudian memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi yang kemudian mengeluarkan perintah injunksi untuk dibenarkan menetap kembali di kawasan berisiko tersebut.
Hairan juga tiada sebarang perintah dan notes tiba tiba pihak penguatkuasa majlis perbandaran kemaman datang runtuhkan markas yang dibina.
Yang peliknya markas umno/BN dibiarkan. Apa salah kami, sedangkan ia dibenarkan undang undang pilihanraya untuk membina markas.
Ya tak ya juga, bagaimana pula markas umno/BN dibiarkan. Apa salah PAS. Kan PAS ada hak untuk bina markas. Tak patuh majlis perbandaran kemaman buat begitu.
Penulis masih ingat dengan apa yang dikatakan oleh pengerusi SPR bahawa PRU 13 adalah PRU paling sengit, maka pihak pemerinta boleh buat apa saja yang dia suka demi untuk mencapai kemenagan.
Kerajaan ada kuasa dan  ada hak berbuat demikian.  Maklum saja mereka ada kuasa boleh buat apa saja untuk mencapai kemenangan PRU 13 ini.
Kita kena ingat PAS juga ada hak dari segi undang undang pilihanraya miskipun tindakan merobohkan markas ini satu tindakan yang boleh melemahkan gerakkerja parti bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Kalau orang pas biar dan tak berani melawan bermakna umno sudah menang dengan agendanya supaya PAS lemah.
Jangan lemah semangat. Markas diroboh, bina semula. roboh lagi bina lagi. Lawan mesti lawan. Kalau kita biar dan diam bermakna dia menang, PAS kalah.Jangan mengalah.

Admin: Kenapa tidak siarkan wajah-wajah yang meruntuhkan. Senang kita boikot mereka ini apabila ada majlis dirumah mereka. Ataupun tiada urusan jualbeli dengannya.

No comments:

Post a Comment