BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, November 30, 2010

MAUT DI PULAU KERENGGA


MARANG, 1 Dis: Seorang pekerja kilang maut ditempat kejadian, apabila motorsikal yang ditunggangi dirempuh secara berhadapan oleh sebuah bas ekspres yang membawa 10 penumpang di kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Simpang Tiga Gong Beris, Pulau Kerengga, jam 3.30 pagi tadi.

Penungang motorsikal terbabit, Mohd Shahabudin Sudin, 24, tahun yang sudah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu, menungang motorsikal jenis LC 135 bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Chendering, Kuala Terengganu dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke kediamannya di Kampung Tasek Kubu, Pengkalan Berangan, Marang.

Dalam kejadian itu, bas Ekpress SKA jenis Hino yang dipandu Abdul Rahman Daud, 54, membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu dikatakan gagal mengawal kenderaan selepas motosikal yang dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan untuk masuk ke simpang tiga berkenaan.

Ekoran itu,mangsa dirempuh secara berhadapan, menyebabkan bas terbabit melanggar dua tiang elektrik yang berada di bahu jalan dan terbabas masuk ke dalam semak dengan salah satu tayar sebelah kiri bahagian belakang turut tercabut.

Menurut Asisten Komisioner, Mazlan Yahya, Ketua Balai Polis Daerah Marang yang dihubungi mengesahkan, mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, badan dan patah kaki kiri.

Sementara itu, pemandu bas dan enam lagi penumpang masing-masing 4 dewasa dan 2 kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan.

Ujarnya, siasatan awal polis mempercayai kemalangan ini berpunca dari kegagalan mangsa berhenti memberi laluan kepada bas sewaktu memasuki simpang tiga tersebut, menyebabkan bas terbalik gara-gara mengelak.

Mangsa dibawa ke bilik forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Bas dan motosikal yang dinaiki mangsa ditahan di balai Trafik IPD Marang untuk siasatan lanjut.

BERSAMA TOK GURU DATO PRESIDEN DI TASIK KENYIR

 Boleh tahan doh ni. Nak bakar ke nak masak gulai lemak?
 Berehatlah dulu Tok Guru. Kita borak-borak TKO sikit.
 Cara jeling macam orang sebelah sudah dapat ikan. 
 Tenang je Tok Guru layan batang kail. Mungkin Tok Guru tengah fikir hal negara kot.
 Cara sangkut umpam mahu tiru jugak ke bang? Ke ada petua lain Tok Guru bagitau.
 Mesti Tok Guru ada beri petua ni.
 Pagi ni sejuk sikit.
 Sambil memancing sempat Tok Guru bagi tazkirah. Alhamdulillah. Itulah yang mahalnya ilmu Tok Guru.

Saturday, November 27, 2010

AL-FATIHAH ARWAH HAJI IDRIS BIN EMBONG - 360911-11-5167

Turutan Peristiwa

6hb. Nov. 2010 Sabtu 7:45 malam arwah yang rebah secara tiba-tiba kerana serangan darah tinggi (strok). Arwah yang dalam perjalanan ke surau Mak Chili Atas untuk solat Isyak berjemaah. Arwah yang ketika itu masih keadaan stadbil telah dibawa ke Hospital kemaman dan terus ke ICU. Jam 1 pagi arwah di bawa ke wad 3 dalam keadaan koma tidak sedar. Sehinggalah jam 7:50 pagi pada 9hb. Nov. 2010 hari selasa arwah meninggal dunia.

Monday, November 22, 2010

Hujan air batu di Mekah 2010


Hujan air batu di Mekah 2010
Pada hari Khamis 18 Nov 2010 bersamaan 12 Zulhijjah yang lalu ,iaitu merupakan hari pertama, bagi sebahagian jemaah Haji meninggalkan Mina setelah bermalam, selama 2 malam dan melontar jamrah iaitu antara wajib haji berlaku fenomena luar biasa lagi iaitu turunnya hujan air batu di sana.

Ia berlaku di Mekah selepas azan Asar berkumandang, hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya hujan bukan turun secara mendadak kerana mulai waktu Zohor langit memang kelihatan sedikit mendung, memang ada tanda-tanda hari mahu hujan, dan bahkan ketika jemaah haji bermalam di Mina juga hujan telah turun walau cuma sebentar.

Hujan berterusan dengan cukup lebat disertai dengan butiran air batu yang agak besar, disertai dengan ribut petir malah air mulai naik sehingga berlaku banjir kilat walaupun tidak seteruk seperti yang berlaku di Malaysia.

Perisitiwa hujan air batu di Mekah bukanlah kali pertama berlaku, beberapa tahun lalu pernah juga terjadi di sana. Begitu juga dengan peristiwa banjir kilat. Sering juga berlaku di sana. Ada yang mengatakan tidak pelik di sana berlaku banjir kilat kerana di Mekah dan Madinah tiada sistem perparitan kerana di sana jarang berlaku hujan yang memerlukan sistem perparitan.

Apapun,setiap kejadian yang dijadikan ada hikmahnya yang mana hanya Allah Mengetahuinya.

Sunday, November 21, 2010

RUMAH DI BUKIT KUANG

 Hajat dihati nak bagi cantik bahagian depan, tapi dah bagi sewa jadi susah sikit. Tengoklah nanti.
 Bahagiaan belakang target nak sambung biar semua tertutup. Apa-apa selepas inilah baru jadi pun.

Saturday, November 20, 2010

LEMBU GERGASI

LAPORAN DARIPADA IT UTUSAN MALAYSIA

‘Awang’ lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha

MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara ‘Awang’ dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung itu.

Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih.

Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu yang terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram. Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu.

Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidask putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan.

Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd Zainasir Taib, 45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu.

Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang.

“Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fakir lama saya terus bersetuju.

“Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih”, katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu.

Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya 500kg sahaja.

Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu.
 

LAPORAN DARIPADA IT HARIAN METRO

Tiga kali lebih besar

MARANG: Berita mengenai seekor lembu yang akan dikorbankan hari ini bernilai RM11,200 menyebabkan lebih 1,000 penduduk di daerah ini mengunjungi Surau Taman Safiah Murni di sini, untuk melihat sendiri lembu berkenaan.

Pengerusi surau yang juga Pengerusi Korban Perdana taman perumahan itu, Mohd Zainasir Taib, 45, berkata lembu yang pernah memenangi beberapa pertandingan lembu besar dan cantik sebelum ini, mahal kerana saiznya besar. “Kami menjangka apabila disembelih dan dagingnya dibahagikan, setiap bahagian akan mendapat 60kg daging menyebabkan peserta perlu membayar RM1,600 bagi satu bahagian.

Biasanya seekor lembu saiz biasa berharga antara RM2,600 hingga Rm3,500 tetapi harga lembu baka Caroler Mega dari Thailand itu tiga kali ganda lebih mahal,” katanya.

Menurutnya, lembu berusia tiga tahun 10 bulan dibeli daripada seorang penternak dari Manir, Kuala Terengganu, itu antara enam lembu yang akan dikorbankan hari ini di pekarangan surau taman perumahan berkenaan.

Zainasir berkata, lembu itu jinak dan mudah didekati pengunjung yang datang untuk melihat serta bergambar sengannya.

USTAZ AZHAR IDRUS - 21hb. NOV. 2010 AHAD

Salam buat semua, Ustaz Azhar Idrus kini berada dalam CCU hospital kuala Terengganu kerana sakit "HEART ATTACK" kepada anak muridnya diminta mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT menyembuhkan penyakitnya. Tolong sebarkan.

HARI RAYA AIDILADHA 17.11.2010 RABU

 Lembu no 9 disembelih di pekarangan hadapan surau, tapak kedai adik samad
 Lembu no 4
 
 Kawasan tanah lapang 1 ekar wakaf surau untuk pembangunan kelas pasti
 Lembu no 1 milik Encik Tarmizi (kapten) dan disedekahkan kepada surau dagingnya
 Lembu no 5

 Encik Abd Ghani bersama dengan anaknya mencuci perut. Tempat yang telah dikhaskan mencuci perut.

 Tempat agihan lembu no 2, 3, 4, 5, 6 dan no 7
 Yang berbaju petah Tn. Hj. Hanafiah Mat bekas calon bagi Dun Chukai. Yang berbaju hijau adalah AJK surau.
 Muslimat sibuk dibahagian dapur untuk memasak daging lembu no 1. Masakan goreng dan singgang daging bersama nasi putih.
 Lembu no 8
 Mak cik Mah adalah ketua masakan bagi Surau Batu 2, Kg. Jaya.

 Sebanyak 9 ekor lembu dikorban di Surau Batu 2, Kg. Jaya. Bermula jam 9:45 pagi hingga selasai jam 12 tengahari. Makanan yang di masak sudah siap sedia untuk jemaah merasainya. Sembelihan lembu dilakukan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad daripada Bukit Mentok. Sebelum ini Ustaz menjadi khatib dan Iman solat sunat Aidiladha dan sebelah malamnya kuliah maghrib disampaikan oleh beliau. Pisau ustaz buatan daripada negara Arab Saudi RM500k. Dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Pisau boleh menempahnya.