Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 31
Mak Man telefon banyak
kali tapi Man tak jawab. Ini merisaukan keluarga Man. Ke mana Man pergi ? Ke
JB, tak mungkin juga, pakaian Man tak bawak, ubat dia pun tak bawak.
"Bang. Saya risau
si Man tu....". Kata mak Man pada ayah Man.
"Alahhhh...
biarlah dia tu. Apalah awak nak risau sangat. Dia kan anak lelaki". Kata
ayah Man.
Mak Man seakan kecewa
dengan ayah Man, tak sangka pula jadi sebegitu. Syira juga risau, ke mana dan
bagaimana kesihatan Man. Syira dan ibu Man beberapa kali telefon Man, tapi
telefon Man tutup, mungkin disengajakan. Dari lebih kurang jam 2.00 petang
hingga ke maghrib, hingga ke malam, Man masih belum pulang.
"Bang, kita
usahalah cari ke mana Man. Takkan kita nak biarkan saja anak kita tu. Saya
risau, dah dekat pukul 10.00 Man masih belum pulang. Telefon dia pulak
tutup". Kata mak Man.
Ayah Man tak kata
apa-apa. Dari tadi ayah Man diam saja, mungkin ada rasa menyesal, apa yang dah
berlaku siang tadi.
"Saya rasa dia
ada di Johor Bahru. Bagi sini telefon, saya nak telefon kawan dia yang jual
burger tu, Aboi". Kata ayah Man, kemudian dia mendail telefon Aboi.
"Helo... Yer
pakcik, ni Aboi cakap". Kata Aboi yang macam terkejut juga bila ayah Man
telefon.
"Ermmm... Pakcik
nak tanya, ada nampak Man ke di sana ?". Tanya ayah Man.
"Abang Man ? Tak
adalah pakcik. Saya dekat gerai burger ni, kalau dia ada mesti dia datang sini.
Kalau kat rumah dia, saya tak tahulah pulak. Ermmm... kenapa pakcik ? Man dah
balik JB ker ?". Kata Aboi.
"Oh yer ke...
ingat kan dia ada situ. Tadi dia keluar sejak petang lagi naik kereta waja, tak
tahulah dia pegi mana. Aboi, boleh tolong tengokkan Man kat rumah dia
ker, manalah tahu dia ada kat rumah". Kata ayah Man.
"Okey, pakcik.
Sekarang saya pegi kejap ke rumah abang Man. Nanti lepas ni saya telefon pakcik
semula". Kata Aboi.
Aboi start moto, terus
pegi ke rumah Man sekitar 2 km saja. Dia tinggalkan gerai pada adik Aboi yang
setiap hari membantu Aboi. Sampai di rumah Man, dilihat rumah itu gelap saja
luar dan dalam. Di halaman, penuh dengan daun pokok yang kering, menunjukkan
sudah lama orang tak masuk rumah tu. Aboi telefon ayah Man dan beritahu, Man
tiada di situ. Aboi kembali semula ke warung burger.
Dalam hati Aboi, apa
yang sudah berlaku pada Man, tentu ada apa-apa...... Adakah Man kena culik ?
Fikir Aboi. Tapi tak mungkin juga, tadi ayah Man kata Man keluar naik kereta
waja. Aboi syak, mungkin ada sesuatu terjadi pada Man, mungkin ada perbalahan
dengan keluarga. Aboi cuba telefon Man tapi tak dapat. Kemudian Aboi sms,
"Abang Man, ada
di mana sekarang ?".
Rumah Man di kampung
diselebungi kesedihan dan dan kerisauan. Ayah Man dari tadi keluar masuk bilik
dan ruang tamu tak sedap duduk. Mak Man tak henti-henti mulutnya berzikir dan
baca ayat Quran. Syira berkurung dalam bilik, sudah banyak air matanya
mengalir. Adakah mereka akan kehilangan Man selama-lamanya ? Lampu rumah Man
diterangkan luar dan dalam. Sekali sekala mak Man buka pintu, lihat kalau-kalau
ada Man balik. Jam sudah pukul 11.00 lebih, Man masih tak tahu berita. Syira
hantar sms pada Man,
"Abang Man,
baliklah ke rumah. Jangan tinggalkan kami Abang Man".
Namun tiada jawapan
dari Man, telefonnya masih tutup. Kehilangan Man semakin menjadi tandatanya.
Kemudian, ayah Man berkata pada mak Man.
"Saya rasa Man ke
Kuala Lumpur jumpa perempuan tu..." Kata ayah Man.
"Yer ke Man ke
Kuala Lumpur, kan jauh tu. Pakaian dia lansung tak bawak tau". Kata ibu
Man.
"Alaaa.. Kuala
Lumpur bukan jauh sangat. Saya rasa dia pergi jumpa perempuan tu. Kalau Johor
Bahru tak ada, mesti dia ke Kuala Lumpur". Kata ayah Man lagi.
"Dah tu macam
mana bang, tak kanlah kita nak pegi cari dia sampai ke Kuala Lumpur". Kata
mak Man.
"Nanti dulu. Awak
ada simpan ke nombor telefon perempuan, anak orang kaya tu ? Kita tanya
dia dulu". Kata ayah Man.
"Saya tak simpan,
tapi Syira ada simpan, nanti saya mintak". Kata mak Man.
Mak Man masuk ke bilik
dan panggil Syira keluar. Atas nasihat mak Man, Syira mendail nombor telefon
Yanti. Bagaimanapun, tiga kali dail, telefon tidak dijawab.
Yanti hari itu hari terakhir dia jadi urusetia kursus di Kemaman. Malam tu sibuklah dengan program termasuk makan-makan dan persembahan karaoke berkumpulan dari semua peserta. Jadi, telefon Yanti tinggal dalam bilik. Yanti rasa terhibur hari itu melihat gelagat dan kerenah para peserta yang bersamanya selama dua minggu, esok berpisah jua. Maka esok pagi selepas sarapan, semua akan pulang ke destinasi masing-masing. Ada yang dekat, ada yang jauh. Ada KL, Johor, Kedai Perlis, Sabah Sarawak pun ada. Peserta dan urusetia, masing-masing sedih untuk berpisah esok setelah bersama-sama menempuh kursus dengan jayanya.
Yanti dan Badrul duduk semeja menikmati jamuan sambil melihat persembahan karaoke. Selepas para peserta menyanyi, juruacara iaitu salah seorang peserta menjemput para urusetia pula menyanyi. Mula-mulanya urusetia semuanya mengelak, sebab mereka semua tak biasa dengan karaoke. Bagaimanapun, juruacara secara spontan memanggil nama Yanti, kemudian orang lain bertepuk tangan dan memanggilnya ke pentas. Yanti memang ramai peminat, sebab dia seorang saja urusetia perempuan yang masih anak dara, yang lain dah tak ada dara, ops salah, sori yer. Yang lain dah kawin.

Dalam tersipu-sipu,
Yanti ke depan juga dengan diiringi oleh Badrul yang menghantarnya sampai ke
pentas, kemudian Badrul turun semula. Sebenarnya, Yanti memang sudah biasa
karaoke, dulu masa di universiti Yanti selalu berkaraoke dengan kawan-kawan di
bilik. Yanti pilih lagu nyanyian P.Ramlee tajuk Jeritan Batinku dalam
filem "Ibu Mertuaku".
Di mana, kan ku cari
ganti....
Serupa dengan mu....
Tak sanggupku
berpisah...
dan berhati patah,
hidup gelisah....
Alangkah, pedih rasa
hati, selama kau pergi....
Tinggal ku sendirian,
tiada berteman dalam kesepian...
Dunia terang, menjadi
gelita...
Cahaya indah, tiada
berguna.
Yanti menyanyi penuh perasaan, suaranya merdu dan lunak membuatkan semua terpegun. Ramai yang kata Yanti ada bakat sebagai penyanyi. Sebenarnya Yanti menjiwai lagu itu, sebab itu dia berjaya buat persembahan terbaik. Air mata Yanti mengalir waku menyanyi, bukan lakonan seperti orang lain sangka. Air mata itu adalah, terjemahan kepada cinta setia Yanti kepada seseorang.
Masa menyanyi lagu P.Ramlee itu, Yanti rasa seperti seseorang yang dicintainya hadir bersamanya malam itu. Di mana kan ku cari ganti ? Malam itu Yanti ditemani Badrul yang iringinya hingga ke pentas. Bukan itu saja, malah selama dua minggu Badrul berada disamping Yanti. Bolehkah Yanti melupai Man dan mengambil Badrul sebagai gantinya ?
Beberapa malam sebelum tamat kursus, Badrul ada menyarakan hasrat untuk menjadikan Yanti sebagai isteri. Mereka sebaya, dua-dua ada ijazah universiti, dua-dua pegawai kerajaan, duduk pula tak berapa jauh, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Yanti belum manjawab pelawaan Badrul itu, tetapi belum juga menolaknya. Badrul tidak kurang juga hensemnya dan anak orang bandar juga seperti Yanti. Sesekali Yanti fikir, kalau Yanti pilih Badrol, kebarangkalian keluarga Yanti terima cukup tinggi. Keluarga Yanti pasti tak akan menghina Badrol seperti Mat Burger yang sebelum ini disumpah seranah oleh abang-abang Yanti.
Yanti cepat-cepat kesat air matanya dan duduk semula semeja dengan Badrul dan cuba tersenyum. Badrul puji sedapnya lagu tadi. Yanti lepas itu minta diri untuk balik ke bilik, katanya sudah mengantuk. Jam sudah pukul 12.00 malam tapi masih ada makanan dan persembahan lagi sebenarnya. Yanti kata dia terlalu penat dan handak berehat.
Badrul ada sesuatu yang hendak diberikan pada Yanti malam itu, tapi Badrul serba salah dan bercampur segan untuk menyerahkan sendiri pada Yanti. Bila Yanti dah masuk bilik, Badrul berbisik dengan Maria supaya menyerahkan satu hadiah itu pada Yanti. Badrul mengeluarkan satu bungkusan kotak kecil sebesar kotak kasut dari beg dan serahkan pada Maria.
"Hehe... ni jadi posmen ni kena belanja ni.. hehehe" Usik Maria. Maria tahu, Badrul minat Yanti dan berhasrat nak jadikan Yanti sebagai isteri.
Yanti balik ke bilik dan didapati ada beberapa miscal, antaranya dari telefon Syira. Yanti terkejut dan hairan. Yanti tertanya-tanya, kenapa Syira menelefonnya, adakah sesuatu yang penting, kenapa yer ? Ini mesti ada kaitan dengan Man. Kenapa ? Adakah ada kaitan dengan kesihatan Abang Man. Yanti nak dail semula, tapi jam dah 12.00 malam, macam tak sesuai. Mungkin hendak tunggu pagi esok saja. .... Tapi Yanti belum tentu dapat tidur, kalau tak telefon Syira semula.
Yanti kuatkan semangat untuk mendail telefon Syira. Tapi, Yanti batalkan semula hasratnya, dia mesti fikir betul-betul dulu, patut atau tidak.... Serba salah betul Yanti, yer le sudah sebulan lebih Yanti tak telefon Man atau keluarga Man termasuk Syira, mana mungkin malam ini dia nak telefon. Dalam jam 12.30, Yanti nekad untuk menelefon Syira setelah dia bersedia untuk menyusun ayat termasuk nak tanya, kenapa tadi Syira telefon dia. Okey, Yanti dail telefon Syira. Waktu itu Syira sedang baring seorang diri dalam bilik.
"Syira, apa kabar, tadi ada telefon Kak Yanti yer ? Maaf tadi kakak ada program, kakak kursus kat Kemaman ni". Kata Yanti.
"Ohhh.. maaf ganggu kak. Cuma Syira nak tanya, kakak tahu ke di mana abang Man berada waktu ni ?". Tanya Syira.
"Tanya Abang Man di mana ? Kakak.... Kakak tak tahu, kakak kursus di Kemaman di dah dua minggu. Kakak memang dah lama tak dengar berita abang Man.... Syira, ke mana abang Man ? Apa dah berlaku ? Bagaimana keadaan abang Man sekarang ?" Tanya Yanti.
Syira terus terdiam dan suaranya tersekat-sekat. Perasaannya terus risau dan tidak lega lagi. Tadi kalau Yanti kata Man ada di KL, mungkin Syira boleh rasa lega.
"Abang Man... Abang Man keluar rumah petang tadi, terus tak balik. Tak tahu pergi mana. Di JB pun tak ada ?" Jelas Syira.
Berita ini merisaukan Yanti. Malam ini sepatutnya dia gembira tapi suasana sudah bertukar. Dia pula teringatkan Man. Bagaimana keadaan Man ? Man kemalangan ? Atau.... Man sudah tiada lagi ? Semuanya bermain di fikiran Yanti.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 32

No comments:
Post a Comment