BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, January 31, 2011

Warga emas malukan PDRM dan Menteri, Padan Muka

 Kesian kepada Pak Cik ye!

Ini hanyalah gambar hiasan sahaja

Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. Tak nak dengar cakap. Akhirya atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN Malaysia. Ada ke atok 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang tak tahu malu?
 
Warga emas terkejut kena saman
 
KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.
 
Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.
 
Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.
 
Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.
 
"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.
 
"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.
 
Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.
 
"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.
 
"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.
 
Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.
 
Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.
 
"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.
 
Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

Tuesday, January 25, 2011

ISU SALAM BERJABAT TANGAN















 Pembuatan ini tidak apakah disisi agama PM? Sebab Datuk Lee kata lemas!

Isu bersalam antara lelaki dan wanita dalam ajaran agama Islam menjadi isu dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Isu ini telah dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan isu rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran duit rakyat. Justru isu ini tidak menarik perhatian ramai sebelum ini. Kesannya adalah sangat sukar untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam kerana keterbatasan ruang dan masa. Dalam ajaran Islam lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim walaupun bersalam kecuali menggunakan alas seperti kain.

Bukan muhrim adalah mereka yang bukan saudara mara terdekat. Mereka yang boleh berkahwin di anggap bukan muhrim. Contoh muhrim adalah anak perempuan dengan bapa, abang dengan kakak, atuk dengan cucu perempuan dan lain-lain lagi. Mereka boleh bersentuhan secara yang munasabah. Sementara bukan mukrim adalah mereka yang tidak ada hubungan keluarga terdekat. Contohnya Cikgu Mala dengan Tok Ai di Tenang, Cikgu Mala dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Dato’ Sri Mohd Najib dengan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Tan Sri Mahyuddin Yassin dengan Datin Sri Romah Mansur.

Islam membatasi perhubungan ini adalah bertujuan untuk menghormati mereka dan untuk mengelakkan fitnah. Tidak benar pandangan yang mengatakan bahawa Islam melarang bersalam kerana tangan orang bukan Islam kotor. Walaupun tidak dibenarkan bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim tetapi mereka tidak dilarang mengadakan perbincangan dan dialog secara berkumpulan. Bagi perhubungan antara sesama wanita tiada larangan bersentuhan langsung. Bagi masyarakat bukan Islam yang memahami ajaran Islam sebenar, perkara ini tiada masalah. Tetapi bagi mereka yang belum lagi berkesempatan memahaminya menyebabkan kami rasa bersalah. Takut mereka berkecil hati. Bayangkan bagaimana perasaan seseorang rakan bukan Islam jika mereka menghulurkan tangan ditengah khayak ramai tiba-tiba kami menolak pelawaan mereka. Itulah delima yang kami hadapi selama ini.

Dalam pilihanraya kecil Tenang Presiden MCA telah membangkitkan isu kecil ini menjadi besar. Jawapan balas daripada PAS dan PR telah menyebabkan masyarakat bukan islam dapat memahaminya dengan baik. Kesannya adalah masyarakat bukan Islam semakin memahami ajaran agama Islam sebenar. Ini terbukti apabila Cikgu Mala dalam kempennya tidak menghadapi masalah dengan masyarakat lelaki bukan Islam semasa beliau berkempen di pasar Labis. Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak membangkitkan isu ini saya yakin ramai masyarakat bukan islam tidak berpeluang memahami isu ini terutamanya di Labis. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana membangkitkan isu ini.

Walaubagaimana pun terdapat satu persoalan yang perlu dijawab oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Mengapakah beliau membangkitkan isu ini? Apakah kerana keuntungan politik atau kerana ketidak fahamannya terhadap ajaran Islam. Jika kerana keuntungan politik maka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah seorang pemimpin yang sanggup merendahkan agama Islam untuk kepentingan politik. Pemimpin seumpama ini boleh membawa malapetaka kepada kepada negara. Pemimpin seumpama ini wajib di tolak oleh semua masyarakat dalam negara. Sebaliknya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melakukannya kerana ketidakfahamannya maka perlu di persalahkan kepada Dato Abdul Ghani Othman dan Tan Sri Mahyuddin Yassin. Mereka sudah lama berkawan di Johor tetapi tidak menyampaikan larangan-larangan dalam ajaran agama Islam ini. Mungkin mereka sukar memberi kefahaman kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mereka berdua juga bersalam dengan bukan muhrim. Saya perhatikan YB Lim Kit Siang dan YB Boo Cheng How sudah memahami isu ini dengan baik, mungkin sejak DAP bersama dalam PR.

Jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih kurang memahami isu ini, Pemuda PAS Pusat sanggup memberi khidmat nasihat kepada beliau berkenaan ajaran agama Islam sebenar. Ini bagi membantu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menjadi pemimpin yang hebat, boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat dalam negara ini.

Suhaizan Kaiat

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat.


Sunday, January 23, 2011

TANDAS EKSEKUTIF DI TERENGGANU

 Apakah tujuannya dibina tandas ini di Negeri Terengganu?

AJK SURAU BATU 2 KAMPUNG JAYA KE PENAMAAN CALON DUN TENANG


 Calon kita Cikgu Mala



DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.



 SU sedang membahagikan peserta untuk bergerak ke Labis

 Sibuknya tugas SU. jam 10.30 malam dah.
 Kami berkumpul di surau sebelum berangkat ke Labis. Sebelum ini kuliah ustaz Ya pasir gajah di surau ini berkisar tasawwuf islam.
 Di dalam kereta Naza Ria Tuan Haji Salleh
 Kami singgah sekejap di Masjid Muazan Shah sambil makan mee hoon goreng dan kerepok yang telah dibekalkan.

 Kami sudah samping di Pekan labis

 Tuan haji Salleh
 Encik Khairuddin pemilik kereta Cherry
 Solat Hajat Kumpulan pertama
 Solat Subuh
 Banyak masjid dan surau dikunci. Mengapa jadi begini wahai manusia yang jika kamu mengaku Islam?
 Pihak AJK masjid dan surau tidak benarkan kami menginap dan bersolat di rumah Allah. SubahanaAllah manusia kalau dah jahil dan pintu hati sudah tertutup susahlah jadinya. 
 Sumber air yang terhad iaitu di Pamp minyak Petronas sahaja.
 Dataran yang disewa RM10.000.00 
 
 Anak muda yang telah diupah untuk tujuan ini. Ketika ini Jemaah Pas baru sahaja selesai solat subuh dan hajat peringkat kumpulan pertama. Mereka ini telah meracau dikawasan PAS ketika solat hajat peringkat ke2.
 Berlegar di dalam kawasan pamp minyak petronas.
 Anak muda yang tiada haluan
 Semasa Tazkirah dan zikir
 Sedang mendengar tazkirah
 Masa ini solat hajat daripada kumpulan ke dua. Dan baru sahaja kumpulan pemuda bermotor membuat bising.
 Dari kiri Dr Piza, Pok Awang (Tok Bilal) dan Azmi posmen
 Tadah doa sebelum bergerak
 Dari kiri SU Cikgu Azmi, Dr Piza, Hasnol dan TSU encik Rahim
 Azhar AJK Surau Batu 2, kampung Jaya
 walaupun OKU tetapi masih gagah untuk turut serta.


























 Orang kuat Surau batu 2 kampung Jaya
 Dua beradik
 Ibu tersenyum, anak sudah tidur.
 Anak-anak yang ingin bersama keluarga
 Hebat muslimat membawa anak yang masih kecil
 Beratur dahulu sebelum order
 Nasi kukus
 Muslimat Dun Chukai dan AJK Surau Kampung Jaya
 Dataran Labis
 Pejabat Daerah Labis
 Ustaz Taliban (Ustaz Hazli Musa) dari Perak
 kain rentang sebagai bantahan Barang Naik
 Abah terpaksa dukung anak ini kerana mahu melihat Cikgu Mala. Anak dari Pasir Gudang Johor berumur 5 tahun.
 Anak yang setia
 YB Ustaz Mujahid Rawa
 YB Khalib Samad
 Ustaz Azman Shapawi dan Ustaz Yusuf Embung
 YB Teressa Kok
 Di tengah padang yang disewa khas untuk solat subuh dan solat hajat. Selepas masjid dan surau dikunci.
 Chuan Jeng Men





















 
 YB Azmin Ali
 Tuan Guru Presiden berucap selepas penamaan calon
 Pertugas yang bersemangat
 Mat Sabu
 Helikopter yang dinaiki oleh PM
 Projek mee segera di Tenang
 Salah satu perkampung felda di Tenang
 Selepas diumun dihari penamaan calon
 Cikgu Mala
 Pentas bergerak

 Cayalah set Terengganu

 Nak balik dah.Sekarang ni kat masjid Muazan Shah mandi dan solat jamak. Jam 2 petang