BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, September 27, 2010

6:30 pagi MANDI LAUT DI PANTAI RUSILA

Sempena majlis perkahwinan Ayah De (Wan Mohd Nasir) kami sekeluarga mengambil peluang mandi laut di Pantai Rusila iaitu pantai belakang rumah Kak Jah (Wan Faizah). Bestnya mandi laut di waktu pagi. Airnya ada rase sejuk dan panas. Tak cuba tak tau!

MAJLIS PERKAHWINAN WAN MOHD NASIR & IMA

Sunday, September 26, 2010

Tangan Adik Wan Nur Aina Najihah

Ini kesan tangan adik yang terkena kaca almari semasa maghrib malam Jumaat 1hb April 2010. Abah pergi surau Batu 2 Kampung Jaya bersama kakak dan angah untuk solat dan mendengar kuliah ustaz Hishamudin Abd Karim. Yang tinggal kat rumah mama dan adik je. Adik di masuk ke Wad Hospital Kemaman jam 10 malam. Pada hari Jumaat jam 2:30 petang adik di hantar ke Hospital Kuantan kerana Hospital Kemaman ketiadaan pakar yang secara kebetulan Doktor pakar pergi ke KL. Abah mengambil keputusan untuk di rujuk ke Hospital Kuantan. Terpaksalah abah dan mama menginap dalam wad 3 hari 2 malam. Gambar ini dirakam selepas seminggu pulang daripada Hospital Kuantan dan selepas itu tiap-tiap hari berulang ke Hospital Kemaman untuk cuci luka. Hampir sebulan untuk sembuh dan jahitan tercabut.

Thursday, September 23, 2010

IKAN KAKAP PUTIH 6.1kg

Ikan ini di pancing oleh kawan Abah pada pagi Jumaat 17hb. Sept. 2010 di sungai Seberang Tayor Hilir kawasan Abah mandi bersama anak-anak.

Saturday, September 18, 2010

XPDC MTB ke Jeram Tujuh di Air Putih

XPDC MTB pada 7hb. Ogos  2010 hari sabtu bertolak jam 8:00 pagi bermula di Perumahan Perwaja. Bagi Abah XPDC kali ini kira berjaya kerana sudah lama aktiviti MTB tertangguh selepas kejohanan di Melaka. Di kejohanan di Melaka Abah mendapat tempat ke 5. Alhmadulillah hebat juga Abah itupun kerana basikal buat hal. 

XPDC MTB ke Jeram Tujuh di Air Putih


Abah bergambar kenangan bersama peserta XPDC Mountain Bike (MTB) sejauh 47km sehala. Abah cuma menjadi Marshall  berkenderaan Hilux je. Tujuan asal untuk ke Air Terjun Jeram Tanduk tetapi kerana ada masalah iaitu kawasan berkenaan telah di wartakan sebagai kawasan larangan kerana penyakit kencing tikus. Sebab itulah arah tujuan bertukar tempat.

Monday, September 6, 2010

Cukur Jambul


Ini lah Abah yang diberi kesempatan mengunting rambut Adik Aina. "Jangan lupa selawat Bah" doakan adik agar menjadi ustazah satu hari nanti ye. InsyaAllah adik akan jadi Muslimat yang sejati yang sentiasa berlandaskan pegangan al-Quran, Hadis dan para ulama.

Pak Mat Misai @ Pak Mat Telekom

Pengerusi Jkkk Mak Chili lah ni kalu sapa-sapa nak kenal.

Sunday, September 5, 2010

CUKUR JAMBUL

Ayah Chik memangku adik Aina untuk majlis cukur jambul. Majlis ini berlangsung di rumah orang tua Mama. Majlis ini sempena solat hajat untuk Tok Ki menunaikan Haji. Untuk jimat belanja buat secara pekejlah.

Saturday, September 4, 2010

DI PERKARANGAN MASJID JAMEK PEKAN PAGOH

Bersiap bersolek Mama sebelum ke rumah pihak perempuan. Apa-apa pun Mama tetap happy sokmo.

DI PERKARANGAN RUMAH PEREMPUAN

Parking kereta terlalu hampir dengan rumah pihak perempuan. Susahlah macam ni. Apa-apa pun ok belaka. Abah susah hati cari puting adik tak jumpa-jumpa.

Wednesday, September 1, 2010

ROMBONGAN - BERTUNANG

Kesian kat Mama kena dukung Adik. Orang lain bawa dulang hantaran. Abah dia pergi mana? Mama kena cari. Kena check betul-betul. kan Abah ngejas awek!

BAKAL MENJADI SUAMI ISTERI

Daripada Kemaman ke Pekan Pagoh Muar 301km. Bersamaan 5 jam perjalanan.

MAJLIS PERTUNANGAN AZIZI

Mak menyarung cincin ke bakal menantu "Cik Ifah" tapi masih dengar kata-kata tuan penasihat "Mama sayang".