BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, May 6, 2012

Kisah Sb Menyamar Sebagai Ahli Pas Ampang


Blog WasiatPejuang

Sebentar tadi aku berada di Balai Polis Cheras bersama Khalid Ismath yang pada mulanya di minta hadir untuk memberi keterangan di IPKL naum dia telah di tahan dan di bawa ke balai polis Cheras.

Aku bersama team keselamatan khas Pas Pandan ...telah menanti Khalid di tepi bilik siasatan. Untuk pengetahuan semua team Keselamatan Khas Pas Pandan ni muka dan gaya sebijik macam polis, siap dengan walkie talkie.

Tiba2 datang seorang pakcik bertanyakan kami "Pak Ya ada mana?" Kami pun hairanlah Pak Ya mana. Dalam kami semua tu ada seorang pemuda Pas Ampang, bila si pakcik ni ternampak muka pemuda Pas ampang dia jadi terkejut.

Sebenarnya pakcik ni ingat kami semua ni SB pada mulanya tapi bila dia bersalam saja dengan pemuda Pas Ampang ni muka dia sudah jadi lain. Mulalah dia tergagap dan terus masuk ke bilik siasatan CID tempat Khalid di soal siasat.

Rupa2nya menurut pemuda Pas Ampang ni pakcik ni selalu join program Pas di Ampang dan khejanya lepak di kedai kopi sembang macam orang Pas.

Billa dia keluaq dari bilik CID tu kami tanya dia ada apa kes datang sini. Dia jawab dia mai nak tolong abang dia kena cekup pasai dadah.

Aku tak mau tuduh pakcik ni SB atau apa tapi cuma nak kemukakan beberapa persoalan:

1-Siapa pakcik ni yang tiba2 terus boleh masuk ke bilik siasatan CID tanpa ada sebarang halangan dari polis?

2-Betulkah dia datang nak setlekan abangnya yang menjadi penagih dadah. Kalau betul kenapa kes dadah perlu datang ke CID sedangkan kes dadah adalah di bawah anti nakotik. Dan berapa pula usia abangnya sedangkan umur pakcik ni pun sudah menjangkau 50an dan jika betul pun abangnya penagih dadah maka ianya sudah pasti dalam usia lebih 50 tahun menjadi penagih dadah yang tegar dan keluar masuk lokap atau pusat pemulihan itu adalah perkara biasa. Jadi untuk apa pakcik ni nak buat kalut dengan perkara yang dah rutin bagi seorang penagih dadah tegar.

3-Siapa Pak Ya? Kenapa pakcik ni bertanya kami di mana Pak Ya di dalam balai polis melainkan Pak Ya itu adalah seorang polis dan pakcik ini bertanya kami kerana menyangkakan kami adalah juga polis.

4-Kenapa bila menyedari kami bukan polis pakcik ini sudah jadi gabra dan terus masuk ke bilik CID dan apabila keluar terus kasitau benda2 yang kami tak tanya seperti apa yang ada dalam begnya dan tujuan apa dia datang kemari.

Jadi kepada pimpinan Pas dan PR di parlimen Ampang berhati hatilah dengan orang ni. Gambarnya telah di rakam... sila cari kepada Team Keselamatn Khas Pandan untuk rujukan agar tidak ada onar yg cuba merosakan parti anda di Ampang.... 

No comments:

Post a Comment