“Dahi mak koyak,
ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth,
anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada
perhimpunan Bersih 3.0. Pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami)
itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50
tahun.
Beliau yang mengetahui
hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman
itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat
kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan
pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini
dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi
manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan
polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum
air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti
kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN
kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu
mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang
menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai
pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh
mana kerosakan usus.
No comments:
Post a Comment