BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, December 28, 2011

JOM PAKAT GI DEH



FORUM BERSAMA MUALLAF


AHLI PANEL

SDR. ROBBY ZAID TANDANG
EKSEKUTIF TV AL HIJRAH & PENGACARA PROGRAM STUDIO MUALLAF


CIK AIN VALERIE
 PEJABAT NAIB CENSELOR UM


MODERATOR
UST. MUHAMMAD RASHIDI ABDULLAH
PENDAKWAH BEBAS & BEKAS PEMBANTU PADERI


TAJUK
MENAPA SAYA MEMILIH ISLAM


TARIKH
31hb. DIS. 2011 SABTU


MASA
7:30 MALAM


TEMPAT
SURAU BATU 2
KAMPUNG JAYA

KULIAH DI SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA

InsyaAllah kuliah maghrib pada 29 Dis 2011 Khamis akan disampaikan oleh Ustaz Che Harun Ibrahim.

InsyaAllah kuliah subuh pada 30 Dis 2011 Jumaat akan disampaikan oleh Ustaz Abu Aiman.

InsyaAllah kuliah subuh pada 31 Dis 2011 Sabtu akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ali.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 1 Jan 2012 Ahad akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ibrahim.

NOVEL - SUDAH NASIB MAT BURGER

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

..... EPISOD 3

Man masih menaruh harapan yang satu hari nanti, gadis itu akan menelefonnya. Mungkin waktu hujung bulan, waktu orang dapat gaji gerai burgernya ramai, mungkin gadis itu akan menelefonnya untuk membuat tempahan. Yang Man nak tahu, nombor telefon yang gadis itu dah tentu terpapar nanti. Man dah rancang, kalau ada no tel gadis tu, boleh saja sms. Tapi anggapan Man meleset. Gadis itu datang ke gerainya beli burger, sanggup tunggu lama macam biasa. Tak telefon pun. Man taklah tanya kenapa tak telefon, malulah pulak.

Anggapan Man, mungkin gadis pujaannya itu dah ada pakwe atau dah tunang. Takkanlah gadis secantik itu tak ada pakwe pada anggapan Man. Tapi Man tak kisah semua tu, Man tetap teruskan usaha, bagaimana nak memulakannya. Hatinya sudah terpaut.

Suatu hari, pagi Ahad dalam jam 11.00, Man ke sebuah pasar di JB. Biasalah kalau hari Ahad ni Man bangun tidur lewat sebab malamnya tutup kedai hingga ke pukul 2.00 pagi, orang ramai hujung minggu. Sedang Man tolak troli berisi sayur timun dan salad serta telur, dari jauh Man terpandang seseorang. Yer, gadis itu sedang membeli di pasar dengan seorang kawannya, mungkin itu teman serumahnya. Man rasa malu nak tegur sebab gadis tu berdua, Man sorang. Bila berselisih ketika sama-sama tolak troli, tiba-tiba gadis itu menegurnya.

"Hai... banyak beli ? ". Kata gadis tu sambil tersenyum manis.

"Errrrg. Yer, beli untuk niaga". Kata Man sambil suaranya tersekat-sekat, nampak sangat gemuruhnya. Itu saja perbualan mereka.

Man tak boleh bercakap lama, troli Man kena jalan cepat, tak boleh berhenti sebab ada orang lain yang tolak troli di belakang. Kemudian dalam beberapa langkah, Man berhenti semula dan menoleh ke belakang, dilihatnya gadis itu menuju keluar dan hendak pulang. Man belum habis membeli. Dalam hati Man, ada sikit menyesal iaitu kenapa dia tak berbual lama-lama tadi. Tapi dalam hati Man cukup gembira sebab gadis pujaannya itu menyapanya tadi, sungguh Man tak sangka. Hari itu kiranya adalah hari yang mengembirakan dalam hidupnya.

Suatu hari tu, Man pandu kereta Wajanya perlahan di jalan dua hala. Kemudian Man nampak kereta satria merah yang nombor pendaftarannya Man kenal, memotongnya dari sebelah kanan. Betullah Man nampak gadis tu berdua dengan kawannya. Man terus memecut untuk mengekori kereta tu dan Man percaya gadis tu nak pulang ke rumah. Pada Man, bagus juga kalau dia ikut tapi jauh sikit supaya tak nampak. Man nak tahu juga di mana rumah gadis tu. Kemudian kereta satria tu membelok ke sebuah pangsapuri yang ada pengawal keselamatan. Barulah Man tahu, gadis tu tinggal di situ, tak jauh dengan gerai burgernya. Setahu Man, pengawal keselamatan tu tak berapa tegas dan biasanya membenarkan kereta luar untuk masuk. Hari tu Man tak masuk ke dalam pagar pangsapuri tu, cukuplah Man tahu di situ rumahnya.

Keesokannya, Man masuk ke pangsapuri tu, Man angkat tangan pada pengawal dan dibenarkan masuk. Man nak tengok kereta dan sekurang-kurang nak tahu gadis tu duduk di blok mana. Hari itu, Man nampak kereta tu di blog A, parking teduh di bawah pokok. Melihat kereta tu saja, kerinduan Man mula terubat. Kira dahsyat tu, tengok kereta pun boleh terubat rindu. Man jeling-jeling, rumah yang mana satu gadis tu duduk, blok A saja ada 4 tingkat, lebih kurang 20 biji rumah. Memang susahlah nak tahu tapi pada Man cukuplah untuk hari itu, mungkin hari lain Man tahu rumah mana gadis tu duduk. Man rasa kalau tahu rumah, makin terubat kerinduan, lebih lagi kalau dapat tengok baju 'Shiela Majid' yang tersidai di ampaian tu.

Suatu petang, Man buka gerai dalam jam 6.00 petang bersama seorang pembantunya. Hari tu dah lebih sebulan Man kasi nombor telefon pada gadis tu, tapi masih belum ada satu pun panggilan. Tapi Man terus sabar menunggu, pada Man bukan setakat sebulan, setahun pun Man boleh tunggu. Bagaimanapun, tak berapa lama kemudian, telefon Man berbunyi dan Man jawab. Panggilan dari seorang wanita muda.

"Helo, ini Man ker. Man yang jual burger tu ker ?". Seorang gadis yang Man masih belum kenal.

"Yer, ini Man. Boleh tahu siapa cakap ni?". Man tanya dengan suara yang agak bersopan. Maklumlah perempuan muda yang telefon tu, kenalah kontrol suara.

"Ini Yanti. Yang selalu beli burger tu". Jelas perempuan tu.

"Yanti ? Yang mana satu ni yer ". Man memang tak kenal walaupun hati dia ada syak juga, mungkin itu gadis pujaannya yang dapat nama timang timangannya Shiela Majid tu. Sebab Man tak ada kasi nombor telefon dia kepada pelanggan lain kecuali gadis tu.

"Ini Yanti yang bawak satria merah tu". Kata gadis tu.

"Oh yer, Yanti. Nak oder burger ke? Hari ni nak ayam ke daging ?" Kata Man kerana dia ingatkan gadis tu nak tempah burger.

"Tak tak, bukan nak beli burger. Nak mintak tolong sikit sekarang boleh tak ?". Kata Yanti.

"Minta tolong ? Boleh, boleh. Tolong apa ?". Kata Man dengan penuh yakin dia dapat tolong, walaupun Man tak pasti mintak tolong apa.

"Man. Kereta Yanti sekarang mati di trafik light dekat dengan bank bumi ni. Boleh tak mintak tolong datang tengokkan. Yanti seorang jer sini, rasa takut pulak, tak tahu nak buat apa". Kata Yanti dan suaranya agak panik dan ketakutan juga.

"Boleh, boleh, kejap lagi Man datang, tunggu kat situ yer". Kata Man dengan bersemangat, terus dia tinggalkan gerai dia pada pembantunya. Man bawak kereta Wajanya.

Dalam 10 minit Man sampai ke situ seorang. Man lihat kereta kereta satria merah di tepi jalan tapi tak ada orang. Rupanya Yanti ada jauh sikit di tempat tunggu bas tak jauh dari situ.

"Kenapa kereta yer ?". Tanya Man sambil matanya menjeling pada wajah ayu Yanti. Terubat kerinduan, dah dua hari tak jumpa. Rupa namanya Yanti, manis nama itu, semanis orangnya. Yanti hari tu bertudung corak-corak warna coklat, tshirt putih dan seluar slack kelabu. Nampak cantik hari tu, bisik hati Man.

"Tak tahulah, tadi baru lepas basuh kereta, sampai kat sini terus mati. Tadi orang lain tolong tolakkan kereta ke tepi." jelas Yanti.

Kemudian Man buka enjin dan cuba start tapi masih tak hidup. Man tak berapa tahu sangat bab nak repair kereta ni. Kalau setakat tengok bateri dan air tu bolehlah, tapi bateri elok lagi. Kemudian Man telefon kawannya Ajis yang bengkelnya tak jauh dengan gerai burgernya.

"Helo Ajis. Ada free ker ? Boleh ke datang kat sini depan bank bumi, kereta satria merah, saya ada sini". Telefon Man.

"Ok. Boleh, tapi rosak apa ?". Ajis.

"Tak tahulah tapi tadi baru lepas basuh kereta. Tiba-tiba mati". Man

"Ok. Aku datang, mungkin ada cuci enjin tu, mungkin masuk air. Nanti aku datang tengok". Ajis.

Sepuluh minit juga menunggu Ajis datang. Jadi ini peluang Man berdua saja dengan Yanti di situ sambil berdiri sebelah kereta. Man seakan bermimpi dapat menemankan Yanti petang tu. Man cuba yakinkan dirinya yang dia bukan sedang tidur sambil gadis pujaannya datang dalam mimpi. Ini bukan cubaannn tapi kenyataan. Tapi apa yang Man nak bualkan ? Senggugut Man dah mula datang, berdetap detup jantungnya. Yanti nampak rilek saja, tak macam Man.

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
....BERSAMBUNG KE EPISOD 4


KEHIDUPAN KITA



Tuesday, December 27, 2011

KULIAH MAGHRIB 28 DIS 2011 RABU USTAZ MOHAMMAD NAJIB ALI

InsyaAllah kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh ustaz dalam hurian kitab Al Rahman. Bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

CATATATAN USTAZ MOHD KHALIL (KADI KLUANG)


Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.

Tapi bila dan tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.

"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.

"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.

"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.

"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.

Kasi Tukar Belakang Ke Depan

Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu buka macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya kata tak payah dan saya pergi ke kedai dekat saja.

Pergi Cari Kat Kedai

Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik. 

Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.

Spotrim Bengkok Pulak

Lepas tu dia buat balansing dan kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh buat dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.

"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.

"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar". Kata tauke tu. 

"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.

Lepas tu dia buat balansing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit.

Spotrim Baru

Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab bali spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.

Alignment Tayar Pulak

Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80.  Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.

Selesailah Sudah

Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.

Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..

Tauke ni,  kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.

Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.

Monday, December 26, 2011

KULIAH MAGHRIB 27 DIS 2011 SELASA OLEH USTAZ FAHDELI IBRAHIM

InsyaAllah kuliah maghrib akan disampaikan oleh ustaz daripada Penor Pahang selaku ketua Penerangan Pas Pahang akan menghuraikan tafsiran surah yassin. Bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

UFO DI KEMAMAN

Betullah kata MTD Dun Chukai Tuan Haji Hanafiah Mat tentang pembaziran berluasa di bumi Kemaman. Apa guna UFO ini kepada masyarakat Kemaman? Projek UFO ini menelan belaja berjuta tetapi hasilnya tersadai tiada makna. Dimanakah suara rakyat yang menyokong tindakan peminpin ini? Sekiranya wang projek ini di alirkan kepada fakir miskin atau anak yatim sudah tentu memberi kesan yang amat bermakna. Tapi dimanakah suara keadilan SPRM yang boleh menutup kemungkaran ini? Selagi pihak berkuasa tidak berkuasa, selagi itulah hasil peribumi khazanah yang di berikan oleh Allah SWT akan dikhianati.

NOVEL – SUDAH NASIB MAT BURGER


Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

EPISOD 2


Dari hari ke hari Man memendamkan rasa dan hasrat untuk berkenalan dan jadikan gadis itu orang teristimewa dalam hidupnya. Man belum kenal gadis kerja apa, kerja apa yer ? Rasanya bukan kerja kilang sebab bukan pakai baju kilang macam orang lain. Gerai burger man juga jadi tumpuan pekerja kilang. Kalau dalam pukul 6.00 beberapa biji bas berhenti di seberang jalan sana menurunkan ramai pekerja kilang. Biasanya mereka pakai baju seragam. Tapi gadis idamannya itu bukan beruniform. Dari segi gayanya bersih saja, tentu bukan kerja berat ataupun dibawah cahaya matahari. tengok gaya macam kerja pejabat dalam aircond. tapi kerja apa yer.

Kalau tengok pada kereta, flat 'W' iaitu Kuala Lumpur, dia orang Kuala Lumpur ker ? Entah-entah beli saja kereta kat KL, mungkin bukan orang KL. Nampaknya kereta baru, bukan secondhand. Bawak Satria kira kereta sport, kira gadis ni bawak kereta laju juga ler. Cuma dia tak pernah tengok pulak gadis tu bawak kereta laju, maklumlah kawasan taman. Sekali pandang, nampak gadis ni orang berada, mungkin datang dari keluarga berada juga. agaknyerlah.

Dari segi pakaian, gadis ni ikut fesyen terkini. Kalau balik kerja, pakai baju kurung. Kalau dari rumah, pakai seluar slack dan tshirt atau blaus lengan panjang. Tudungnya pula ada fesyen ala terkini gadis sekarang. Kira gaya macam orang bandarlah. Gadis ni jaga penampilan, kalau datang beli burger pun siap bermekap dan minyak wangi. Taklah macam Man, baju Man bau burger jer, kalau taruk minyak wangi banyak mana pun tak jalan. Gadis ni paling kurang pun ada gincu nipis, senyumannya membuatkan jantung Man berdetup detap macam bunyi mercun padi. Senyum ayu gadis ini. Tapi siapa namanya yer, Man pun tak tahu nama. Oleh kerana wajahnya macam penyanyi Shiela Majid, cuma dia agak tinggi sikit, maka Man gelarkan Shiela Majid juga. Itulah masalahnya, Shiela Majid pun Shiela Majidlah, takkanlah nak tanya nama pada dia.

Dalam seminggu, adalah 4-5 kali gadis ni datang beli burger Man. Masalahnya Man ni memang lemah dan datang senggugut kalau tengok perempuan cantik macam Shiela Majid ni. Cakap Man pun boleh tiba-tiba jadi gagap. Macam mana Man nak mulakan ni. Kalau tak mulakan nanti, takut dikebas orang lain pulak. Untuk menambat hati, sekali sekala Man kasi diskaun. Itu pun kalau pelanggan lain tak ada, kalau pelanggan lain ada, nanti terasa hati pelanggan lain lak.

"Burger ni RM 1.70, kira RM 1.50 sajalah untuk pelanggan istimewa". Man mula masuk jarum sikit walaupun mulanya tak berani. Kalu nak kira malu, memanglah malu, tapi jangan takut kali ni. Takut nanti melepas. Pekerja Man, lelaki baru lepas sekolah tu kehairanan dan syak sesuatu pada Man. Tergelak juga pekerja dia tu, tengok tauke dia mengorat tapi macam tak jadi.

"Terima kasih". Gadis tu jawab ringkas saja. Terkedu Man dibuatnya. Hatinya tertanya-tanya, tak perasan ke dia ucap ayat 'pelanggan istimewa' tadi ? Nampaknya macam tak ada kesan jer. Tak apa, Man dah berani sikit, sekali lagi nanti Man nak ulang ayat itu. Manalah tahu ada respon nanti.

Man memang tertunggu-tunggu gadis ni datang dan Man dah sedia dengan ayat lagi power. Ok, kali ni Man nak bahasakan dirinya 'abang', tengok macammana nanti reaksi gadis ni, suka ke tak. 

"Hari ni abang belanja burger untuk pelanggan istimewa abang". Man berlatih dulu kat rumah. Tapi Man terfikir juga, nak kasi free burger sempena apa. Kalau gadis ni tolak, kan malu. Paling malu kat pekerja dia tu. Ok, Man tambah sikit skrip.

"Hari ni abang belanja, sempena Hari Jadi abang, untuk pelanggan istimewa abang". Nampak macam best sikit ni. Paling kurang pun nanti gadis ni ucap tahniah sempena hari lahir, wau seronoknya. Walaupun hari tu bukan harijadi Man, Man kata tipu sikit takper, bukan dia tahu pun.

OK, Man rasa tu ayat baik. Jadi petang tu Man tunggu nak ucap ayat tu.  Man dah setkan yang pekerjanya hari tu suruh rehat balik rumah kejap antara jam 6.00 hingga 7.00 gaji jalan. Terkejut juga pekerjanya. Dalam jam 6.30 petang, gadis tu datang. Tapi masalahnya pulak, masa gadis ni datang, ramai pulak pelanggan lain, Man tak jadilah nak ucap ayat tu. Kacau daun betul, hancur lebur harapan setinggi gunung.

Man rasa, dia nak mintak nombor hphone gadis tu untuk memudahkan dia bercakap atau kurang-kurang pun sms. Kalau sms ni Man berani sikit ler. Tapi bagaimana gadis tu boleh kasi nombor hp pada dia, macammana nak mintak. Man dapat satu idea, bukan dia minta nombor, tapi Man sendiri yang akan kasi. Alasannya untuk memudahkan gadis tu buat tempahan awal sebelum datang ke kedainya, bagus juga idea tu.

Suatu hari, gadis ni datang. Man hulurkan kertas yang dah tersedia nombor telefon.

"Ermmm...kalau nak datang sini, nanti telefon dulu. Nanti taklah penat menunggu". Kata Man selepas beri burger yang dah siap. Man seronok sebab gadis tu ambil.

"Ok, nanti kita telefon yer".

Man seronok hari tu. Lepas tu, telefon Man tak pernah letak tempat lain, mesti diselit di talipinggang dengan sarung hp hitam. Sebelum ni, masa masak burger, jarang nak jawab telefon, takut burger hangus. Tapi sekarang, setiap panggilan mesti dijawab. Manalah tahu, kalau Shiela Majid yang dirindui tu telefon. Malangnya, tunggu beberapa hari tak juga telefon. Satu hari, gadis tu datang beli burger, tak telefon dulu pun, terus datang beli. Macam tak jadi juga strategi Man. Kecewa betul Man.

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3

PUTARAN DUNIA HARI INI



BETUL SUNGGUH APA YANG KARIKATUR NI MAKSUDKAN

Tengok ombak rindu bersama mak dan anak sedara yg kecik.
Dalam astro pun banyak cerita macam ini.
Kalau tv3..boleh tengok pukul 3 petang. 
(pelakun habis telanjang/dedah sana sini).. 
Tak tahu lah..kadang-kadang rasa macam nak lari ... sebab takut Allah turunkan bala. 
susah nak terang dan bercerita..kita pakat-pakat jaga lah anak-anak, adik beradik kita..

Sunday, December 25, 2011

KULIAH MAGHRIB 26 DIS 2011 ISNIN OLEH USTAZ CHE HARUN IBRAHIM

InsyaAllah kuliah maghrib akan disampaikan oleh ustaz, bab aqidah hurian kitab sunnah wal jamaah. Bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

AWAS DIRI ANDA JANGAN TERKENA


Sekarang ini sudah banyak Hotel, Chalet, rumah tumpangan, rumah sewa, bilik sewa, tandas awan dan Homestay yang memasang kamera ditempat-tempat tersembunyi. Jika anda tidak prihatin tentang perkara ini, anda akan terkena. Waspadalah selalu. Terkadang dirumah sendiri pun ada anak remaja yang nakal tebuk dinding dan pintu dengan paku. Perkara ini sentiasa berlaku dalam masyarakat kita. Apa yang mereka kehendaki? Apa tujuan sebenarnya perbuatan ini dilakukan?

Contoh perkara ini berlaku di Sekolah Sultan Ismail 2 yang didedahkan oleh Tuan Haji Hanafiah Mat selaku MTD Dun Chukai. Sudah berapa ramai pelajar yang menjadi mangsa? Perkara ini semakin serius apabila harga telephone bimbit yang berkamera internet hanya boleh dibeli sekitar RM200 sahaja. 

Begitu juga kepakaran remaja sekarang tentang telephone memang boleh dipuji hebat dan cepat menerima ilmunya. Siapakah yang harus memikul pemasalahan demi pemasalahan yang timbul hari ini? Ada sesetengah negara mengharamkan penggunaa telephone berkamera. 

Bukan kita menolak kemajuan, tetapi biarlah kemajuan itu memberi makna kepada kita sebagai pengganut agama Islam. Terkadang amat penting juga kamera berbagai fungsi ini. Tetapi manusia selalu tidak puas dengan suatu perkara. Itulah lumrah manusia. Sehingga benda yang baik akan menjadi rosak disebabkan manusia yang rakus dan berhawa nafsu syaitan.

Imej dari sozcyili.blogspot.com.


Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.
Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.
Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.
Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayariFacebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.
Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.
Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.comAr-rifke.com mencatatkan:
“Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama,” catat ar-rifke.com.
Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.
Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu. – inimajalah.com.my

Saturday, December 24, 2011

KULIAH MAGHRIB 25 DIS 2011 AHAD OLEH USTAZ AHMAD IBRAHIM

InsyaAllah kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh ustaz dalam bab ilmu fekah kitab mustika hadis jilid ke 2 bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

KULIAH USTAZ AZHAR DI JOHOR

31 Dis 2011 Sabtu marilah bersama Ustaz Azhar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 

24 Dis 2011 Sabtu di Masjid Bandar Baru UDA Jalan Padi Ria Johor Bahru selepas solat Isya. Dua tahun yang lalu banyak tiang dari orang, sekarang lihatlah.

Nur Islam terpancar di bumi Johor pada PRU13 InsyaAllah, kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.

Hidayah Allah sudah terbuka.

KEHIDUPAN SEMAKIN TERSEPIT DI BUMI TERENGGANU

JANGAN SELONGKOR!

Jangan jadi seperti monyet ini yang selongkor habis barang dalam beg. Walaupun apa yang terjadi diantara kita mesti ada batasnya. Janganlah sampai terlondeh dan aibkan perkara yang tidak senonoh. Cukuplah, wahai peminpinku. Usah guna media dalam perkara yang tidak di izinkan. Kelak akan jadi haru biru lagi. Segala tohmahan dan buruk sangka adalah pemainan pihak lawan yang mahukan kita menjadi kucar kacir. Waspadalah segala tindakan wahai peminpinku. Kita semua ini hamba Allah. Ingatlah, segalanya datang daripada Allah jua.

NOVEL - SUDAH NASIB MAT BURGER



Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
bertarikh : 27 Oktober 2010
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

SUDAH NASIBKU MAT BURGER

Man berasal dari kampung di sebuah daerah di Johor (lokasi dirahsiakan). Selepas SPM dia tak sambung belajar macam kawan-kawan, berhijrah ke JB kerja kilang. Mula kerja gajinya sudah cecah seribu, kira lumayan juga. Dapat juga beli moto yang jadi idamannya sejak sekolah dulu. Biasalah kalau muda sebegitu, kalau tak ada moto kira tak sah.

Duduk rumah sewa 5-6 orang di JB sangat menyeronokkan bagi orang muda sepertinya. Setiap bulan gajinya habis selepas bayar moto, sewa rumah dan kasi ibu bapa di kampung. Tapi kekadang mis juga nak kasi mak kat kampung.

Kira-kira dua tahun kerja di kilang, rasakan dirinya terlalu enjoy. Awek yang jambu-jambu pun ramai di kilang tempat kerjanya. Ramai juga yang senang diajak keluar makan dan jalan-jalan naik moto walaupun taklah sampai buat maksiat. Man pulak kira hensem juga orangnya, cute gitu. Maka selepas 2 tahun kerja kilang, Man ambil keputusan berhenti kerja. Sebelum berhenti, Man fikir betul-betul selepas tanya kawan-kawan. Ramai yang menentang hasrat Man, kerana katanya kalau Man terus kerja kilang, nanti gajinya akan naik juga lama kelamaan. Yang penting Man kena sabar.

Man fikir, antara puncanya, kerja penat dan banyak tekanan. Duit pun kira tak ada simpan lansung, tiap bulan habis. Man pun ambil keputusan berhenti kerja dan nak jual burger di sebuah taman di JB. Ini satu tindakan berani Man. Dia ada juga pengalaman, masa sekolah kat kampung dulu ada juga tolong kawan dia jual burger malam-malam.

Bermodalkan tak sampai seribu, Man beranikan diri buka sebuah gerai burger berhampiran kilang yang lengkap dengan gerai steel, payung dan lain-lain. Kira lengkaplah sebagai gerai burger ala kadar. Bulan pertama berniaga ni, adalah sakit sikit berniaga, biasalah mula-mula ni, pelanggan belum kenal. Tapi bila masuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya kira untung juga. Dia niaga dari jam 3.00 petang hingga maghrib setiap hari dan banyaklah masa dia berehat.

Man tak beritahu ibu bapanya yang dia dah berhenti kerja di JB tapi ibu dia syak juga. Kalau balik kampung, cuti dah tak berkira sangat. Dulu masa kerja kilang memang payah nak cuti, hari cuti pun buat o.t. Tapi mak ayahnya tak bertanya pulak.

Beberapa bulan kemudian, Man berpindah lokasi lain untuk berniaga. Kali ini di kawasan perumahan yang jadi tumpuan ramai. Jaraknya dengan tempat lama dalam 10 km juga. Sebelum berpindah ke situ, Man buat kajian juga. Man tengok, memang sudah ada 3-4 orang jual burger di situ tapi pembeli tetap ramai. Man cuba beli dan makan burger satu persatu dari 4 kedai tu.

 Bila Man rasa burger dia orang tu, kira Man rasa burger dia agaknya sama juga atau mungkin burger Man lagi sedap. Bukan Man nak mengata burger orang tu tak sedap, tapi Man ada rahsia tersendiri bagaimana nak buat burger sedap pada fikirannya. Yang ramai di situ pekerja kilang di apartment yang dijadikan asrama dan macam-macam kerja termasuk kakitangan kerajaan. Man bawanya gerai tempat lamanya ke situ, sewa lori kecil RM50.

Di tempat barunya dia menyewa RM 30 sebulan dari tuan kedai bersebelahan. Abang tauke kedai tu kira macam nak tolong jer tu. Kira itu bayaran untuk eletrik bagi sebuah lampu panjang yang ditarik ke gerainya. Di sini, dia berniaga dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam hampir setiap hari.

Perniagaan Makin Maju

Lama-kelamaan perniagaannya semakin maju dan mempunyai ramai pelanggan. Beberapa bulan di situ, pendapatannya jauh melebihi gajinya di kilang dulu dan lebih dari tempat niaga lamanya. Dia sudah mampu menyewa rumah bawah RM 500 sebulan berhampiran gerainya dan tinggal seorang diri. Rumahnya dijadikan tempat menyimpan barang keperluan dan ada sebuah peti sejuk beku yang mahal juga harganya.

Beberapa tahun berniaga, purata keuntungan harian adalah 200 sehari, bermakna 6000 sebulan. Dia mampu menggaji seorang pekerja lelaki lepasan sekolah dengan gaji RM30 sehari. Keuntungannya dari hari ke hari terus meningkat sehingga 400 sehari atau 12,000 sebulan terutama hari-hari gaji atau dapat bonus. Dia sudah mampu membeli sebuah van nissan terpakai untuk memudahkan pergerakan dan mengangkut barang ke gerai. Tak berapa lama kemudian, Man sendiri naikkan sendiri sewa dari RM30 sebulan kepada RM100 sebulan kepada abang kedai sebelah sebab Man tambah dua biji lampu lagi dan sebagai balas jasa abang tu.

Beli Kereta Waja Cash

Man sudah tidak segan silu lagi memberitahu ibu bapanya di kampung yang dia sudah tidak kerja kilang lagi, sebaliknya berniaga burger di JB. Suatu hari tu, ibunya terkejut kerana Man balik kampung bawa kereta baru Proton Waja yang dibeli secara tunai, bukan hutang tau.

Suatu hari ibunya minta dia balik kampung untuk kenduri arwah nenek. Rupanya malam tersebut, ibunya ada hajat lain iaitu untuk nak perkenalkan dengan jiran sekampung, anak perempuan kawan ibunya.

"Man belum bersedia mak untuk kahwin, Man rasa macam muda lagi". Kata Man.

Ibunya tak boleh cakap apa, hampalah juga maknya nak berbesan dengan kawan satu kumpulan yasin di kampung tu. Anak dara yang ditengok Man hari tu cantik orangnya dan kira standart muka artis juga gitu. Pandai masak dan menjahit, kira cukuplah nak jadi isteri ikut firasat ibunya.

 'Umur dah 27 kata masih muda'. Fikir ibu dia.

Kenapalah anak sulung dia ni begini. Tapi terfikir juga ibu dia, inilah anak-anak sekarang, bukan nak ikut jodoh yang mak ayah carikan. Dulu lainlah, mak ayah dia kawin bercinta lepas berkahwin, pun bahagia juga. Yer, Tapi budak sekarang, semua nak cari sendiri.

Di kampung, Man rasa rimas, rasa nak balik cepat je ke JB. Nampak sangat gelisah. Ada sesuatu yang Man fikirkan. Dalam hati dia berkata,

"Kalau tahulah mak nak jodohkan dengan anak kawan mak, lebih baik tak balik kampung hari tu". Bisik hati Man.

Rupanya Man ada menyimpan hati pada seorang anak dara lain yang selalu beli burger di gerainya  di JB. Bermula dari situ, hatinya terus tertawan dengan keayuan gadis itu. Biasa datang beli dah dekat maghrib naik kereta, Man pasti sikat rambut sebelum maghrib untuk tunggu gadis itu datang, hampir setiap hari juga. Di situlah cintanya berputik.

Nak mengorat ni, Man bukannya pandai, masa sekolah dulu asyik tak ada makwe jer. Nak ngorat awek sikit, dah kena kebas dengan lelaki lain yang pandai ayat. Man ayat apa yang  pandai, ayat merapu dia pandailah.

Tapi sekarang dalam usia 27 tahun, Man sudah lain, bukan zaman sekolah lagi. Tapi macammana yer, nak dijadikan makwe dia boleh ker ?  Man tak berani nak cakap, cuma Man peramah masa  gadis itu datang beli burger dengan kereta Proton Satria merahnya.

"Hai.. apa kabar hari ni?" Man.

"Khabar baik. Kasi burger macam biasa satu yer ". Gadis tu.

Buat burger buat burger juga, tapi Man asyik menjeling je pada gadis tu. Bila perasan Man selalu pandang, gadis tu tersenyum, menyerlahkan keayuannya. Man macam tak pandai nak goda-goda perempuan ni. Sampai Man nak tanya nama pun tak berani, apa lagi nak kenal lanjut.  Lagi pun, masa gadis tu datang, biasanya ada orang lain juga datang nak beli. Bertambah-tambahlah malunya Man. Tapi Man rasa sesuatu juga.

Hampir setiap hari juga gadis ni datang beli burger. Jadi kalau sehari gadis tu tak datang, tidur Man memang tak lena. Mula rasa cemburu kalau-kalau gadis ni dah pindah pergi beli burger lain. Tapi rupanya tidak, kalau gadis tu keluar ke kedai, pasti tak ketinggalan beli burgernya. Man pun rasa, gadis ni bukan setakat sukakan burgernya, tapi mungkin juga sukakannya hehehe.... Masalahnya bagaimana yer nak mulakan ? Susah tu...

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
....BERSAMBUNG KE EPISOD 2