BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, September 30, 2011

HASIL TANGKAPAN AYAH MAT DAN AYAH DA

Kedatangan Mak Pulau Kerengga ke rumah bersama Kak Lah sekeluarga, Ayah Dan dan Isteri (Ima), Ayah Chik dan Isteri (Fiza) kerumah semasa kuliah Ustaz Che Harun di SKJ. Pada ketika kuliah, rombangan Keluarga Pulau Kerengga singgah dirumah Ayah Mat di Bukit Mentok. Walaupun Ayah Mat belum pulang dari tempat kerja, tetapi isterinya (ijah) ada dirumah.

Hasil sebelah pagi Jumaat Udang galah boleh tahan jugak besarnya. Tapi mana hasil sebelah petangnya?


Tahniah kejayaan Ayah Mat dan Ayah Da memperolehi Udang Galah dari sunggai Bukit Mentok. Sungai yang terkenal dengan Udang galah bersepit biru. Tetapi Ayah Chik kenapa tidak ikut ngail jugak? Jika dibulan November nanti, udang semakin banyak. Sebab bulan November dan Disember musim udang galah membiak. Harap Ayah Da bersedia.

JAMUAN MESRA RAKYAT 2011


Wakil SKJ di siang daging di Markas Pas Dusun Nyiur selepas kuliah maghrib Ustaz Che Harun.















Cikgu Mie SU SKJ

DJ program Ustaz Nahkaei Iman Masjid Chendor Pahang



30hb Sept. 2011 jam 9 pagi program Jamuan Mesra Rakyat di perkarangan Markas Pas Kampung Tengah berhadapan pasar basah.









 Cikgu Ariffin









TAHAN BUBU DAPAT ULAR !!!

29hb. Sept. 2011 Khamis, rezeki ngeri... eeee gelinya...ehhh bang chik.

Thursday, September 29, 2011

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Depan Pasar, markas tepi jalan utama. Undilah PAS.

TUAN GURU DATO SERI HAJI ABD HADI AWANG


DIBERI PENGHORMATAN BERUCAP

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada sabtu lalu. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.

Ucapan yang bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' disampaikan pada sesi ketiga persidangan yang turut dihadiri oleh Presiden Iran Mahmud Ahmadinajad. Menurut Abdul Hadi, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengambil langkah segera menggantikan kerajaan yang tumbang di asia barat dengan kerajaan Islam yang adil untuk semua. Ketika semua mata tertumpu kepada Asia Barat dan negara umat Islam khususnya, penting bagi kita untuk memastikan kerajaan yang menggantikan diktator yang jatuh di Asia Barat melaksanakan syariat Islam dan berlaku adil kepada semua termasuk kepada bukan Islam. Menurut beliau, kesempatan fenomena kebangkitan ini mestilah diisi dengan mengilmukan rakyat yang ramai masih jahil di negara-negara umat Islam.

Disamping itu beliau juga menyeru supaya negara-negara umat Islam segera menangani konflik di Syria, kerana ia menjadi pintu kepada pejuang-pejuang pembebasan Palestin seperti Hamas, Jihad Islami dan lain-lain. Begitu juga dengan konflik di Yaman, Bahrain, Libya dan lain-lain negara mestilah diselesaikan dengan bijaksana supaya kerajaan baru yang dibentuk tidak mengulangi dasar dan sistem pemerintahan yang sama dengan kerajaan sebelumnya.

Turut menyampaikan ucapan ialah wakil Hamas Dr Musa Abu Marzuq, bekas Presiden Afghanistan, Dr Burhanudin Rabbani yang mati dibunuh dua hari selepas persidangan, Penasihat Jamiat Islami Pakistan, Sheikh Qazi Husin Ahmad, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr Kamal Halabawi dan beberapa wakil lagi.

Ustaz Abdul Hadi turut ditugaskan mempengerusikan salah satu sesi sidang tersebut dan mengetuai bengkel khas tentang sejarah kebangkitan Islam melibatkan lebih 100 orang wakil pelbagai negara. Persidangan selama dua hari itu turut dihadiri wakil daripada lebih 70 buah negara umat Islam dan juga tokoh-tokoh akedemik dari Universiti Al Azhar, Turki dan Iran

DAHULU LAIN SEKARANG DAH LAIN



Biar betul Ustazah kita ni....! Pakai baju ketat dan ketiak sudah berpeluh. Mesti Ustaz Azhar Idrus tengok tersenyum malu...kah...kah..kah...

Wednesday, September 28, 2011

RIBUT ANGIN KENCANG DI KUALA TERENGGANU

27hb. Sept. 2011 Selasa -  Kepada peminat bolasepak memang sudah mengetahui berita ini, sebab perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Nasaruddin terpaksa ditunda kerana hujan dan ribut yang sangat kuat.



KUALA TERENGGANU - Bencana ribut sekali lagi membadai bandaraya Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam Selasa 27 September.

Dilaporkan, kejadian yang berlaku selama 30 minit berserta guruh dan petir telah mengakibatkan pokok-pokok terbalik, berpuluh-puluh rumah, kedai dan sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak.

Dataran Syahbandar adalah yang paling teruk dilanda daripada 25 kawasan yang telah di rahmat ribut, kata Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Penolong Pengarah Razali Mohd.

Kawasan-kawasan lain termasuk Jalan Para pegawai, Jalan Sultan Omar, Jalan Batas Baru, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Masjid Abidin, Batu Burok, Kuala Nerus, dan Nisan Empat.

"Feri penumpang berhampiran Pasar Payang, pasu bunga dan kanopi kedai di Dataran Shahbandar rosak teruk manakala bumbung pasaran juga terpesona," Razali kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang, kawasan Seberang Takir antara lokasi yang terjejas akibat bencara alam itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dua orang mangsa cedera dan seorang lagi masih dirawat di hospital

"lebih 30 buah rumah terlibat dalam bencana ribut itu, beberapa buah rumah rosak teruk kerana ditimpa pokok dan bumbung terangkat diterbangkan angin kencang,.

"dua cedera, seorang masih di(rawat) di wad (hospital),"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata pihak MTD telah mengambil langkah menziarahi mangsa-mangsa terbabit dan menghulurkan bantuan segera.

Menurutnya, ribut kelmarin adalah yang paling kuat sejak 10 tahun yang lalu.

"Pernah berlaku (dahulu ribut yang kuat) melibatkan (kerosakkan) banyak rumah kira-kira 10 tahun lalu, (kejaidan ribut) yang kecil-kecil sudah banyak kali (berlaku),"jelasnya.

Kejadian yang sama berlaku pada 18 Jun 2011 yang lalu yang mengakibatkan beberapa kawasan terutamanya kawasan Batu Burok rosak teruk

Selain itu ia turut meranapkan hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir.