Saya
berkhutbah jumaat dan menyebut kebimbangan tentang statistik gegala sosial yg
makin meningkat dan menyeru kepada jamaah supaya kembali kpd hukum Allah,
lantaran itu saya dipanggil oleh jabatan agama, bertemu dgn qadhi, setelah dia
berleter dgn nada yang agak tinggi, saya minta izin untuk berkata " maaf
tuan! kalau begini saya rasa Jabatan Haiwan lebih baik dari Jabatan
Agama"! dia terkejut dan beristighfar, " kenapa ustaz kata begitu"?, saya
kata "orang pejabat haiwan kalau kita mengadu lembu kita sakit,cepat2 dia
bawak doktor haiwan dan bawa ubat, tapi orang pejabat agama ni, dalam keadaan
orang ramai sedang sakit aqidah,sakit akhlak,sakit roh, bila ada ustaz2 tolong
ubat, dia marah pulak". apa nak jadi nih". sepatutnya tuan sokong
saya! saya kata dgn nada yg agak tinggi, barulah lepas tu nada dia lembut,
" maaf ye ustaz, ustaz fahamkan,saya ni bertugas, jadi ada orang report,
terpaksalah saya ...... ( macam2 lah ceritanya, tp semuanya dgn nada lembut tak
seperti mula tadi) dah hampir 5 thn berlalu, dia dah bertukar ke jab lain, kami
terkadang bersembang bila terserempak, dia kata " tak lah pening sangat
bila dah tukar ni, kalau dulu memang pening nak nak bila jumpa orang macam
ustaz..saya ketawa je....
No comments:
Post a Comment