anggota bomba dan
penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri
Titingan, Tawau kelmarin.
TAWAU – Misteri air berbau busuk yang
membelenggu penduduk di Taman Sri Titingan dekat sini sejak seminggu lalu
terbongkar dengan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di
taman itu kelmarin.
Mayat lelaki yang mereput itu ditemui oleh
pekerja penyelenggara tangki air di taman itu ketika mereka melakukan
kerja-kerja pembersihan tangki pada pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam
keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali
sebagai Osman, 34, berkata, dia mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya
selepas terhidu air itu berbau busuk sejak beberapa hari lalu.
Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak
menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari
kedai.
“Dalam tempoh itu, kami memaklumkan masalah
air busuk kepada pihak pengurusan air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat
di dalam salah sebuah daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata
Osman ketika ditemui di sini.
No comments:
Post a Comment