Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat beberapa hari lepas.
Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi
tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma,
Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai
pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga
penerbangan terakhir mereka.
Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas
tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella
Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany,
Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.
Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.
Admin:
Sayangnya si cantik manis...Sebaiknya kita berdoalah setiap kali memulakan
penerbangan/perjalanan dan sentiasa ingat bahawa, bila-bila saja kita boleh
dihadapkan dengan kemalangan dan kematian...yang dah pergi tetap tidak akan
kembali, kita yang masih hidup jadikanlah iktibar...dan ambillah pengajaran...
No comments:
Post a Comment