BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, December 27, 2010

TAKLIMAT ISU PALESTIN





SYEIKH MUHAMMAD MAHMUD SIYAM
MANTAN IMAN BAITUL MAQDIS, PALESTINE &
WAKIL HAMAS
DAN PENTERJEMAHANNYA
USTAZ KHALIL ABD. HADI
(ANAK PRESIDEN PAS)

TARIKH
1hb. JAN. 2011 SABTU

MASA
SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT
SURAU BATU 2
KAMPUNG JAYA

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sunday, December 26, 2010

SELAMAT DATANG KE DUN TENANG N5


PENAMAAN CALON 22hb. JAN. 2011 DAN MENGUNDI 30hb. JAN. 2011

USTAZ TUAN HAJI AMIR MUSTAFA



Kisah Ustaz Haji Azmir Mustafa. Kisah ini telah difwd kan oleh member aku melalui email. Sungguh manis hidayah ALLAH. Alangkah beruntungnya, dia telah dipilih ALLAH untuk berubah mengamalkan Islam secara meyeluruh, dan mengerjakan kerja-kerja dakwah.
Ya ALLAH, berikanlah kami petunjuk dan pertolongan Mu, kurniakan kami taufik dan hidayah Mu . . . Amin.
BERSEMUKA bekas pelakon ‘Ali Setan’, Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
Bila mula berubah dan berhenti berlakon?
AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.
Apa pendorong kepada perubahan?
Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is ‘great’! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.
Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata…kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi…itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.
Masih membaca?
Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.
Berubah secara drastik, atau ‘slowly’?
Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan ‘slowly’. Saya tak boleh ‘slowly’. Kalau ‘slowly’, saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. ‘Member’ baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.
Dah berani keluar berjumpa orang?
Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.
Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?
Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.
Selain berceramah?
Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.
Pernah bisnes sebelum ni?
Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata…kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut ‘kalau Allah izinkan…’ Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.
Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, ‘setan’ datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).
Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.
Banyak menerima jemputan, selain PAS?
Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah…(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.
Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya
Cenderung pada politik?
Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama…stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.
Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai…tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil…semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.
Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.
Dia tak nak duduk sekali?
Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di ‘club house’, di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.
Perancangan masa depan?
Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.
Mungkin mahu menamatkan zaman duda?
Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi…(ketawa)

SIAPA PUNYA ANGKARA ISU SURAU DI SELANGOR?

Dulu Tulang Besi pernah dedah Majlis Agama Islam Melaka pernah menjual bangunan ada "tauke cina". .

Di Selangor, satu-satunya tanah milik orang Melayu di Rawang rupa-rupanya telah dijual oleh UMNO. Dalam penjualan ini, tokoh UMNO Selangor, Dato Zainal Abidin Sakom terlibat sama.

Tanah tersebut asalnya milik bersama Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)
melalui SAP Holdings. Pada waktu itu, SAP Holdings adalah ANAK SYARIKAT KDEB.

Namun, pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka di dalam SAP HOLDINGS. Pada waktu sekarang, pemegang-pemegang saham SAP Holdings adalah:


Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Maka, secara otomatik tanah tersebut jatuh ke tangan SAP Holdings yang dimiliki oleh orang-orang di atas.

Di sinilah kita lihat contoh KETUANAN MELAYU UMNO. Mereka ambil tanah orang Melayu dan jual pada orang lain.

Lepas dah gadai tanah Melayu, mereka cuba tuduh Kerajaan Negeri PR pula yang gadai. Mereka ini benar-benar pendusta dan pembohong.

HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!!

Tulang Besi



SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

(Demo yang dilakukan oleh sebilangan ahli UMNO sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah SU MB selangor Datuk Khalib Ibrahim)

Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.


HAI BAS NASIB ENGKAULAH TINGGI SANGAT !

NI LAH BAHAYA PARKING BAWAH POKOK

FITNAH ADUN DI KELANTAN

 PAPAGOMO
 PARPUKARI

PASIR PUTEH 22 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.

"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

komen TGNA :

Kerja orang blog tak reti dosa pahala - Nik Aziz

KOTA BHARU 22 Dis. - "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad ditangkap kerana berzina dengan isteri seorang guru di atas kereta api.

Beliau berkata, blog juga yang telah membuat laporan tidak betul dan mengarut bahawa rumah menantunya, Abdul Ariffhami Ab. Rahman diserbu oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu malam dan anak perempuannya pula bertindak memaki-hamun anggota suruhanjaya berkenaan.

Katanya, SPRM kemudiannya membuat keputusan menutup fail kes berkenaan setelah mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Abdul Aziz dan menantunya itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Malaysia ini suasana dia, suasana tak reti dosa pahala. Inilah yang menyebabkan hakim syarie ditangkap rasuah.

"Hakim syarie ini belajar syariah dan dia bertugas di mahkamah syariah, adakah masuk akal orang macam ini ditangkap rasuah.

"Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas pendedahan blog papa gomo menerusi klip video di mana seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Saidi Hussin mendakwa telah menangkap Saipul Bahrin di dalam koc orang kenamaan (VIP) kereta api bersama seorang wanita yang didakwa isteri seorang guru ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

SIAPAKAH YANG BERSALAH?




1. Barisan Nasional bukan pendokong demokrasi ! bohong dan dustalah kiranya mereka mengaku bahawa mereka menegakkan amalan demokrasi dalam negara ini . Siri pencabulan demokrasi terutama hak kebebasan bersuara dan membela diri sering berlaku dalam negara ini. Barisan Nasionallah angkaranya.

2. Nyata mereka gagal berdepan dengan kekuatan hujjah yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat dalam apa jua isu terutama dalam usaha mereka mematahkan sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat .Akhirnya memaksa mereka menggunakan hujjah kekuatan dalam mendepani kemaraan Pakatan Rakyat.

3.Mereka menggunakan kekuatan gas pemedih mata , cota , gari , polis , penjara , akta dan kini gantung ahli parlimen selama 6 bulan dari menghadhiri sidang , sedang mereka adalah wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi. Semata - mata kerana mereka gagal berdepan dengan hujjah sekalipun jumlah ahli parlimen mereka agak ramai di parlimen tetapi hanya seperti puppet yang mengangguk bila di iya kan dan menggeleng bila di tidakkan.

4. Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan - rakan yang lain menjadi mangsa episod demokrasi yang semakin kelam dan tindakan Barisan Nasional yang semakin kejam . Selain dari tidak memberi peluang Dato' Seri Anwar membela diri dan mempertahankan hujjah , mereka seperti berpesta dan seronok kerana berjaya mengurangkan jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen serentak itu melebarkan penguasaan mereka dari segi jumlah kerusi dan suara biarpun selamanya mereka dangkal berhujjah serta cetek berbahas.

5. Barisan Nasinal mungkin boleh mengukir senyuman kerana berjaya "menghalau" figure - figure Pakatan Rakyat ini keluar dewan namun Barisan Nasional terpaksa membayar"ganti rugi" akibat tindakan yang dilihat dunia sebagai mencabul demokrasi .

6. Selayaknya Parlimen menjadi gelanggang berhujjah dengan mengharapkan semua anggotanya mengemukakan hujjah yang bernas dan berfakta samaada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Bukannya Parlimen dijadikan tidak ubah seperti gelanggang gasing dengan masing - masing berusaha untuk memangkah antara satu sama lain agar terkeluar dari gelanggang dan dinafikan hak untuk bertarung.

7. Saya kesal dengan sikap tidak gentleman pemimpin Barisan Nasional yang cenderung menggunakan kekuatan , kekerasan dan tekanan serta sekatan sedemikian yang jelas dilihat bertentangan dengan spirit demokrasi yang dijulang oleh mereka selama ini.

8. Ini membuktikan Barisan Nasional ketandusan pemimpin yang pintar berhujjah dan hebat berbahas. Barisan Nasional kelihatan gersang pemimpin yang mampu menangkis hujjah lawan secara fakta dan nas . Apa yang Barisan Nasional miliki hari ini ialah pemimpin yang bijak menggunakan peraturan bagi mengenepikan lawannya secara taktikal bukan keupayaan skil dan skima beraksi [ berhujjah ] di tengah medan.

9. Negara menuju kejatuhan nilai kualiti modal insan dan keruntuhan tamadun ilmu yang parah apabila inilah pemimpin yang dilahirkan oleh Barisan Nasional hari ini. Lihatlah betapa lucunya seorang ahli Parlimen digantung 6 bulan atas kesalahan kerana beliau mengatakan 1 Malaysia adalah hasil nasihat APCO yang meniru 1 Israel. Sedang ahli - ahli parlimen mereka boleh berhujjah dengan 1001 hujjah dan fakta jika mereka benar dan tidak sebagaimana yang didakwa.

10. Kesimpulan mudah dibaca oleh rakyat ialah , dakwaan Dato' Seri Anwar bahawa 1 Malaysia adalah fotocopy dari 1 Israel melalui nasihat APCO adalah benar dan tepat sehingga kerajaan gagal menangkis hujjah beliau lalu menghalaunya keluar dari Parlimen melalui taktikal yang terancang. Semoga rakyat mampu menilai antara kaca dan permata apabila berlakunya insiden yang memalukan negara ini.


Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU!

(KISAH BENAR INI DIPETIK DARI muslimeen-united.blogspot.com)

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak!! Teh tarik satu!”


ADAKAH INI PENIPUAN ORANG BIASA?


  

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding.Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya.Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput.  Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis.  Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.
Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana.  Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.
Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman.  Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis.  Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli.  Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.
Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini.  Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.
Sembunyikan diri dalam longkang
Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian.  Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.
Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian.  Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis).  Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ.  Saya rasa tak ada harapan lagi.  Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."
Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda.  Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang.  Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."
Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya.  Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."
Polis nampak wang nota
Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara.  Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu.  Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya.  Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.
Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje.  Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai."  Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."
Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya.  Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang.  Polis mahu duit!"
Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku.  Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway.  Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.
Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai.  "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia.  Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.
Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.  Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran.  Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya.  Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.
Diugut polis
Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan.  Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."
Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah.  Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis.  Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.
Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga.  Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati".  Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut.  Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.
Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman.  Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret.  Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin.  Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.
Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng.  Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.
Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting daripada teks asal.



Tuesday, December 21, 2010

MEMALUKAN

 Semasa penamaan calon di Bukit Selambau

  Dengan Pelakon Bollywood
 Dengan Datuk Lim Choon Wei. Beginikah seorang isteri peminpin Islam yang kita kata hebat? Hancur Malaysia!

LAGI-LAGI KAT C2 JUGAK

 Kemalangan di Simpang Pulai Perak.
 Pelancong luar
 Masalah Bas ke? pandang saya yang biasa juga guna jalan ini adalah faktor bentuk dan muka bumi jalan itu yang kurang memuaskan. JKR kena fikir sebabnya. Kalau kita perjalanan yang dalam 2 jam akan sampai ke tempat berkenaan akan jadi terlalai sikit.
 Kiri kanan bukit selepas itu cerun. Mesti pandang kita agak berubah sikit.
 Terlalai sikit je akan bawa padah. Ini sebab pengalaman saya pandu kenderaan sendiri sudah merasainya.


Sunday, December 19, 2010

KEAJIBAN DUNIA

 Tengok lubang tu hang! eeeeeeeeee takutnya. Kalau ikan ini, betul ke ?

SIAPAKAH PUNYA ANGKARA?

 "KAMI NAK IDRIS, NATANG" Siapakah yang terlalu jahat ini?
 Kalau kita ikuti sejarah dan cara perkhabaran berita, nescaya Raja-Raja akan marah beh.

MEMALUKAN KALAU INILAH PEMINPIN ISLAM YANG KAMU LAUNGKAN!

 Inikah yang dikata anak bapak?
 Beginikah cara sambutannya?
 Dimanakah ciri-ciri Islam yang kamu suarakan?
 Sedarlah wahai pengikut-pengikut peminpin ini. Sesungguhnya kamu tergolong didalam menbenarkan perkara mungkar! Macam inikah waris yang akan tegakkan Islam di bumi Malaysia? Sedangkan Alim ulama dan Ustaz kamu musuhi? Bukakanlah hati mu wahai sahabatku.

N5 TENANG

 Walau1 undi kite mahu menang jugak.
 Berserah kepada kekuasaan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan semua. Oleh itu marilah kita berusaha dan bertakwakal kepadaNya.

Wednesday, December 15, 2010

KENAPA KENDERAAN DI MALAYSIA MUDAH SANGAT TERBAKAR?

 Cerita terbaru menlibatkan keluarga jemaah Surau Kg, Jaya. Dimana mayatnya rentung dalam kemalangan di Bagin Kuantan. Jalan ini selalunya dugunakan oleh pemuda bermotorsikal dan kereta berlumba haram. Dan tempat ini memang selalu sahaja berlaku kemalangan yang melibatkan maut.