Pada 10 Mei sebelah pagi, Ustaz Azhar akan menyampaikan kuliah jemputan khas di Kerteh. Dan selepas itu Ustaz akan bergerak ke Pekan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang. Kita harapkan sambutan disana lebih hebat lagi.
Wednesday, May 9, 2012
9 MEI USTAZ DI PONDOK MUSTAQIM BATU 4, JLN. AIR PUTIH BINJAI KEMAMAN
Terlalu ramai
yang datang sehingga tiada ruang yang kosong sekitar Pondok Mustaqim. Kehadiran
anak muda yang ramai memberi satu gambaran yang jelas bahawa anak muda sukakan
kuliah agama. Tetapi dimanakah penganjurnya. Ada masjid yang sunyi sepi selepas
solat maghrib menunggu waktu solat isyak sahaja. Apakah mana ini semua wahai
JKKK masjid dan surau?
Walaupun
poster dan kain rentang yang dipasang telah dirosakkan. Penampal poster mengiling
kepala apabila ada manusia yang sanggup mengupah remaja untuk mengoyak sebaran
kuliah. Tidak sampai beberapa jam, kebanyakan poster ustaz sudah lesap. Hampir
100 keping poster ditamparkan. Sebab itulah maklumat dan sebaran IT amat
diperlukan dari sahabat ke sahabat.
Semasa kuliah
berlangsung, penulis sempat bertanya khabar dengan pemandu Ustaz. "letih
sangat, saya tidak tahulah macamana badan ustaz. Hari-hari berkuliah, walaupun
tiada dalam jadual tetapi kuliah sentiasa ada. Awak bayangkanlah masa mana
ustaz berehat. Terkadang saya berehat ustaz mengajar tetapi selepas itu ustaz
sendiri yang memandu". Sebab itulah sokongan daripada jemaah yang ramai
membuatkanya lebih bersemangat dan cergas minda
Pada 10 Mei sebelah pagi, Ustaz Azhar akan menyampaikan kuliah jemputan khas di Kerteh. Dan selepas itu Ustaz akan bergerak ke Pekan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang. Kita harapkan sambutan disana lebih hebat lagi.
Pada 10 Mei sebelah pagi, Ustaz Azhar akan menyampaikan kuliah jemputan khas di Kerteh. Dan selepas itu Ustaz akan bergerak ke Pekan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang. Kita harapkan sambutan disana lebih hebat lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment