BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, May 21, 2012

Salah Bapa, salah Mak, Atau salah Anak? Masa nak Nikah…

 

Seorang perempuan 20-an hendak bernikah tak lama lagi. Ibu dan bapanya sudah tidak duduk sama tetapi belum bercerai, tengah krisislah maknanya. Tinggal tidak lagi serumah tetapi di daerah yang sama. Jadi, bila nak nikah ini, si perempuan ini bertemu bapanya sebagai wali. Bapanya 60-an setuju nak jadi wali dan turut datang ke pejabat semasa menghantar borang.

Masalahnya

Masalahnya, anak suruh bapa menyerahkan wali berwakil kepada jurunikah kerana dia kata bimbang bapanya tidak hadir di majlis perkahwinan nanti. Bagaimanapun, bapanya tak setuju. Dia kata, akan hadir juga dalam majlis nanti yang akan diadakan di sebuah masjid.

Bila ditanya, kenapa anak beria-ia nak suruh bapanya buat wakil wali, anaknya kata, dia ikut pesan ibunya. Ibunya kata, bapanya pasti tak akan datang kerana bermusuh dengan ibunya.

Bagaimanapun, bapanya tetap kata nak hadir pada majlis itu dan hendak menyaksikan pernikahan itu. Bapanya kata, dia tetap sebagai bapa dan mahukan kebahagiaan anaknya.

No comments:

Post a Comment