BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, February 28, 2011

Pemakaian cincin mengikut Islam


"Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.



Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

http://milkyway25.wordpress.com/

WEH JPJ ADA KAT DEPAN


Kisah Menarik Islam vs Kristian


"Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.

"Jadi,bagaimana doktor..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."

Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?

Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

TERUSKANLAH MENGKAJI ILMU-ILMU AGAMA, MUDAH-MUDAHAN PENGETAHUAN YANG KITA PEROLEH AKAN SEMAKIN MEMANTAPKAN KITA DALAM MEMUTUSKAN SUATU MASALAH, DAN SEMOGA AKAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Sumber dan lain2 info menarik di zharifalimin.blogspot.com"

Gambar Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?

Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.


Sekian lama perjuangan Erdogan untuk memeartabatkan semula Islam di Negara Turki yang meletakkan dasar sekulrisme sebagai dasar suci yang dikawal tentera Negara. Sehingga mempersoalkan isteri pimpinan yang berjilbab. Hatta mengharamkan pelajar wanita menutup aurat memasuki kawasan university. Pernah menarik kerakyatannya apabila Ahli Parlimen yang memenangi pilihanraya tetapi berkeras untuk menutup aurat. Turki sebagai pengamal sekular kelas pertama.

Alhamdulillah kini ada tampak sedikit demi sedikit perubahan. Ketegasan Erdogan dalam beberapa isu yang menyentuh barat dan Israel jelas menggambarkan sikap islamiknya. Sikapnya dengan isu Palestine juga jelas.

Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya? Berita mengumumkan …


Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???
Malaysia-Turki diiktiraf model negara Islam baik


ISTANBUL 24 Feb. – Malaysia dan Turki mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat.
Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa diminta mengulas pengiktirafan itu berkata, ia menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk melaksanakan program transformasi mendapat pengiktirafan.
“Dalam konteks Turki pun, mereka lihat demokrasi di Turki ini telah menyebabkan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih baik, terutama sekali dari segi ekonomi dan hak asasi.
“Walaupun ada perbezaan tertentu dari segi cara pentadbiran Malaysia dan Turki tetapi pada umumnya mereka anggap ini dua model yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama sekali kepada dunia Islam,” katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi tiga hari ke Turki di sini.

Macam Islam Hadhari jugak. Maknanya disana ada Islam Badawi. Kini Malaysia-Turki adalah model Negara Islam baik? Apa maknanya? Mengikut takrif siapa? Apakah Negara-negara umat Islam yang dipimpin oleh boneka barat yang kini sudah zahir kejahatan rejim mereka itu sudah tidak baik? Apakah selama ini sebelum Erdogan tidak dikategorikan sebagai Negara Islam baik atau kini Malaysia dibawah pemerintahan UMNO-BN adalah contoh Negara Islam baik?
Mengikut Islam, kategori Negara Islam atau tidak adalah terletak dasar dan sistem pemerintahan sesebuah Negara tersebut. Negara perlu melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dengan teras perundangan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Sejak merdeka, bila pulak Malaysia meninggalkan perlembagaan Lord Reid dan mengamalkan undang-undang komanweal? Itulah yang menjadi akidah mereka. Malaysia adalah Negara umat Islam dan bukannya Negara Islam.

Perkembangan politik dunia mutakhir ini menggambarkan perkembangan drastic bahawa Islam bakal kembali menguasai dunia. Apakah benar telahan Dr Yusof Qhardawi. Abad 21 kini adalah abad Islam setelah abad 20 untuk Yahudi dan abad 19 milik Kristian. Inilah hakikat yang dibimbangi barat serta kuncu-kuncunya disegenap pelusuk dunia khususnya dinegara-negara yang pernah menjadi jajahan mereka. Mereka akan berusaha untuk menahan gelombang islam ini. Mampukah mereka???

Samada mereka turut berubah sekarang atau melawan arus? Nescaya mereka pasti akan hanyut. Gelombang Islam ini tak mampu ditahan lagi. Diharap ada sesuatu dipelajari oleh Najib dan Rosmah? Paling kurang kalau Rosmah boleh meniru isteri Erdogan, menutup aurat pun… boleh tahan. 1st lady selaku isteri khalifah Negara Islam contoh… takkan tak berubah?

Yang menimbulkan persoalan penulis siapa yang berkopiah tegar bersama lawatan Najib ke Turki ke muzium Topkapi itu? Yang dimaklumkan bersana PM Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Rasa-rasanya tak munasabah mereka ni berkopiah. Nampak macam Zulkifli Nordin. Mujahidin berapi-rapi yang berjuang nakkan Islam akhirnya menjadi katak. YB lompat dari Kedah. Kini Nampak bersekongkol dengan Najib & Rosmah ke? Dah tobat kot!!! Fuhhh!! Kalau dengar ceramah beliau tentang Najib & Rosmah. Tercabut bulu roma. Apakah beliau turut serta melawat makam Kamal Attaturk, memberi kalungan bunga dan menghormati tokoh secular yang pernah dihentam berapi-rapi dalam masjid sebagai tokoh yang disifatkan laknatullah sebelum ini???

Heran… heran. Ajaib… ajaib. Pergi tanggung free ke? :) ke tersalah dan silap orang... pelanduk dua serupa atau orang Turki kot hhiihi

Saturday, February 26, 2011

26hb, FEB. 2011 PENAMAAN CALON DI MERLIMAU MELAKA

Bob Lokman

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.


JASIN : PAS tidak akan menyerah kalah meskipun di kubu kuat Umno BN sebaliknya akan terus menggunakan peluang yang ada untuk mengajak rakyat membuat perubahan.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Merlimau untuk menang dan yakin mampu menghadapi persaingan sengit dengan pihak lawan.
"Mahathir pernah kalah kepada calon PAS di kubu kuat BN jadi kita lawan dulu. Kita bagitahu kepada rakyat tawaran kita dan keburukan yang sedang dilakukan BN di negeri ini dan kita serah kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalau kalah, pilihan raya akan datang kita masuk lagi.
"PAS masuk pilihan raya untuk menang. Di mana sahaja tempat yang kita boleh bagi tentangan (kepada BN) kita akan bagi kerana PAS nak pastikan risalah perjuangan kami diterima rakyat dan perubahan dalam negara ini dapat dilakukan," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, berdasarkan kesungguhan dan kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil kubu itu dapat dipecahkan.
"Kita kena akui Merlimau ini kubu kuat Umno dan bukan perkara yang mudah untuk kita menghadapinya.
"Kita kena anggap ini bukan perkara yang mudah. Walaubagaimanapun dengan seluruh tenaga yang ada dan kita bersatu, sudah nampak tanda-tanda penerimaan rakyat itu dan bukan perkara yang mustahil kita boleh buat kejutan di Merlimau ini," katanya.
Ini juga ditambah dengan faktor calon yang merupakan anak tempatan dan diyakini memahami selok-belok dan masalah pengundi di Dun berkenaan.
"Yuhaizad calon terbaik yang kita pilih berdasarkan kajian setelah melalui proses tapisan daripada senarai nama yang diterima. Ada beberapa calon yang berpotensi tapi Yuhaizad lebih layak dan sesuai," katanya.
Mustafa juga mengingatkan Umno BN tidak berterusan menggunakan kemudahan jentera kerajaan termasuk SPR untuk kemenangan mereka.
"Kita ada masa beberapa hari untuk bekerja keras dan kita mengharapkan SPR memainkan peranan mereka dengan betul, soal ketelusan yang kita bincang selama ini.
"Kita ingatkan Umno jangan berterusan menggunakan segala kemudahan termasuk SPR untuk menang," katanya.
Sementara itu, Nasharudin berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS sudah bersedia dengan isu-isu tempatan dan nasional termasuk isu antarabangsa untuk digunakan sewaktu kempen.
"Kita akan dedahkan beberapa isu tempatan yang berkaitan negeri Melaka, berkaitan isu tempatan dan antarabangsa.
"Gabungan isu ini akan kita jadikan bahan kempen untuk mengajak rakyat bersama kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok


26hb. Feb, 2011 PENAMAAN CALON DI KERDAU PAHANG



 Solat Subuh
Wajarkah di Caci?

Salam saudara seagama ku,
Hati saya terguris dan kadangkala hampir menitiskan air mata apabila melihat seorang insan kerdil yang sentiasa membawa ayat-ayat Allah dan Rasul bersama-samanya diherdik,di maki, di hina seperti langsung tidak mempunyai nilai di sisi masyarakat.
Beliau seorang pemimpin negeri yang zuhud, sentiasa meletakkan kepentingan agama mengatasi kepentingan duniawi.
Beliau sangat banyak melakukan ibadah dan sentiasa menasihatkan tentang pembalasan Allah di atas setiap perlakuan manusia di atas muka bumi.
Pelbagai gelaran yang jelek dan kotor, yang dilemparkan terhadap insan ini.
Sekadar ingin bertanya kepada mereka yang selalu menghina Nik Aziz ini, adakah orang yang menghina lebih baik dari yang dihina??
Beliau adalah orang yang sangat hampir dengan Allah, yang banyak melakukan solat di malam hari,banyak berpuasa sunat,sentiasa menjaga solat, sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk,Al-Quran sentiasa didampingi serta sentiasa menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Jika yang selalu menghina beliau sehingga menggelarkannya Syaitan,puk***k bukan ulama', Nik N*jis,ulama terompah dan sebagainya, hentikanlah hinaan yang sebegitu kerana amalan Nik Aziz di dalam beragama adalah jauh lebih baik dari yang menghina.
Insaf dan bertaubatlah, dan jangan sekali-kali menghina golongan yang dekat dengan Allah, kerana dikhuatiri Allah akan menimpakan balasan 'cash' kepada orang yang menghina kekasihnya.
Sekadar peringatan..






KERDAU, 26 Feb - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang  menyifatkan perjuangan menentang UMNO BN harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau pun UMNO menggunakan taktik kotor dalam setiap kali pilihan raya ditambah lagi dengan kerjasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mahu atau tidak PAS perlu menyuburkan amalan demokrasi itu.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat ringkas dihadapan para petugas dan penyokong parti itu dekat Kg.Desa Murni semalam. "Puak-puak BN hanya tahu ingin menang sahaja, mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu hatta menipu dan menabur wang dalam pilihan raya. Inilah yang berlaku, masalahnya jika kita tidak lawan mereka akan kata kita takut. Itulah penyakit UMNO BN seperti orang gila.

Jika kita lawan mereka main kotor. Kalau kita tidak lawan kita bodoh",
katanya. Perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam dan kita tidak mahu kemenangan itu dicapai secara kotor. Tapi UMNO sanggup melakukannya demi mempertahakan kuasa biar pun mereka tahu telah ditolak rakyat secara keseluruhan sebenarnya.


Amalan demokrasi tercemar dengan tindakan yang jelas bercanggah dan tidak sepatutnya itu. Beliau menyeru petugas PAS bekerja lebih gigih untuk memastikan kemenangan calon parti itu. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Apa yang jelas dapat dilihat, PAS sedaya upaya mahu merampas DUN Kerdau daripada BN dalam pilihanraya kecil ini. Ia mungkin bagi menyuntik semangat perjuangan ke arah menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Cuma di sini, PAS perlu lebih menumpukan gerak kerja di kawasan Felda dan Felcra yang dipercayai ada lebih 3,000 pengundi.

Seruan kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau

Oleh Nik Abdul Aziz Nik mat

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat

Salam Sejahtera.“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Maksud Al-Quran, al-An’am 6:162)

Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H.

Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup.

Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)

Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.

Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas’uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang:

“Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).”

Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam.

Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.

Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.

Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat.

Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz ‘Bismillah...nama Tuhan yang Esa’ undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.

Selamat mengundi. Semoga dengan ‘sepangkah undi,’ tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat”

*PAS UNTUK SEMUA *

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

merangkap Mursyidul Am PAS.