Dua dekad lalu Dumisani Rebombo merogol seorang budak perempuan
selepas dicabar rakannya. Hari ini, dia insaf dan bertindak sebagai pembela hak
kaum wanita. - Foto ihsan CNN
JOHANNESBURG - Dumisani Rebombo bukan seorang pembela wanita
yang biasa. Dia sebenarnya seorang yang 'disabitkan' kerana kes rogol dan dua
dekad selepas perbuatan kejam itu, dia memohon maaf dan insaf dengan
perbuatannya.
Sebagai suspek muda yang perlu berada di mahkamah, Rebondo
bercerita dengan CNN mengenai keganasan luar biasa, dan keazamannya untuk
mengubah keadaan ini di negaranya sendiri - Afrika Selatan yang satu ketika
dulu terkenal di mata dunia kerana dasar apartheid.
Dia melakukan perbuatan kejam seawal usianya 15 tahun apabila
seorang budak lelaki di Blinkwater mengejeknya kerana tidak mempunyai teman
wanita dan mencabar untuk membuktikan kelelakian dengan melakukan hubungan
seks.
“Saya berasa sangat takut ketika itu kerana sebelum itu
tidak melakukan hubungan seks,” kata Rebombo.
Pada jam 5 petang, dia bertemu rakan-rakannya, minum arak dan
mengambil marijuana.
Dia merogol seorang budak perempuan selepas rakannya membuat
demikian dan merasa satu perasaan yang sangat teruk, rasa bersalah yang amat
tinggi dan takut jika perkara ini diketahui oleh ibu bapanya. Tidak ada
perkataan yang boleh digambarkan bagaimana kejamnya perkara yang dia lakukan.
Pihak polis di Afrika Selatan berkata, sebanyak 66,196 kejadian
rogol berlaku antara 2010 hingga 2011 tetapi ramai yang percaya lebih banyak
lagi kejadian berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Perempuan yang saya rogol itu tidak membuat sebarang laporan
polis mengenai kejadian tersebut kerana takut berlaku kejadian yang tidak
diingini dan tidak memberitahu sesiapa menyebabkan saya tidak berubah,” kata
Rebombo.
Kajian Majlis Penyelidikan menunjukkan 28 peratus lelaki di
Afrika Selatan dilaporkan pernah merogol, tiga suku ialah perogol kali pertama
adalah seperti Rebombo.
Tahun demi tahun berlalu. Rebombo menyertai organisasi
kesaksamaan jantina. Hanya pada masa itu dia mula berfikir semula mengenai
nasib perempuan yang pernah dirogolnya dan merasakan perlu bertindak sesuatu
untuk membetulkan kesilapan lampau.
Dia mencari kembali perempuan itu lalu merancang satu pertemuan
di klinik dan meminta maaf dan menyesali segala perbuatannya terhadap perempuan
tersebut.
Perempuan itu juga menceritakan hidupnya berubah selepas
kejadian malang tersebut. Dan, walaupun sudah berkahwin, kadangkala dia
menangis apabila disentuh suami sendiri kerana trauma dengan apa yang pernah
Rebombo lakukan.
“Saya rasa bersalah dan sangat malu dengan perbuatan diri saya
sendiri apabila perempuan tersebut hidup dalam penderitaan,” kata Rebombo yang
telah mendirikan rumah tangga. Dia kini tinggal di Mpupalanga, berhampiran
bandar raya Durban.
Dia kini berkhidmat sebagai pengurusan kebangsaan bagi projek
"One Man Can" kendalian Sonke Gendera Justice Network. Projek ini
menggalakkan hubungan sihat antara kaum lelaki dan wanita.
Katanya lagi, dia cuba mengubah cara pemikiran manusia supaya
lebih menghormati kaum wanita dan tindakan kejam seperti merogol mesti
dihentikan dan sesiapa yang mengetahui kejadian ini mesti melakukan sesuatu,
bukanlah berdiam diri.
No comments:
Post a Comment