FILIPAJ menerima
ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di
New York kelmarin.
NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti
Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi
itu.
Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja
membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di
universiti tersebut di sini.
Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima
ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Filipaj belajar selama 12 tahun dalam
pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.
Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris
selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya,
Yugoslavia pada tahun 1992.
Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah
ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.
Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali
bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.
Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan
yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Penjaga bangunan tersebut masih menghantar
wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro.
No comments:
Post a Comment