Oleh Salmah Mat
Husain
MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.
Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya
apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan
solat sunat dhuha.
Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di
Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara
pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan
Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan
sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan
negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan
solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan
Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah
anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman
masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun
menunaikan solat.
“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah
ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu,
subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap
tahun selama tiga hari itu.
Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah,
qiamullail dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment