Suasana di majlis
pernikahan agak sedih dan syahdu juga sewaktu doa dibacakan. Bapa kepada
perempuan 20-an iaitu wali kelihatan sedih dan menangis. Selesai majlis,
bapanya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Kadi kerana anaknya
selamat bernikah.
Kemudian, sekali lagi
bapa perempuan bertemu Kadi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.
Keadaan seperti ini agak menghairankan dan di luar pada kebiasaan. Sebenarnya,
bapa terlalu gembira kerana anaknya akhirnya bernikah kerana sebelum ini
anaknya bercinta sudah lama dan bebas ke sana ke mari tetapi tidak mahu
bernikah.
Ini adalah anak kelima
dari enam adik beradik dan dia mempunyai seorang lagi anak perempuan yang masih
belum bernikah. Bapanya adalah yang bergelar Tuan Haji adalah seoran yang
dihormati di kampungnya dan biasa jadi imam si suraunya. Bagaimanapun, dalam
pergaulan anak-anak, beliau menghadapi kesukaran disebabkan anaknya duduk
menyewa di bandar bersama kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment