BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, March 31, 2012

Mesyuarat Bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ

 

29 Mac 2012 Khamis jam 5.30 petang. Mesyuarat bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ di adalah didalam kelas Abu Daud. Alhamdulillah semua Cikgu 8 orang termasuk 1 orang Ustaz dan 1 orang Ustazah dapat hadir. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Cikgu Azmi Ali selaku AJK SKJ.

Agenda mesyuarat yang dibentang oleh Cikgu Maizura selaku pengetua Pasti dan Kafa Al Falah SKJ antara yang menariknya ialah sambutan hari lahir bagi pelajar Pasti setiap bulanan yang telah dilaksanakan setiap akhir bulan. Lawatan pelajar Pasti dan Kafa ke tempat-tempat yang di fikirkan bersesuaian dengan pelajar. Persediaan pelajar dalam pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring diperingkat kawasan. Sessi fotografi sebagai persediaan awal untuk majlis Ihtifal 2012 nanti. Persediaan pelajar-pelajar untuk Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat SKJ, peringkat kawasan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Mesyuarat PIBG - anugerah pelajar cemerlang dipertengahan tahun. Sukaneka Pasti dan Kafa.

Dalam pembentangan yang disusun secara teratur  mengikut jadual yang telah dirancang, Cikgu Maizura menyampaikan secara terprinci agar semua yang hadir dapat faham akan kehendak arah tuju Pasti dan Kafa pada tahun 2012. Cikgu Maizura menyatakan pihak Pasti Al Falah telah menerima pelajar yang berumur 3 tahun dan menjadi Pasti Al falah yang ke 3 teramai dalam daerah Kemaman.

Dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh ibabapa pelajar, pihak AJK SKJ menyerahkan kepada pihak pengurusan Pasti Al Falah untuk mengendalikan apa yang disuarakan untuk di ambil tindakan segera supaya isu-isu sebegini tidak berpanjangan. Harapan bagi pihak AJK SKJ agar pihak ibubapa faham akan tugas guru dan pihak ibubapa perlu prihatin tentang perkembangan pembesaran anak-anaknya. Peringkat kanak-kanak terlalu banyak kenakalannya. Oleh itu sama-samalah menjiwai alam kanak-kanak ini supaya perkara yang kecil tidak diperbesarkan.

Perkara yang dibangkitkan oleh guru-guru Pasti ialah kekurangan bilik kelas, kelas yang panas perlu aircond, pelajar semakin bertambah, perlu tambahan plug 3 pin, perlu TV, pelajar dan ibubapa perlu maklumat tentang apa-apa perkara tentang Pasti Al Falah SKJ setiap masa dan tempat penyimpanan pakaian pelajar.

Dalam rumusan atas perkara ini pihak AJK SKJ telah memutuskan untuk diadakan mesyuarat khas untuk dibincangkan lebih lanjut tindakan yang akan diambil.

Hasil masyuarat tergempar sebelah malam. Sebagai tindakbalas awal pihak SKJ bersetuju untuk menambah 2 bilik kelas lagi (membeli kabin RM7.500 sebuah ataupun membuat sendiri kelas yang berbentuk kabin) tempat sudah dikenalpasti, pemasangan plug 3 pin (sudah dipasang), pemasangan aircond dalam proses rundingan dengan pembekal. Keperluan TV menunggu sumbangan daripada Jemaah yang sudi menyumbang terlebih dahulu sebelum membeli yang baru.



Friday, March 30, 2012

TG Hj. Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan.


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya.

Orang Indonesia kuasa penentu PRU13


Oleh Subky Latif 

SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing. 
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu. 

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia. 
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini. 

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain. 

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya. 

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi. 

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki. 

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia. 

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi. 

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya. 

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat. 

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu. 

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat. 

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya. 

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini. 

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu. 

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN. 

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu. 

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta 
Orang Indonesia kuasa penentu PRU13 

Masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bersama PAS


Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti. 
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan PKR  petang tadi.


CATATAN







kalau boleh biar ramai yang berkayuhlah. Pastikan poster banyak ditampal dikawasan sekolah dan tempat riadah awan. Kita mahu catat sejarah, orang hadapan sudah sampai di Dataran Geliga tetapi orang belakang masih di Bandar Chukai lagi... InsyaAllah. Kepada petugas-petugas yang bermotor, pastikan memberi laluan kepada kenderaan pengguna jalanraya sebaiknya. Jangan biarkan mereka tersempit dengan program kayuhan sihat yang dianjurkan oleh kita. Pastikan kelancaran perjalanan hak pengguna jalanraya terpelihara. Jangan sampai mereka-mereka memberi HON sebagai protes kerana tersekat perjalanannya.


Jadual kuliah bulan April bagi Surau Batu 2, Kampung Jaya.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan April 2012

InsyaAllah kuliah maghrib pada 1 April 2012 Ahad akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ibrahim bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 2 April 2012 Isnin akan disampaikan oleh Ustaz Harun bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 3 April 2012 Selasa akan disampaikan oleh Ustaz Ya Pasir Gajah bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

Fail Siasatan Rasuah Sangkut di Pejabat Peguam Negara


Oleh Hazli Ibrahim


“SPRM siang malam buat kerja, bila sampai laporan kepada Peguam Negara, mati di situ. Mencurigakan betul. Sebab itulah isu rasuah ini jangan kita lihat pada SPRM sahaja,” ujar Rafizi di dalam wacana yang bertajuk ‘Rasuah Politik: Realiti Atau

SHAH ALAM, 29 MAC: Peguam Negara harus ditukar kerana dilihat menyekat pendakawaan rasuah politik di negara ini, kata seorang ahli panel di Wacana Sinar Harian petang tadi.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara yang ada pada hari ini wajar ditukar kerana banyak keputusan yang dibuat sebelumnya amat mencurigakan.
Walhal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjalankan tugasnya dengan menyiasat dakwaan rasuah tetapi apabila kes-kes ini dibawa ke pejabat Peguam Negara, ia tidak dibawa ke mahkamah pengadilan.
“SPRM siang malam buat kerja, bila sampai laporan kepada Peguam Negara, mati di situ. Mencurigakan betul. Sebab itulah isu rasuah ini jangan kita lihat pada SPRM sahaja,” ujar Rafizi di dalam wacana yang bertajuk ‘Rasuah Politik: Realiti Atau  Persepsi’.
“Kerajaan tidak mahu bersungguh-sungguh membenteras rasuah.
“Kalaulah saya jadi Perdana Menteri tanpa ubah perlembagaan pun kita boleh tolong pegawai-pegawai SPRM macam Datuk Shukri (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul) ini dengan satu tindakan sahaja, iaitu apa dia, kita tukarkan peguam negara.”
Dalam pada itu, Mohd Shukri, yang juga ahli panel, menyangkal persepsi masyarakat bahawa SPRM hari ini hanya berani menangkap ikan bilis dan bukan jerung besar.
Mohd Shukri berkata SPRM hanya diberi kuasa menyiasat manakala pendakwaan mahkamah pada tangan Peguam Negara.
“Dalam kes-kes yang kita cadangkan kepada peguam negara pada pandangan kita ada kes tetapi pada dia tak cukup bukti.
“Nak dakwa macamana, kita tak ada kuasa untuk dakwa. Kita cuma siasat sahaja, kuasa pemutus untuk mendakwa tertuduh terletak pada Peguam Negara.

“Kalau nak ikutkan, memanglah saya dan pegawai-pegawai nak dakwa mereka ini,” ujar beliau.


Anak-anak tidak kisah ayah kahwin 2

 

Lelaki 50-an, kerja swasta, bernikah isteri kedua, janda 30-an, tidak bekerja. Bila ditanya, isteri tahu ker suami nikah hari ini, si suami jawab tahu, tapi isterinya tak datang. 

Kemudian apabila ditanya, adakah anak-anak tahu yang dia bernikah hari ini, dia menunjukkan anak-anaknya yang hadir dalam majlis tu. Anaknya 7 orang dah besar panjang dan anak sulung dah nikah dan ada anak. Maknanya pengantin lelaki ini dah ada cucu. Bila ditanya sendiri pada anakknya, adakah dia setuju bapanya nikah lagi satu, salah seorang anak lelakinya jawab.

"Biasalah ustaz, ada kuota dua lagi, hehe". Jawab salah seorang anak lelakinya usia 20-an.

Wednesday, March 28, 2012

Iman Baling Kasut Islamkan 2 Orang Banduan

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Mayat bayi dalam beg

 

RAIHAM MOHD SANUSI
29 Mac 2012

KEMAMAN – Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai bersama uri, dalam sebuah beg pakaian di tapak pembuangan sampah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Mak Chili, Jalan Ibok, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.

Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangkakan beg tersebut mengandungi barang berharga, terkejut apabila melihat jasad bayi yang telah kaku dalam satu beg plastik berwarna oren bercampur hitam, yang diletakkan dalam beg pakaian berwarna merah dan kuning.

Penemuan menyayat hati itu kemudian diberitahu kepada rakannya yang bekerja di tapak pembuangan sampah itu sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi berkenaan cukup sifat dan berkulit cerah.

“Siasatan lanjut di tapak pembuangan sampah mendapati, mayat bayi dipercayai dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut pada jam 3 petang,” katanya.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pagi semalam, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Abdullah Sani meminta pihak hospital atau klinik swasta yang merawat pesakit mencurigakan seperti mempunyai tanda baru melahirkan anak, supaya menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kemaman,
Asisten Superintendan (ASP) Jamil Mohd Sahad, menerusi talian 014-8007222 bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran dan pembuangan bayi ini juga diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.
SinarHarian

KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.

Admin: Zaman jahiliyah kembali semula selepas pemerintah menolak hukum hakam daripada Allah.





Tiga penari tiang didenda RM25

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Admin: Hancur negara boleh pemerintah yang tolak hukam hakam daripada Allah.

CATATAN

Jom ke kerteh

Jom...ke Dusun Nyiur...

Jom ke kerteh

Orang-orang mude pakat mari belaka deh.

walaupun dimana anda berada solat tetap didirikan.

Jom..ke kerteh

Sumbangan SKJ kepada golongan fakir miskin.

27 Mac 2012 Selasa jam 9.20 malam hingga 11.30 malam kerja-kerja menyiapkan tiang netball bagi kegunaan Pelajar Pasti Al Falah. 

InsyaAllah kuliah maghrib pada 28 Mac 2012 Rabu akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Najib Ali bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir. Nasi Dagang disediakan.
InsyaAllah kuliah maghrib pada 30 Mac 2012 Jumaat akan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Md Saad bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Dan selepas itu ustaz akan berceramah di Pengkalan Padang di hadapan Surau. Semua dijemput hadir.
InsyaAllah kuliah maghrib pada 29 Mac 2012 Khamis akan disampaikan oleh Ustaz Harun bertempat di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.


Pesta maksiat rai pengantin

   

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. 
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

JEMAAH CEMERLANG SPM

 

27 Mac 2012 selasa selepas solat sunat isyak, Penyampaian cenderahati kepada Muhammad Syaafii Bin Noor Zahari 17 tahun yang mendapat 9A (4At, 3A, 2A-) adalah Jemaah SKJ yang paling cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011 baru-baru ini. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Tahir selaku Bendahari SKJ. Beliau adalah anak AJK SKJ yang belajar di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Hasrat beliau yang ingin menyambung pelajarannya di UPNM - Perubatan (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Muhammad Syaafii adalah pelajar yang aktif bersukan terutamanya sukan Hoki dan mewakili sekolah serta negeri dalam beberapa kejohanan yang besar. Bakatnya dapat dihidu oleh guru semasa di darjah empat lagi. Dan ketika darjah empat beliau sudah mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat daerah dan negeri. Setelah tamat peperiksaan SPM, Muhammad Syaafii terus balik ke kampong untuk menjaga abangnya (Ustaz Muhammad Firdaus)yang sakit kerana kemalangan jalanraya. Atas kesabarannya semasa menjaga abang yang tidak mampu untuk bergerak sendiri dan sentiasa memenuhi 5 waktu solat di surau secara berjemaah, Allah telah kurniakan berita kegembiraan yang tidak terhingga. Sementara menunggu kemasukan ke UPNM, Muhammad Syaafii di minta oleh AJK SKJ untuk mengajar anak-anak Pasti Al Falah dalam sukan bolasepak dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.      

JEMAAH SKJ KEMALANGAN

 

12 Mac 2012 Isnin jam 11.30 pagi, Jemaah yang dikenali Awi satay Pok Chang yang membuka perniagaanya bersebelahan SKJ telah mengalami kemalangan di Lebuhraya Kuala Berang (haighway baru). Awi yang dalam perjalanan daripada Felda Neram 1 menuju ke Besut. Apabila sampai di di tempat kejadian tiba-tiba tayar keretanya meletup dan keadaan kereta tidak dapat dikawal lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. Dalam kereta ada 6 orang penumpang dan 3 termasuknya tercedera patah 2 batang tulang rusuk sebelah kiri, isterinya patah tulang bahu sebelah kanan dan anaknya berusia setahun lebih mengalami kecederaan yang parah iaitu urat mata sebelah kanan mengalami kerosakan yang teruk, retak tulang mata serta keretakkan kepada tengkorak kepala bahagian belakang. Awi dan isterinya terpaksa dimasukan ke wad selama 2 malam dan anaknya 1 minggu. Alhamdulillah, keadaan beliau sekeluarga sudah beransur sihat.  27 Mac 2012 Selasa selepas solat sunat isyak penyampaian sedikit cenderahati dan hasil kutipan derma pada 14 Mac 2012 selasa semasa kuliah Ustaz Fadhil Sulaiman telah disampaikan oleh Tuan Haji Tahir selaku Bendahari SKJ. 

Menangis

 

Seorang bapa 50-an sudah bercerai dengan isterinya berbelas tahun dulu. Kesemua 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki dijaga oleh bekas isterinya. Kemudian lelaki ini kawin lain dan mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa serta tidak memberi nafkah kepada anak-anak dengan bekas isteri.

Kini tiba masa anak perempuannya 20-an hendak bernikah. Pada mulanya bapanya bersetuju menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan di sebuah masjid. Bagaimanapun bapanya tidak hadir pada hari berkenaan, menyebabkan pernikahan terpaksa dibatalkan. Manakala majlis kenduri terpaksa berjalan seperti biasa pada hari yang sama walaupun pengantin tidak dinikahkan.

Bagaimanapun, seminggu selepas itu barulah bapanya hadir ke pejabat kadi untuk menjadi wali kepada anaknya. Pernikahan berlansunglah walaupun sudah lewat seminggu. Anak-anaknya begitu kecewa dengan bapanya yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab dengan anaknya.

Tuesday, March 27, 2012

Mulut herot


   

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Monday, March 26, 2012

Catatan




Cantikkkkkk

InsyaAllah kuliah maghrib pada 27 Mac 2012 Selasa akan disampaikan oleh Ustaz Fadheli Ibrahim bertempat Surau Batu 2, Kampung Jaya. Semua dijemput hadir.

NOVEL – SUDAH NASIB MAT BURGER

 

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

EPISOD 27

Yanti memandu sendiri ke Kemaman, maklumlah jadi urusetia kursus dua minggu, bukan kejap. Nanti boring-boring bolehlah naik kereta jalan-jalan. Yanti dah biasa memandu sendiri walaupun jauh, jalan melalui lebuhraya Karak, kemudian Temerloh, Maran, Kuantan, barulah sampai ke Kemaman dalam jam 3.00 petang. Masa tu tak ada lebuhraya Pantai  timur macam sekarang. Urusetia kursus 6 orang, 2 perempuan. Semua urusetia lain Yanti baru kenal di situ.

Jadi urusetia kursus ni penatnya macam peserta kursus gak, malah lebih penat lagi. Dalam dua minggu ni, tidur pun tak cukup, paling cepat pun tidur pukul satu. Bangun tidur pulak 5.30 pagi dah bersedia untuk kawal peserta pegi solat subuh. Bagi Yanti, dua minggu ini suatu yang menghiburkan juga, biasalah banyak aktiviti dengan bersukannya dan aktiviti luar. Jadi, Yanti nampak ceria dan macam tak ada masalah dan tak ada kerunsingan apa-apa.

Man di kampung sudah sihat hampir ke sedia kala. Sudah masuk tiga minggu juga dia lalui pembedahan. Man dah mula boleh berjalan, bercakap, mendengar dan makan minum seperti biasa. Man mahu sangat hendak ke JB untuk berniaga burger semula tapi dilarang ibu dan bapanya. Mereka risau sebab Man nampak belum berapa sihat seperti sebelumnya. Ikutkan hati Man, Man dah rasa dirinya sihat, tapi bagi mak ayah Man, biasalah sikit-sikit risau, tak habis-habis risau pasal Man.

Aboi dan Man sering berhubungan mengenai jualan burgernya. Aboi nampaknya seorang yang jujur dan ada potensi untuk mengikut jejak langkah kejayaan Man. Cuma Aboi tak berapa mesra dengan pelanggan, dia masih baru nak berniaga, tak berapa mesra sangat. Pelanggan Aboi tak seramai dulu antaranya rasa burger yang Aboi tak sama dengan burger dari 'tangan sakti' Man. Man dah tahap pakar walaupun cara masak dan ramuan sama saja dengan burger Aboi, tapi lain rasanya. Ini menambahkan rasa nak balik cepat ke JB. Man rasa dia seminggu lagi di kampung.

Man juga dah boleh pandu kereta walaupun ibu Man selalu membebel dan larang Man bawak kereta sebab katanya Man tak berapa stabil lagi. Tapi Man bawa juga kereta Wajanya jalan dekat-dekat. Suatu hari, waktu makan malam bersama, keluarga Man berbual sambil menikmati jamuan.

"Man. Bila-bila pergilah bank, pulang semula duit Yanti 10,000 tu". Kata ayah Man.

"Nantilah abah, Man pun belum ada masa nak pegi bank lagi". Kata Man.

"Bukan apa, abah rasa tak sedap hati, kau pun ada duit 10,000. Cuma hari tu tak sempat nak bayar". Kata ayah Man.

"Yer Man, betul kata abah kau tu. Kita tak mahu terhutang budi banyak pada orang yang bukan keluarga kita". Kata ibu Man pula.

Man tersentak juga.  Man pun sudah hampir sebulan tak berhubung dengan Yanti. Untuk pulangkan semula wang 10,000 pada Yanti, Man pun serba salah juga, takut Yanti terasa hati. Man pada mulanya ambil keputusan untuk menghubungi Yanti. Tapi..... tiba-tiba timbul perasaan takut, Man masih takutkan kejadian dia dibelasah berulang. Man tahu Yanti sudah pindah ke KL dan Man rasa mungkin duduk rumah mak ayah Yanti. Jadi kalau telefon, bimbang ada adik beradik Yanti yang jawab, fikir Man. Man tak jadi hubungi Yanti dan mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menelefon Yanti. Namun perasaan rindu Man pada Yanti tetap tak hilang.

Suatu hari pula, ayah Man bertanya suatu soalan pada Man, soalan yang sangat sukar dijawab.

"Man. Kamu kena pukul di JB kenapa, ada kaitan dengan Yanti ker ?". Tanya ayah Man.

"Abah.... Man tak mahu kenangkan itu semua lagi. Man tak pasti.....". Kata Man.

Namun, ayah dan mak Man ada mensyaki sesuatu, lebih lagi memikirkan kenapa Yanti sanggup mengeluarkan 10,000. Dan yang paling nyata, kenapa Yanti kata "untuk menebus dosa dan kesalahan Yanti". Perkataan itu, bagi seorang bapa yang dah sangat matang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lagi pun, Yanti sanggup tunggu Man di hospital dan sekali sekala Yanti berkata "tidak! tidak!" seolah-olah ada seseorang yang Yanti marahkan, mungkin marahkan orang yang membuatkan Man begitu.

Tapi ayah Man taklah mahu Man berterus terang dalam keadaan Man yang masih trauma, tidak sepatutnya diasak dengan soalan sebegitu. Suatu hari pula, waktu mak dah ayah Man berdua dalam kereta untuk ke bandar, perbualan ini berlaku.

"Saya mahu Man pulangkan juga wang 10,000 itu pada perempuan tu. Dan kalau boleh Man putuskan hubungan dengan perempuan tu segera". Kata ayah Man kepada ibu Man dalam kereta.

Ibu Man tersentak juga, seperti terkejut.

"Putuskan hubungan ? Kan Yanti itu budak baik, tengok dia tinggi budi bahasa pada orang tua dan sopan santun". Kata ibu Man.

"Saya dah tahu semua cerita yang sebenarnya, kenapa Man kena pukul.... Semuanya disebabkan keluarga perempuan tu yang pukul Man sampai jadi macam tu. Takkan saya sebagai bapak nak berdiam diri saja". Kata ayah Man sambil memandu.

"Awak tahu dari mana cerita ni ? Man tak cerita apa-apa pun". Kata ibu Man.

"Saya tahu, ada orang yang cerita pada saya sebelum ni, dia orang yang rapat dengan Man, tak perlulah tahu siapa yang cerita tu". Kata ayah Man. Ibu Man mendengar dengan teliti sambil memperlahankan radio kereta.

"Orang tu mula tak mahu cerita lanjut, tapi akhirnya dia bercerita juga perkara sebenar selepas saya pujuk ". Kata ayah Man lagi.

"Siapa yang cerita ? Kawan Man ker yang kurus-kurus tu ? Yang kerja dengan Man jual burger tu ker ? ". Tanya ibu Man.

"Tak payahlah tahu siapa, tak penting. Sekarang yang penting, kita kena jaga diri Man. Jangan pisang berbuah dua kali". Kata ayah Man.

Ibu Man terdiam bila ayah Man kata dapat cerita dari seseorang yang rapat dengan Man di JB. Anggapan ibu Man, mungkin benar apa yang dicakapkan ayah Man tu.

"Awak cakaplah pada Man, supaya putuskan hubungan dengan perempuan tu. Perempuan tu memang baik, tapi keluarga dia ? Kita pun tak kenal, katanya anak orang kaya di KL. Kita orang kampung jer. Saya taknak masalah lain timbul nanti ". Tambah ayah Man.

"Lagi satu, awak ingat ke dengan perempuan yang awak cadang nak jodohkan dengan Man dulu, anak kawan yasinan awak tu. Belum kawin lagi ke perempuan tu ?". Kata ayah Man.

"Yang tu dah tunang, nak lansung hujung tahun ni dengan cikgu sekolah katanya. Dulu Man tak ndak". Kata ibu Man.

Balik tu, ibu Man sangat serba salah untuk menyatakan apa yang diminta untuk disampaikan ayah Man. Sebagai seorang ibu, dia sangat mengetahui perasaan anak lelakinya yang sedang dalam alam percintaan, bukan senang untuk mengeluarkan perkataan sebegitu. Ibu Man juga tetap suka pada Yanti, seorang gadis yang cantik, pandai mengambil hati orang tua dan berpelajaran tinggi.

Bagaimanapun, hasrat bapa Man itu perlu juga diberitahu kepada Man. Tapi bila ? Kalau tak sekarang, lepas ni Man dah nak ke JB semula....Ibu Man menangguhkan hasrat untuk memberitahu Man perkara itu, tapi ibu Man sedang mencari masa dan suasana yang paling sesuai untuk diberitahu pada Man. Bila ?

BERSAMBUNG KE EPISOD 28