UMI NURUL AEISYATUN
menunjukkan sepasang kain baju Melayu yang dibeli oleh Mohd. Rosli untuk majlis
perkahwinan mereka di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun semalam.
DUNGUN – “Sebelum kejadian, saya dengar bunyi
gas bocor sebanyak tiga kali sebelum terdengar bunyi letupan kuat yang
menyebabkan saya terpelanting.”
Itu pengalaman ngeri dialami salah seorang
mangsa, Mohd. Afendi Yahya, 32, dalam kejadian letupan gas di Loji Pemprosesan
Petronas, Kerteh, Kemaman kelmarin yang meragut nyawa rakannya Mohd. Rosli
Mansor, 31.
Menurutnya, beberapa saat sebelum letupan kuat
itu berlaku, dia berada hanya beberapa meter dari penutup bay hole loji
berkenaan iaitu tempat gas itu bocor dan meletup.
Jelas Mohd. Afendi, pada mulanya dia cuba
mencari punca bunyi kebocoran gas itu dan apabila bunyi sama berulang sebanyak
tiga kali, dia yang dapat menjangkakan sesuatu perkara buruk akan berlaku cuba
melarikan diri.
Bagaimanapun, jelasnya, belum sempat dia
berbuat apa-apa, satu letupan kuat berlaku diikuti dengan percikan api dan pada
masa itu dia tidak menyedari bahawa rakannya terjatuh ke dalam bay hole itu.
“Saya bernasib baik kerana hanya melecur sikit
sebab kena percikan api tetapi nasib tak menyebelahi rakan saya,” katanya
ketika menghadiri majlis pengkebumian Mohd. Rosli di Kampung Baru Kuala Abang
dekat sini, semalam.
No comments:
Post a Comment