Kalau tidak silap pendengaran dan
tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan
dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai.
Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada
tauliah.
Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.
Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."
Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?
Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.
Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.
Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam konteks itu cara itu sebaik-baiknya.
Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa.
Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan.
Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.
Patah-patah perkataan sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid.

No comments:
Post a Comment