MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
TELUK INTAN: Akhirnya
pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas
selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13
cicit.
Pesara Pembantu
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja
bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak
pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima
Shahrin Dais, 83, sebagai suami.
Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.
Dia mengakui mempunyai
ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal
menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.
“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.
“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.
Sementara itu, Shahrin
berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di
sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu,
membawa kepada perkahwinan.
Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.
Admin: Inilah
kekuasaan Allah, ajal maut dan jodoh sudah ditentukan. Mengapa kita tidak
menpercayainya? Lalu kita yakin atas kekuasaan
bomoh…Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment