SEBUAH treler (dalam
bulatan) melayang semasa puting beliung melanda bandar Dallas-Fort Worth, Texas
kelmarin.
DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler
melayang semasa puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di negeri
Texas kelmarin.
Dua buah bandar di Texas, Arlington dan
Lancaster diisytihar zon bencana selepas puting beliung berkembar serta ribut
menyebabkan 300 buah rumah di kawasan berkenaan rosak teruk.
Banyak kediaman yang berada dalam laluan ribut
berkenaan ranap manakala sejumlah trak dan kereta turut terbalik ditiup angin
kencang.
"Saya tidak pernah melihat dua puting
beliung melanda dua kawasan metropolitan secara serentak seperti ini,"
kata seorang pakar meteorologi, Henry Margusity.
Seorang lelaki yang
merakamkan gambar satu puting beliung berkenaan di utara Texas, Brandy Kemps
memberitahu saluran berita ABC News; "Serpihan berterbangan
merata-rata di depan mata saya termasuk debu, batu dan batang kayu.
"Puting beliung itu menuju ke arah kami
dan ia kemudian hilang dari arah belakang bangunan apartmen tempat saya
tinggal," katanya.
Lebih 12 orang cedera tetapi tiada laporan
kemalangan jiwa berlaku dalam bencana tersebut setakat ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment