Antara buku yang dikeluarkan untuk memburukkan kepimpinan Tok
Guru Nik Aziz
Oleh Wan Nik Wan Yussof
BAHANG pilihan raya umum dan keghairahan Umno Kelantan melaksanakan 'agenda setting' untuk merampas kuasa daripada PAS di Kelantan semakin hangat. Tindakan agenda itu telah dilihat kebelakangan ini turut menyanggahi amalan demokrasi sihat yang dipraktikkan di kebanyakan negara maju.
Justeru Umno sekarang dilihat semakin rakus dalam menjayakan dominasi politik untuk meraih sokongan rakyat, mahupun ke arah mengekalkan sokongan teras tatkala berhadapan dengan PAS yang mentadbir Kelantan.
Kerakusan Umno Kelantan Sehubungan itu, Umno Kelantan kini dikesan telah menggunakan beberapa pendekatan dominasi politik demi memenuhi agenda merampas kuasa. Antaranya melakukan kempen fitnah menerusi media cetak akhbar dan buku.
Ia disokong pula oleh pendekatan manipulatif teknologi media baru terutama blog, facebook dan youtube bagi Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan menghidupkan fakta-fakta fitnah maya terhadap PAS dan Kerajaan Negeri.
Ia telah dibuktikan dengan berlakunya perjumpaan para pengamal cybertrooper Umno bersama pengerusi Perhubungan Umno Kelantan pada Februari lalu di Tanjong Chat, Kota Bharu.
Sementara ke arah melengkapkan lagi perencanaan penyebaran fitnah maya itu, Umno Kelantan turut menganjurkan ceramah-ceramah di segenap ceruk negeri Kelantan. Menerusi ceramah itu, tenaga penerangan Umno yang rata-rata ‘bermain kasar’ dalam memutarkan isu-isu fitnah.
penceramah Umno yang sewenangwenang memakai title ustaz, profesor dan tok guru pondok telah memfitnah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berfahaman Wahabi, Muktazilah, sesat dan kafir.
Begitu pula ada penceramah bertaraf pimpinan Umno Bahagian secara lembut lidah berserta wajah hipokrasi mengulas faktafakta yang direka-reka bertujuan memburukkan Kerajaa Negeri di bawah kepimpinan ulama.
Antaranya menguar-uarkan bekalan air AKSB sebagai teruk, penyelewengan projek Ladang Rakyat kerana kononnya diberi kroni, dan mengada-adakan data pembangunan tanah yang merampas hak Orang Asli dan menjual tanah rizab Melayu kepada bangsa asing.
Terkini lagi, Umno Kelantan didapati sedang menjalankan kempen untuk ‘membunuh watak’ (character assassination) pimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan secara terancang. Antaranya kempen menggunakan buku-buku bercetak yang kononnya dikarang seseorang (disyaki mengguna nama samaran atau pengarang upahan).
Ada yang menggunakan nama Abi Said Al-Khudri, Ibnu Ramli dan The Insider. Antara tajuk buku diedar ialah Fatwa Tok Guru, Apa Sudah Jadi, Tok Guru Dulu dan Kini, Tok Guru Jual Tanah Kubur dan Politik Wang dan Kronisme.
Penulisan buku itu pula memang berniat jahat tatkala mengulas secara tidak beradab bersandarkan fakta palsu yang nyata suatu pembohongan dituju khusus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ahli exco serta wakil rakyat PAS.
Menambah kehangatan Tidak padan dengan pendekatan pembohongan tersebut, maka Umno Kelantan dilihat semakin terdesak apabila kemungkinan pembubaran parlimen berlaku pada bulan hadapan (Mei 2012), nanti.
Justeru pakar perang saraf Umno sudah menjalankan pelbagai pendekatan yang bertujuan bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Kerajaan Negeri dan PAS yang mentadbir Negeri. Pendekatan Umno Kelantan itu telah menambahkan kehangatan hawa pilihan raya umum ke-13.
Terkini, Umno dilihat membuat pendekatan kolabrasi dengan NGO tertentu. Malah Umno sanggup menaja pula NGO atas dasar semata-mata dapat membangkit marah, benci dan langsung mengajak rakyat menjatuhkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS.
NGO Perkasa dan MTRK adalah antara NGO kolabrasi Umno Kelantan. Sementara Ombak, Tukar dan Jaringan Pondok dan Jaringan Orang Asli dikatakan antara NGO tajaan Umno yang mengajak anak muda, golongan Orang Asli dan pengundi atas pagar untuk menolak segala-gala kebaikan dasar Islam dan program berkebajikan anjuran Kerajaan Kelantan selama ini
Mempersenda kebajikan rakyat
Apa yang nyata, NGO tersebut secara terang telah melakukan MoU (persefahaman) dengan Umno bagi menjayakan agenda merampas kuasa dalam pilihan raya nanti. Justeru, mereka tidak segan silu telah cuba mengheret dan menghasut rakyat dengan laungan kempen membuta-tuli.
Sehingga sanggup menafikan hak rakyat Kelantan menerima wang royalti petroleum dan pelbagai hak mengikut lunas amalan federalisme.
Natijah itu membuatkan Umno sudah menutup separuh otaknya daripada menerima segala-gala kebaikan dasar Islam dan program kebajikan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, khususnya golongan miskin.
Justeru, mereka telah mempersendakan program kebajikan rakyat seperti sumbangan Kerajaan Negeri menerusi program Skim Kifalah, bantuan Armalah, anak yatim, rumah dhuafat, penubuhan pusat pembangunan wanita, program cakna rakyat dan bantuan pesakit kronik.
Paling teruk lagi, kelas-kelas pengajaran agama oleh guru dakwah halaqat pun dipertikaikan Umno kononnya mengajar politik bukannya mengajar agama.
Nyata dan benarlah, Umno kini sudah tidak bersikap harmoni dengan kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment