Sekumpulan mahasiswa dan NGO tempatan hari ini mengadakan perhimpunan membantah keputusan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman kepada mahasiswa tajaan negeri itu yang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Perhimpunan yang disertai aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) itu bertujuan menuntut supaya pinjaman pelajaran diberikan semula kepada mahasiswa terbabit.
Demonstrasi itu berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang tadi di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan pejabat kerajaan negeri.
Menurut jurucakap GEMPUR, selain kira-kira 100 orang mahasiswa dan aktivis, bapa kepada seorang 'mangsa' terbabit juga turut hadir bagi mendesak Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menunaikan tuntutan mereka.
Pada 18 Mac lalu Ahmad dilapor berkata kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu selepas didapati terlibat dalam perhimpunan BERSIH di ibu negara tahun lalu.
Jurucakap GEMPUR bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, jumlah sebenar yang ditahan biasiswa oleh kerajaan negeri bukan enam, tetapi sembilan orang kesemuanya.
Dalam perhimpunan itu, mereka turut membawa kain rentang mendesak kerajaan negeri membatalkan tindakannya.
Jurucakap itu yang juga seorang pemimpin mahasiswa di negeri Terengganu turut mengambil kesempatan mengadakan sesi penjelasan berhubung isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.
Malah, mereka juga meninggalkan sebuah khemah di depan Wisma Darul Iman sebagai simbolik sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang kini sedang berkhemah di Dataran Merdeka supaya tuntutan mereka didengar.
-M'kini
Menteri
Besar cabar Pas
NURUL HUDA HUSAIN
19 April 2012
19 April 2012
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar
Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan
Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut
terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai
perhimpunan Bersih.
“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi,
bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan
balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut
terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri
dengan perhimpunan haram.
Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret
penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian
sehingga tamat.
“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana
pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas
sembilan penuntut terbabit.
“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman
penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi
belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),”
katanya.
Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang
mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya
Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk
terbabit dalam politik.
Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan
Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat),
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik
balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di
bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan
demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman
ditarik balik.
“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar)
yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi,
sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.
No comments:
Post a Comment