Tun Hisan (dua dari
kanan) menunjukkan wang dan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor semalam.
|
SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang
dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan
lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang
Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin.
Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun
dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya
diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.
Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan
pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.
Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami
kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar ke Hospital Selayang
untuk pemeriksaan.
Polis menemui semula wang tunai berjumlah
RM275,850 daripada jumlah RM300,000 wang pendahuluan bayaran tebusan oleh
keluarga mangsa kepada kumpulan penculik terbabit.
Kumpulan penculik itu, meminta wang tebusan
sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa namun keluarga itu dibenarkan
membuat bayaran secara berperingkat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun
Hamzah berkata, ekoran pembebasan mangsa, sembilan lelaki termasuk seorang
pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditahan
kelmarin bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, dalam operasi sama, polis
turut merampas tiga buah kereta iaitu Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda
Odyssey.
Turut dirampas sebuah treler, topeng ski,
telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.
Admin: Apa sudah jadi Negara Malaysia. Jenayah
pihak polis sendiri yang buat kerja. Siapa lagi yang boleh diharapkan? Jika ini
yang berterusan sehingga beberapa tahun lagi maka tunggulah kehancuran Negara
Malaysia.
No comments:
Post a Comment