Sumber Tukang Lawan
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.
Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam
teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain
di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.
Empat kaedah tersebut adalah:
- Pengundi yang
mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza
nombor kad pengenalan baru;
- Pengundi yang
mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit
berbeza;
- Nama yang sama
dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru;
dan
- Pengundi pos
dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .
Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon"
dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis
pertama.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat
"klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa
penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil
sahaja.
Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan
alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan
daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
No comments:
Post a Comment