Kami datang
bukannya mencari bala, tetapi mencari keadilan dalam pilihanraya. itu sahaja.
Kami datang hanya mencegah kemungkaran dalam pilihanraya. Pihak polis bukanlah
lawan kami. Kami orang biasa. Jika tuntutan kami sebelum ini enggan diterima
oleh pihak SPR maka langkah kami ke jalan raya untuk memberitahu seluruh
pelusuh dunia bahawa kami betul-betul mahukan bersih dalam pilihanraya. Jangan
provok kepada kami. Kami insan yang lemah. Tetapi semangat kami yang cintaikan
Malaysia melebihi segalanya. Sesungguhnya disisi kami hanyalah Allah. Allahlah
segala-galanya kepada kami berserah diri. Jika kami tempuh jalan yang berdarah,
maka kami terpaksa lalui juga bukan melawan tetapi redha atas kehendakNya.
No comments:
Post a Comment