“Kalau BN
kalah dalam pilihanraya ni, e-book tadok dah, tak kan PAS nak beri” Itulah
kata-kata yang sepontan yang keluar dari ibubapa semasa majlis penyampaian
e-book di Kemaman untuk tahun 4 bagi tahun 2012. Apakah kita sedar dengan
maklumat yang diberikan telah menyedarkan orang kampung tentang hukum hakam
apabila mengundi? Bagi penulis, orang kampung masih jauh lagi ketinggalan
pandangannya. Bagi mereka-mereka ini TV adalah maklumat yang tepat dan telus.
Jikalau ustaz-ustaz yang berkuliah di masjid atau di surau, orang kampung akan
terima sekiranya perkara itu membawa kebaikan fizikal sahaja. Contohnya marilah
kita membaca Al Quran, tahlil, solat hajat, solat jenazah, berzanji, maulidur
rasul, maal hijrah, nisfu syaaban, tarawih, solat hariraya dan ziarah kubur.
Ungkapan
seperti inilah yang membawa kekalahan parti Islam setiap kali pilihanraya.
Orang kampung pentingkan hartabenda sahaja. Ukuran kebendaan inilah yang
merosakan jiwa masyarakat. Bertuhankan manusia dan berhambakan kepada harta.
Ugutan demi ugutan akan diterima oleh orang kampung sekiranya menyokong parti
Islam. Apakah dengan ugutan tidak dapat wang eshan, dana pendidikan, dana anak
sekolah, dana hariraya, dana itu ini akan memberi perpaduan dalam masyarakat
kampung?
Perkara
ugutan inilah menjadi perpecahan dalam masyarakat kampung. Bukannya kerana
parti. Berlainan parti sama juga dengan berlainan bangsa, agama dan kebudayaan.
Mengapa kerana parti kita zahirkan akan perpecahan masyarakat? Perpecahan masyarakat
berlaku kerana kelakuan peminpin yang bertopengkan perangai zalim dibelakang.
Peringkat JKKK lah paling teruk sekali yang membawa perpecahan dalam masyarakat
setempat.
Jika kita
amalkan siapa susah kita bantu. Perpecahan dalam masyarakat tidak akan berlaku.
Tetapi apa boleh kita lakukan sekirannya kroni dan kaum kerabat sahaja yang
diambil kira. Maka ketidakpuasan hati akan berlaku. Disinilah mula serangan
bermasam muka dan pulau memulau antara satu sama lain. Siapa yang yang
bertanggungjawab? Adakah kerana parti?
Berbalik
kepada persoalan awal, pemberian e-book. Adakah dikira penting e-book kepada
pelajar yang berumur 4 tahun? Jika kita berbincang secara ilmian dari sudut
pengajian dan pengetahuan kepada pelajar, adakah perkara ini mendatangkan kebaikan?
Penulis bimbang perkara ini berlaku diperingkat kampung yang sememangnya suka
kepada perkara diluar adat pembelajaran. kita pelihat disekeliling, budak-budak
yang berumur 10 tahun sudah pandai chating facebook dengan menonjolkan
kehidupan sosial yang tidak bermoral sesama mereka. Ini kehidupan dikampung.
Sebab itulah penulis amat ngeri sekali dengan cara pembelajaran e-book yang
50-50 ada baik dan keburukannya.
Dan kepada
ibubapa yang berpeluang mendapatkan e-book untuk anaknya, sememangnya anda
tidak tahu menggunakannya. Cuma sekadar terima kasihlah BN. Hidup UMNO. Hidup
Melayu. 1 Malaysia. Itulah orang kampung.
Pejuanganmu
… wahai orang kampung, kamu masih ketinggalan kebelakang. Maka bangkitlah
pemikiranmu agar pandai berpolitik dan bermasyarakat jangan sampai berpecah
belah. Harta kerajaan adalah harta rakyat dan perlulah pembahagian sama rata
dan adil. Bukannya harta kerajaan untuk parti tertentu sahaja serta untuk
krooni dan kaum kerabat sahaja. Persoalan inilah perlu ada pedebatan semua
parti politik dan disiarkan kepada umum untuk nilaian rakyat.
Sebelum ini
pemberian wang eshan dan BR1M. Orang-orang kampung sememangnya tidak peka
dengan kejadian jenayah, harga barang naik dan kesusahan hidup untuk
mendapatkan tanah tapak rumah dan pertanian. Seolah-olah apa yang diberikan
kepadanya adalah harta parti BN. Kerajaan itu hak parti BN sahaja.
Bukalah
minda wahai orang kampung. Berpolitiklah cara yang betul, ikut contoh politik
singapura yang paling hampir dengan kita. Jika kamu menolak politik cara nabi.
No comments:
Post a Comment