Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 28
Petang Jumaat, seperti
biasa ibu Man bersama kumpulan Yasinnya ziarah ke satu rumah secara
bergilir-gilir. Kali ini rumah makcik Siah yang jaraknya lebih kurang 2 km dari
rumah Man. Ibu Man mintak Man hantarkan ke situ. Man cuma boleh hantar saja,
mana boleh ikut, itu semua perempuan. Hari itu ramai juga, dalam 40 orang. Masa
makan tu, mak Man nampak seorang wanita yang cantik dan menarik perhatiannya.
Sebelum ni, mak Man tak pernah nampak gadis itu dan mungkin bukan orang kampung
itu. Timbul hasrat di hati mak Man untuk mengetahui lanjut gadis itu, dah
berpunya ke belum ? Nampak macam belum kahwin sebab nampak muda saja,
mungkin awal 20-an tu.
"Siapa perempuan
yang baju biru tu Siah ?" Tanya mak Man pada Makcik Siah
seperti berbisik.
"Ohh.. Yang tu
Azura, anak sedara kita, baru sampai semalam". Kata makcik Siah.
"Dia anak sapa
pulak tu, kerja apa dia ?". Tanya mak Man lagi.
"Tu anak Abang
Dolah yang kat Kota Tinggi tuuu, tak kerja lagi, baru lepas sekolah. Lepas SPM
dia tak sambung mana-mana, tolong mak ayah kat kampung jer". Kata Makcik
Siah.
Mak Man memerhati
dengan betul-betul gadis itu, nampak rajin di dapur dan peramah melayan tetamu.
Ada satu yang terdetik di hati mak Man, iaitu untuk bercadang menjodohkan Man
dengan gadis itu. Itu pun kalau-kalau belum dah ditanda orang. Azura
datang ke rumah makcik Siah dengan adik lelakinya semalam, naik bas. Saja jalan-jalan,
lagipun rumah makcik Siah buat kenduri doa selamat. Oleh kerana mak ayah dia
tak sempat datang, maka Azura kira wakil keluarga pakcik Dolah lah.
"Siah... Azura tu
dan berpunya ke belum ?" Tanya mak Man bila tetamu lainnya dah ramai yang
balik. Tinggal di rumah makcik Siah tu dari kalangan keluarga saja.
"Bertunang tu
belum. Tapi tak tahulah dah ada kawan ke belum... Ada hajat ke ni ? Benda baik
apa salahnya". Tanya makcik Siah.
"Yer lah...
Cadang nak carikan Si Man tu, umur pun dah nak masuk 30 dah. Risau
juga kita tak kawin-kawin lagi Si Man tu...". Kata mak Man.
Tiba-tiba, kereta Man
sampai ke depan rumah Makcik Siah. Dari tadi Man tengok, orang lain dari
kumpulan Yasin dah balik, sebab tu Man datang ambil maknya.
"Itu pun Man.
Panjang umur dia yer". Kata Makcik Siah.
"Kita beransur
dulu yer Siah". Kata mak Man.
"Nantilah dulu,
ajaklah Man tu naik ke rumah, makanan pun ada lagi". Pelawa makcik Siah.
"Betul juga yer,
nanti kita panggilkan Man". Kata mak Man.
Mak Man menuju ke
kereta dan ajak Man naik ke rumah Makcik Siah. Mulanya Man malu dan tak mahu.
Maklumlah, kumpulan Yasin tu kumpulan perempuan saja, mana ada lelaki. Tapi
bila mak Man kata orang lain dah balik dan Makcik Siah nak tanya-tanya khabar
tentang kesihatan Man, akhirnya Man naik juga ke rumah. Man duduk bersila di
ruang tamu di sebelah ibunya.
"Bagaimana
sekarang Man, dah sihat betul ke Man ?" Tanya makcik Siah.
"Alhamdulillah
makcik, nampak dah beransur baik, cuma kalau matahari panas terik, terasa macam
sakit kepala". Kata Man.
"Baguslah tu,
berehatlah dulu sampai baik-baik betul Man. Kesihatan kena jaga, tidur dan
rehat kena cukup". Kata Makcik Siah.
"Itulah Siah...
Man ni degil, belum baik betul-betul dah nak balik ke Johor Bahru. Nantilah
dulu sampai sihat betul". Kata mak Man.
Tiba-tiba Azura muncul
dengan mengangkat makanan dan diletakkan di hadapan Man. Memang Man seorang
saja yang belum makan, maka Man seorang sajalah yang diletakkan makanan. Ada
nasi ayam, mee goreng dan air sirap. Man terkejut melihat gadis yang cantik
itu. Mukanya putih, kurus dan ayu berbaju kurung dan bertudung. Man terdiam,
terpaku dia melihat gadis itu. Mak Man nampak perubahan pada diri Man yang
asyik menjeling gadis itu. Lepas tu Azura turun ke dapur semula dan Man
menikmati jamuan ditemani ibunya.
Di dapur, Azura
tersenyum sendirian, secara tak sengaja tadi dia bertentang mata dengan seorang
lelaki hensem yang belum dikenalinya. Pada fikiran Azura, lelaki itu mungkin
orang berada dengan kereta wajanya yang berkilat baru cat. Waktu itu, orang
yang pakai kereta waja dianggap macam orang kaya. Cara Man merenungnya tadi,
membuatkan jantung Azura bergetar. Azura cuba curi-curi pandang ke arah Man di
dapur dan mengintai-intai Man dari celah lansir pintu. Kemudian, terdengar
suara makcik Siah memanggil Azura. Terkejut beruk betul Azura dibuatnya, orang
tengah mengintai-intai, rasa tersergah pulak.
"Azura! Tolong
ambilkan air basuh tangan..." Teriak Makcik Siah.
Azura tersipu-sipu dan
cepat dia ambil air basuh tangan dan bawa ke atas diletakkan di depan Man.
Sekali lagi Man menjeling Azura dengan penuh minat, tapi Man tak kata apa-apa.
Azura turun ke dapur semula, tak manis dia di atas sebab ada lelaki yang bukan
sedara maranya. Waktu Man dan ibu Man balik, makcik Siah hantar sampai ke
kereta. Azura pula di tangga sambil berbual dengan keluarga makcik Siah yang
lain. Man sempat memerhatikan wajah Azura. Azura pun begitu juga, nampak
malu-malu.
Di dalam kereta, ibu
Man nampak perlakuan Man yang sedikit berbeza. Tapi ibu Man belum boleh membuka
mulut lagi nak cerita pasal benda tu. Sebelum pulang tadi, mak Man sempat
berbisik dengan makcik Siah supaya tanyakan Azura, dah ada kawan ke belum.
Kalau belum tolong tanyakan, bagaimana kalau ada lelaki nak masuk
meminang. Mak Man masih bersabar tunggu berita selanjutnya dari Makcik Siah.
Man pula diam saja, macam tak ada apa-apa.
.....BERSAMBUNG KE
EPISOD 29
No comments:
Post a Comment