Oleh Ust
Saiful Bahri
Seorang wartawan Utusan mengajukan soalan, apakah pembangkang nih parti demo? Tak boleh ambil pendekatan lain ke yang lebih lunak? Soalan kura2 dalam perahu. Wartawan sendiri tahu bagaimana minda & pemikiran ahli politik Umno-BN. Mereka masih lagi pengamal politik penjajah. Mereka yang ada kuasa boleh buat apa saje yang mereka suka. Peranggai orang England yang masih ingat bahawa mereka masih lagi sebagai Penjajah British yang hebat. Mereka adalah The Bulldog bagi Eropah.
Sepatutnya mereka adalah pemimpin yang mewakili rakyat perlu
mendengar dan menyuarakan suara rakyat tetapi apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Dengan kuasa yang diberi oleh rakyat akhirnya mereka menjadi juara
penindas serta penzalim keatas rakyat.
Dalam isu demo nih saje je penulis menjawab persoalan yang
disuarakan oleh wartawan itu "Kita belajar dari demontrasi yang dianjurkan
oleh Umno ketika menentang Malayan Union... Kenapa sekarang Pas buat tak boleh?
Tidakkah Umno yang ajar?"
Dalam isu Rampasan Tanah Rakyat yang berlaku semenjak Umno-BN
mengambil alih pemerintahan sejak 2004, maka bermulalah era kezaliman dan
rampasan tanah rakyat ini yang melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan
masjid maupun madrasah. Bagi mereka yang membujur lalu dan yang melentang
patah. Mereka cuba menghapuskan semua tanda yang membuktikan jasa kerajaan BA
tahun 1999-2004 kepada rakyat.
Kita telah mengambil pelbagai pendekatan bagi menuntut agar
dikembalikan hak mereka yang terlibat. Pertemuan dan perbincangan dengan
Pegawai tanah daerah, bertemu dengan pihak PTG, report ke pihak SPRM, bertemu
Exco, Nak berjumpa dengan MB, serah memo kepada setiusaha beliau, melalui
mahkamah dan pelbagai jalan yang diusahakan tetapi benarlah kata A.Samad Said
selaku seniman Negara bahawa pemimpin Umno-BN ini mempunyai dua lidah tetapi
satu telinga sahaja.
Mereka hanya pandai member janji tetapi gagal mendengar suara
hati rakyat. Kerana itulah pencegahan munkar itu daripada cegahan hati yang
merupakan selemah iman hendaklah disuarakan dengan lidah dan menzahirkan
bantahan fizikal agar pemimpin Umno serta rakyat perlu disedarkan dengan
kezaliman yang berlaku ini.
Sebab itu pas mengambil keputusan untuk menyokong bantahan dan
demo yang akan diadakan oleh pihak mahasiswa terhadap Yayasan Terengganu yang
dipengerusikan oleh MB Ahmad Said sendiri pada 18hb April ini jika terus
berdegil untuk tidak menyambung kembali hak pinjaman 9 orang pelajar di Mesir.
Pertemuan, dialog serta perjumpaan dengan pihak Yayasan dengan rayuan, desakan,
memorandum. Tetapi jika sememangnya pemimpin Umno ni jenis keras hati maka
suara rakyat perlu digerakkan.
Pas Terengganu mengambil ketetapan untuk bersama rakyat
mengadakan demontrasi besar-besaran pada 24hb April ini di Wisma Darul Iman
sempena persidangan Dun Terengganu yang kita menjangkan bahawa semua adun
bahkan MB berada di Wisma dan boleh menerima memorandum rakyat untuk diserahkan.
Ini merupakan mobilisasi suara rakyat bersama Ngo’s seperti
GEMPUR, GEMPAR, ANAK, WARIS dan semua Ngo yang bersimpati dan membela rakyat.
Ia berkaitan dengan sifat rakus pimpinan Umno-BN yang merampas hak rakyat
menyentuh isu tanah di:-
1. Tanah I-Sharp yang bakal melibatkan tanah rakyat untuk
pembinaan kolam udang di Setiu.
2. Tanah jelapang padi di Langkap yang melibatkan petani lebih
daripada seratus orang yg diambil untuk diserahkan kepada syarikat untuk
dikomesialkan.
3. Tanah Banggol Donas yang melibatkan pembinaan Highway.
4. Tanah Generasi kedua Felda melibatkan 1,090 lot di Ketengah
Jaya yang dirampas untuk dikomesialkan
5. Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang dirampas oleh 5
JKKK di Kampung Limbong, Paka
6. Bantahan Anak terhadap penyerahan tanah Felda Plantation yang
akan diserahkan kepada FGVH untuk diapungkan di Bursa saham.
Inilah signal rakyat agar pemimpin perlu cakna dan menyelesaikan
isu rakyat ini dan diharapkan semua rakyat sedar dan boleh menggunakan kuasa
undi mereka bagi menggantikan pimpinan yang sombong dan angkuh ini dalam Pru
yang akan datang. Kejatuhan Umno-BN adalah sebagai jawapan yang paling tepat
untuk menyelesaikan permasalah ini.
No comments:
Post a Comment