MD. JUDYAR menunjukkan
batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor
semalam.
PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit
Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan
tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal
batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan
Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei
depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh
salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika
mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus
setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik
tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
Admin: Macam tidak suka je...
No comments:
Post a Comment