13 April 2012 jam 8.50 pagi sewaktu pulang dari menghantar Alieya ke kelas Kafa. Sampai rumah banglo berhampiran dengan Surau Solihin Taman Solehan, ada seorang Abang menahan motor dan terus bertanya "awak makan ikan keli dah?" saya tanya kenapa? dia terus tunjuk ikan keli 3 ekor dalam paya yang tersekat kerana air cetek. Saya cakap kepada dia kena balik dahulu untuk ambil sauk. Alhamdulillah dapatlah 2 ekor ikan keli yang boleh tahan besarnya. Lagi 1 ekor tidak dapat dikesan.
Agak-agak ikan keli ini masak apa paling sedap? Tengok telur dia dah berwarna hijau, tekan sikit dah terkeluar.
No comments:
Post a Comment