HULU KLANG: Pelakon
drama popular, Noor Azzarima Zawari atau Azza selamat melangsungkan pernikahan
bersama jejaka pilihan, Azlan Zulaily selepas solat Asar, semalam.
Pasangan ini
dinikahkan Imam Masjid Al-Syakirin, Bukit Antarabangsa, di sini, Hakim Abdul
Rahman selepas Azlan melafazkan akad sebanyak tiga kali.
Azza, 35, bernikah dengan Azlan bertugas sebagai pramugara AirAsia selepas bercinta dua tahun. Pengantin lelaki memberikan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang dibalas sembilan beserta wang hantaran RM10,000.
Azza yang masih sibuk
dengan penggambaran drama Baitul Rahmat menyatakan perasaan syukur selepas
majlis akad nikah yang diadakan secara ringkas selesai.
Katanya, dia bersama suami merancang mengadakan majlis resepsi di kampung Azza di Batu Kurau, Taiping, Perak pada Mei nanti.
“Pihak pasaraya Mydin berhasrat menaja satu majlis resepsi di cawangan baru di Taman Meru, Ipoh nanti.
“Pertemuan kami
sebenarnya bermula di Mydin USJ Subang Jaya dalam satu persembahan makan malam.
“Sebagai isteri saya perlu bahagikan masa kerjaya dan keluarga. Jika ada rezeki kami merancang menimang cahaya mata,” katanya.
Azlan, 25, pula
menyatakan dia menyukai isterinya itu atas faktor karakter Azza yang penyayang.
Pasangan ini belum menetapkan destinasi bulan madu dan masih dalam perancangan.
Antara rakan artis yang hadir, bekas anggota Elite, Shasha, Watie dan Abby Abadi termasuk Rozita Che Wan dan Roslan Shah.
Admin: Kalaulah cara
berpakaian begini didalam masjid maka menjawablah wahai AJK Masjid dan seluruh
Ustaz-ustaz yang berada semasa majlis ini tentang kemurkaan Allah. Adakah kita
semua tidak takut akan azab Allah. Bayangkan Allah turunkan bala ketika
ini….Nauzubillah. Insaflah wahai orang Melayu … yang mengaku Islam.
No comments:
Post a Comment