Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 29
Di Kemaman, Yanti
sibuk sebagai urusetia kursus yang selama dua minggu itu. Selepas seminggu,
Yanti jadi rapat dengan urusetia dan peserta yang semuanya pegawai kerajaan
yang sama gred dengan Yanti. Ramai peserta lelaki yang minat berbual dengan
Yanti termasuk lelaki bujang dan yang dah kawin. Hanya Yanti seorang saja
urusetia perempuan yang masih anak dara.
Selepas
seminggu, hari Sabtu tidak ada apa-apa aktiviti. Urusetia dan peserta kursus
yang duduk dekat, dibenarkan balik kampung. Tapi Yanti takkanlah nak balik KL,
cuti sehari jer. Yanti pun tak ada peracangan nak ke mana-mana sabtu tu,
cuma nak basuh-basuh baju dan tidur puas-puas saja. Waktu sarapan pagi, Yanti
duduk semeja dengan peserta kursusnya.
"Hari ni kamu
semua ada perancangan nak ke mana yer ?". Tanya Yanti masa di meja
makan.
"Cik Yanti. Apa
kata kalau kita jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Nanti petang
balik semula. Boleh juga cari baju batik." Kata seorang peserta kursus
lelaki.
"Kuala Terengganu
? Bagus juga tu, tapi Yanti tak tahu jalanlah, tak biasa ke sana". Kata
Yanti.
"Tak apa. Saya
tahu jalan sana. Dulu saya masa kecil-kecil besar di Kuala Terengganu".
Kata peserta lelaki tu.
Yanti setuju dan
mereka berempat iaitu dua perempuan dan dua lelaki naik kereta Satria Yanti ke
Kuala Terengganu. Ke semua mereka masih bujang iaitu Badrul, bertugas di
Selangor, Joe, bertugas di Melaka dan Maria yang bertugas di Johor. Oleh kerana
Yanti tak biasa jalan tu, Badrul yang pandu kereta Yanti. Yanti dan Maria duduk
di belakang.
Perjalanan dari
Kemaman ke Kuala Terengganu amat menarik bagi Yanti dengan suasana kampung dan
jalan pantai yang cantik. Sampai ke Pasar Payang, Kuala Terengganu, Yanti
teruja melihat pakaian yang cantik-cantik yang jarang dilihat di tempat lain.
"Cik Yanti. Kalau
beli pakaian kat sini, kena tawar sampai separuh harga. Kalau harga RM 200,
tawar sampai RM 100. Kalau nak murah lagi, cakap sleng Terengganu sikit".
Kata Badrul.
"He
he...Pandailah kau Badrul. Mana lah tahu cakap Terengganu....". Kata
Yanti.
Yanti beli beberapa
helai kain dan baju batik. Kemudian dia belikan baju batik untuk ayah dan
maknya. Harga boleh tahan murah juga. Harga situ letak RM 250 sehelai pada baju
batik lelaki, tapi bila Badrul cakap sleng Terengganu sikit, penjual tu kasi RM
100. Yanti beli saiz XL untuk ayahnya. Lepas beli semua tu, Yanti rasa nak beli
sehelai lagi baju iaitu untuk Man Burger.
"Badrul. Jom pegi
semula kedai tadi, nak cari sehelai lagilah baju lelaki". Kata
Yanti.
Yanti beli lagi satu
baju dengan harga RM 100 juga, cantik baju tu. Yanti pilih warna biru
sebab Yanti tahu itu warna kegemaran Man. Bila Yanti nak bayar duit, Badrul
menyampuk.
"Kejap-kejap
Yanti....Tadi beli saiz XL, sekarang L pulak. Muat ker ayah Yanti ni. XL ke L
?" Kata Badrul.
"Takper-takper....ini
anak sedara Yanti lah." Perkataan tu keluar dari mulut Yanti secara tak
sengaja. Nasib baik Yanti tak beritahu, itu baju Man.
Seronok dan terhibur
Yanti di Terengganu. Dalam perjalanan balik ke Kemaman,, Yanti teringat Man.
Dia dah dalam sebulan tak telefon Man. Yanti mahu mencari ketenangan dan
kedamaian diri. Tapi Yanti tetap simpan perasaan untuk jumpa semula Man lepas
ni. Mungkin Yanti nak ke JB nanti, nak ambil sikit-sikit barang dia, boleh lah
jumpa Man. Rumah sewa di JB pun, Yanti masih bayar separuh sehingga hari itu.
Baju batik Man, Yanti nak serahkan sendiri pada Man.
Yanti terus mengalamun
dalam perjalanan itu, Badrul pandu kereta nampak sopan saja, tak berapa laju.
Sekali sekala, Badrul menjeling Yanti di belakang.
"Tak mengantuk
ker Cik Yanti ?". Tegur Badrul.
"Ermmmm...".
Suara Yanti.
Badrul ada menyimpan
perasaan pada Yanti. Mereka sama umur, sama-sama ada ijazah. Yanti kerja KL,
Badrul Shah Alam, tak jauh. Tapi Badrul tak luahkan perasaan pada Yanti,
maklumlah Yanti urusetia, Badrul peserta. Badrul rancang nak luahkan perasaan
bila tamat saja kursus seminggu lagi nanti. Sekarang mereka berdua nampak mesra.
Sms berbalas-balas dalam sehari banyak kali juga. Bagaimanapun, perasaan
Yanti tidak begitu, dia seolah-olah sudah tawar untuk jatuh cinta pada lelaki.
Kesetiaan hatinya adalah pada Man.
Pada Man pun, selama
di Kemaman tu, Yanti cuba untuk tidak mahu menjauhkan diri dengan Man. Yanti
cuba untuk menganggap Man sebagai kawan biasa saja, bukan kekasih. Tapi bukan
senang nak buang semua tu.Yanti rasa, tak sepatutnya dia beli baju batik untuk
Man. Kalau beli, mesti nak kasi Man. Kalau kasi Man, nanti kemesraan itu akan
kembali, Yanti buntu.
Badrul cuba untuk
menambat hati Yanti. Dia tahu Yanti belum bertunang dan belum ada pakwe menurut
kata Yanti. Setiap hari masa kursus tu, Badrul tetap berharap, suatu hari
nanti, Yanti pasti akan jadi miliknya. Dalam sms Badrul, kebanyakannnya
perbualan biasa saja, tidak kira siang malam. Yanti pula balas hampir setiap
kali terima sms, dia seroang gadis yang peramah. Sesekali Badrul hantar sms
cinta pada Yanti.
"Yanti, boleh ke
nak hadiahkan cincin pada Yanti ?" Sms Badrul pada satu malam selepas
tamat aktiviti malam. Waktu itu, Badrul sedang baring-baring di katil sebelum
tidur. Malang pada Badrul, sms tu tak berjawab. Sepanjang malam itu, Badrul tak
lena tidur, bimbang Yanti terasa atau bimbang kalau kiriman cintanya
tidak berbalas. Esoknya Badrul sms lagi dengan bukan ayat cinta dan sms itu
berbalas pula. Badrul masih gagal untuk meluahkan perasaannya pada Yanti, Yanti
mengelak kalau ada sms sebegitu.
Tapi kekadang, Badrul
nampak Yanti kalau nampak Badrul minum di kantin, Yanti datang di
sebelahnya tanpa dipelawa. Yanti jadikan Badrul sebagai teman berbualnya,
sama-sama peramah. Bagaimana hubungan Yanti dan Badrul seterusnya ?...
....BERSAMBUNG KE
EPISOD 30
No comments:
Post a Comment