Ikut
ceritanya, seorang perempuan 20-an disahkan mengandung 8 bulan oleh pihak
perubatan. Dia kata, dia pergi ke klinik sebab sakit perut dan rasa loya serta
tak tahu pun dia mengandung.
"Jadi
kamu sudah tak datang bulan lebih 8 bulan ?". Tanya saya.
"Yer,
betul". Jawab dia ringkas.
"Jadi
kenapa kamu tak syak yang kamu mengandung ?" Tanya saya.
"Saya
tak tahu, sebab kekadang saya datang bulan tak menentu". Jawab perempuan
tu.
"Ermmm..
ustazah. Betul ker boleh jadi begitu ?" Tanya pada pada seorang ustazah
yang duduk di sebelah perempuan tu.
"Memang
tak pernah berlakulah macam ni. Tapi tak tahulah..." Jawab ustazah tu.
Apa
Cerita Sebenarnya
Perempuan
ini 20-an kerja di sebuah kilang ada pakwe 20-an kerja di sebuah bengkel. Dia
mengaku yang ada buat hubungan sex luar nikah pada 8-9 bulan dulu dan
mengesahkan itu adalah kerana perbuatan mereka secara sukarela.
Dan
juga, kali terakhir mereka buat hubungan sex pada 2 minggu lepas, iaitu masa
sedang mengandung. Cuma dia kata, baru-baru ini saja perempuan tahu dia
mengandung. Bila ditanya, berapa kali pernah melakukan hubungan sex ini, dia
tak ingat kerana sudah banyak kali sejak 2 tahun.
Pada
saya, nak cerita apa-apa, kata tak tahu ker, tahu ker, salah tetap salah.
Pasangan ni nak nikah segera, itu pun tak ada halangan. Tapi pasangan ini tetap
akan didakwa di mahkamah syariah kerana perbuatan mereka ini.
No comments:
Post a Comment