PLAT termahal dunia,
'1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul
Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya,
Bugatti Veyron.
KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW
1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu
mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut
dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender
belum lagi dibuka kepada orang ramai.
"Sejak pengumuman
mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World
Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang
berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika
ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Admin: Manusia yang tiada perasaan kasih sayang sanggup berbelanja besar bagi memuaskan hawa nafsu, sedangkan disekelilingnya terdapat fakir miskin.
No comments:
Post a Comment