BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, March 31, 2012

Mesyuarat Bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ

 

29 Mac 2012 Khamis jam 5.30 petang. Mesyuarat bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ di adalah didalam kelas Abu Daud. Alhamdulillah semua Cikgu 8 orang termasuk 1 orang Ustaz dan 1 orang Ustazah dapat hadir. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Cikgu Azmi Ali selaku AJK SKJ.

Agenda mesyuarat yang dibentang oleh Cikgu Maizura selaku pengetua Pasti dan Kafa Al Falah SKJ antara yang menariknya ialah sambutan hari lahir bagi pelajar Pasti setiap bulanan yang telah dilaksanakan setiap akhir bulan. Lawatan pelajar Pasti dan Kafa ke tempat-tempat yang di fikirkan bersesuaian dengan pelajar. Persediaan pelajar dalam pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring diperingkat kawasan. Sessi fotografi sebagai persediaan awal untuk majlis Ihtifal 2012 nanti. Persediaan pelajar-pelajar untuk Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat SKJ, peringkat kawasan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Mesyuarat PIBG - anugerah pelajar cemerlang dipertengahan tahun. Sukaneka Pasti dan Kafa.

Dalam pembentangan yang disusun secara teratur  mengikut jadual yang telah dirancang, Cikgu Maizura menyampaikan secara terprinci agar semua yang hadir dapat faham akan kehendak arah tuju Pasti dan Kafa pada tahun 2012. Cikgu Maizura menyatakan pihak Pasti Al Falah telah menerima pelajar yang berumur 3 tahun dan menjadi Pasti Al falah yang ke 3 teramai dalam daerah Kemaman.

Dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh ibabapa pelajar, pihak AJK SKJ menyerahkan kepada pihak pengurusan Pasti Al Falah untuk mengendalikan apa yang disuarakan untuk di ambil tindakan segera supaya isu-isu sebegini tidak berpanjangan. Harapan bagi pihak AJK SKJ agar pihak ibubapa faham akan tugas guru dan pihak ibubapa perlu prihatin tentang perkembangan pembesaran anak-anaknya. Peringkat kanak-kanak terlalu banyak kenakalannya. Oleh itu sama-samalah menjiwai alam kanak-kanak ini supaya perkara yang kecil tidak diperbesarkan.

Perkara yang dibangkitkan oleh guru-guru Pasti ialah kekurangan bilik kelas, kelas yang panas perlu aircond, pelajar semakin bertambah, perlu tambahan plug 3 pin, perlu TV, pelajar dan ibubapa perlu maklumat tentang apa-apa perkara tentang Pasti Al Falah SKJ setiap masa dan tempat penyimpanan pakaian pelajar.

Dalam rumusan atas perkara ini pihak AJK SKJ telah memutuskan untuk diadakan mesyuarat khas untuk dibincangkan lebih lanjut tindakan yang akan diambil.

Hasil masyuarat tergempar sebelah malam. Sebagai tindakbalas awal pihak SKJ bersetuju untuk menambah 2 bilik kelas lagi (membeli kabin RM7.500 sebuah ataupun membuat sendiri kelas yang berbentuk kabin) tempat sudah dikenalpasti, pemasangan plug 3 pin (sudah dipasang), pemasangan aircond dalam proses rundingan dengan pembekal. Keperluan TV menunggu sumbangan daripada Jemaah yang sudi menyumbang terlebih dahulu sebelum membeli yang baru.



No comments:

Post a Comment