BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, March 7, 2012

Sesak dari Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar











KUALA LUMPUR - Trafik mengalami kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke pusat bandar pagi ini berikutan penutupan terowong SMART sejak pukul 8 malam tadi.
Jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan kesesakan tersebut dikesan sejak 6.30 pagi tadi namun laluan menghala ke Seremban berjalan lancar.
Sementara itu Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan terowong itu ditutup kepada lalu lintas mulai 8 malam berikutan hujan lebat di samping membolehkan operasi banjir SMART dijalankan.
"Kami merayu pemandu kenderaan bersabar dan bekerjasama selain mematuhi arahan mengenai penutupan terowong melalui pengumuman media, pelbagai papan tanda arahan, laman sesawang Smart Tunnel www.smarttunnel.com.my; twitter @smarttunnel atau melalui Facebook Smart Tunnel Facebook,” kata kenyataan itu.
Bilik Gerakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memberitahu beberapa kawasan mengalami kesesakan dipercayai berpunca daripada hujan lebat.
Antara kawasan yang sesak ialah di Lebuhraya NKVE dari Shah Alam menuju Subang dan Lebuhraya ELITE dari Putrajaya menuju ke Seafield. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment