Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 26
Masuk ke rumah, ibu
Yanti ada di ruang tamu. Ibunya nampak gembira dan memanggil bapa
Yanti yang waktu itu ada di bilik lepas solat Isyak. Yanti sedikit berdebar
menunggu ayahnya keluar dari bilik. Sementara itu, Yanti sempat memerhatikan di
dinding ruang tamu yang perhiasannya nampak ada sedikit perubahan
susun aturnya. Yanti terkejut bila melihat beberapa gambar Yanti tergantung di
dinding. Antaranya gambar Yanti berjubah bersama ayahnya selepas menerima
ijazah. Kemudian, Yanti memerhatikan gambar-gambar lain.
Ada satu gambar tu, gambar Yanti sekeluarga pada satu hari raya Aidilfitri yang Yanti tak ingat bila, tapi itu masa Yanti masih kecil dan adik beradiknya semuanya belum kahwin. Yang menyentuh hati Yanti, gambar Yanti sekeluarga itu, Yanti duduk di sebelah abangnya Fuad dengan begitu mesra nampaknya. Tersentuh hati Yanti. Itu dulu, sekarang Yanti dan Fuad bagaimana ? Bolehkah keriangan itu kembali.

Tak lama kemudian,
Yanti dengar suara bapanya batuk, bapanya baru keluar dari bilik, lepas solat
tadi. Yanti menuju ke arah bapanya yang berbaju Melayu putih dan berkain
pelekat dan berkopiah putih. Yanti bersalaman dan memeluk bapanya sambil
menangis.
"Abah...Ampunkan
Yanti, abah.". Kata Yanti.
Bapanya
menggosok-gosok kepala Yanti. Yanti terasa, ayahnya kelihatan kurus dan tak
seperti dulu. Nani memerhatikan saja Yanti. Nani gembira kerana dengan
nasihatnya supaya menjenguk ayah Yanti, dapat menjernihkan keluarga Yanti.
Mereka makan malam bersama, Yanti akui, dia sudah lama tak makan bersama
bapanya. Yanti duduk di sebelah bapanya dan banyak bertanyakan kesihatan
bapanya.
"Abah sekarang
kena ke hospital seminggu sekali. Yang terbaru, doktor kata buah pinggang abah
ada lemah sikit sebab ada mengecut sikit". Kata ayahnya.
"Yer, abah
hari-hari kena makan ubat kencing manis dan darah tinggi. Kadang-kadang abah
ada alahan dengan ubat tu, kekadang cirit birit, mak cepat-cepat
bawak pegi hospital". Kata ibu Yanti.
Yanti diam sambil
makan.
"Yanti, mak
kadang-kadang pun tak berapa sihat, kadang-kadang pening mata. Nak bawak kereta
tu macam tak berapa berani, lebih lagi jalan jem nak ke hospital tu.....
Jadi kalau Yanti duduk rumah ni, kurang-kurang dapat bantu hantar abah ke
hospital kalau abah ada temujanji dan kecemasan." Kata ibu Yanti.
Yanti terus terdiam
dan memandang ke arah Nani. Yanti nampak Nani tersenyum
dan mengangguk saja.
"Nanti mak...
sekarang Yanti masih sibuk dengan kerja-kerja, kekadang balik sampai
malam". Kata Yanti. Hati dan perasaan Yanti masih serba salah.
Yanti tak lama di
rumah ibu bapanya. Perasaan Yanti selalu bermain,Yanti takut kalau
abang-abangnya datang ke situ malam tu. Yanti fikir, kalau ada abangnya, mugkin
ada berlaku pergaduhan besar malam itu. Yanti tak mahu bergaduh lagi, dia mahu
mencari ketenangan.
Dalam kereta, Yanti
dan Nani berbual, antaranya adakah patut Yanti duduk di rumah ibu bapanya di
KL.
"Kenapa tak
patutnya, itu kan rumah kau, rumah mak ayah, bukan rumah adik beradik".
Kata Nani.
"Aku tahu, tapi
adik beradik aku pasti akan kerap datang. Aku tak mahu berdepan dengan
adik beradik aku pada masa ni. Entahlah, kecewa pun ada, malu pun ada. Aku rasa
malu dengan mereka, aku jadi bahan ejekan dalam keluarga aku. Semua orang
persalahkan aku....". Kata Yanti.
"Tapi itu dulu
Yanti, sekarang belum tentu. Bergaduh adik beradik ni lambat laun akan berdamai
juga. Lebih lagi masa mak ayah kau masih ada ni. ". Kata Nani.
Yanti dan Nani singgah
di sebuah kedai mamak di Gombak, nampak meriah kedai tu. Waktu itu jam dah
menunjukkan 12.00 malam tapi mereka belum boleh tidur. Dalam perbualan di
kedai itu, Yanti bertanyakan pendapat Nani tentang hubungannya dengan Man
Burger. Patut diteruskan atau tidak.
"Nani. Kalau
kaulah, kalau kau di tempat aku, perlukah kau teruskan perhubungan dengan Man
Burger tu". Tanya Yanti seolah-olah mahu Nani meletakkan diri Nani ke
dalam dirinya.
"Yanti. Maafkan
aku, kalau aku mengguris hati kau. Bukan niat aku nak mengguris hati kau
Yanti". Kata Nani.
Yanti terdiam sambil
menggangguk dan mendengar baik-baik apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu.
"Kau sanggup
terima Man Burger, sedangkan kau kehilangan mak, ayah kau yang melahir dan
membesarkan kau dan kehilangan adik beradik kau. ?" Tanya Nani.
Soalan itu sukar
dijawab oleh Yanti dan Yanti terus terdiam. Jantungnya tersentak dengan soalan
keras Nani itu, tajam dan tepat menyentuh sanubari Yanti soalan itu.
"Tapi kalau kau
tolak cinta Man Burger, kau akan terus ada mak, ayah dan adik beradik. Mana
yang lebih jadi keutamaan dalam diri kau Yanti....... Maafkan aku Yanti
bertanya soalan begini". Kata Nani.
"Entah Nani, aku
sukar jawab. Yang aku fikir, aku tak mahu hilang sapa-sapa dalam hidup aku. Aku
taknak hilang mak, ayah, adik beradik dan aku taknak kehilangan abang
Man". Kata Yanti yang masih angkuh menegakkan benang yang basah, masih
mempertahankan Man Burger.
"Ok. Yanti, yang
aku nampak, sekarang ini, kau tak akan dapat semua, kau akan hilang salah satu.
Kau kena tabah menghadapinya....". Kata Nani.
"Betul kata kau,
Nani. Aku tahu, abang-abang aku sangat keras kepala. Mereka sampai sanggup jadi
penjenayah dan pembunuh supaya aku tinggalkan abang Man....". Kata Yanti.
"Yer, yang aku
nampak, abang kau akan buat apa saja supaya hidup kau tak bahagia walaupun kau
dah kawin dengan Man Burger tu. Jadi, jangan sampai hidup kau nanti diselubungi
ketakutan dan masalah" Kata Nani.
Yanti
mengangguk-angguk dan tidak menjawab. Kemudian mereka pulang ke rumah.
Hari itu, banyak perkara yang Yanti lalui dan malam itu seakan tak mudah memelapkan mata. Yanti tengok, Nani tidur lena sampai berdengkur, tapi malam itu dia sukar melelapkan mata. Sudah beberapa minggu dia berpindah ke KL dan dia tidak pun menghubungi Man Burger. Bagaimana kesihatan Man ? Sudah sikat ke belum. Sudah jawab sms atau boleh bercakap dalam telefon ke belum ? Yanti tak tahu. Tapi dia mahu sendirian sekarang, dia tahan kerinduan yang penuh dendam kesumat pada Man Burger. Dia berjaya nampaknya.....
Yanti teringat kata-kata kawannya Nani itu, yang patut juga Yanti duduk di rumahnya saja, rumah pun tak jauh dengan pejabat. Boleh juga bantu ayah yang tak berapa sihat. Sebagai anak perempuan, bila lagi nak jaga ayah dalam keadaan macam ni. Anak perempuan lain, bukan macam anak lelaki.
Fikiran Yanti kembali berkecamuk. Wajarkah dia pindah ke rumah ayahnya. Nani pun bukan lama lagi di rumah ni, dalam 5-6 bulan lagi Nani nak kawin, dah tentu keluar rumah... Dua tiga hari lagi, Yanti akan ke Kemaman, jadi urusetia kursus induksi pegawai, dua minggu di sana.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 27

No comments:
Post a Comment