BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Friday, March 16, 2012

Mengingat Dosa Untuk Insaf


Oleh: lifeofaku
Bismillah walhamdulillah,

Sahabat dan teman sekalian, seringkali dalam blog mahupun laman facebook, saya menimbulkan hal dosa dan pahala. Ketahuilah, antara sebab mengapa hati tidak tenang, hidup tak aman dan serba tak menjadi, adalah natijah dari dosa yang telah kita lakukan.

Mengingat Dosa bukan untuk putus asa, tapi untuk insaf 

Sekali buat salah bukan bermakna salah untuk selama-lamanya. Putus asa sangatlah dicela. Ianya ibarat mengurangkan atau hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Allah yang memiliki sifat pengampun dan Dia adalah yang ‘Maha Pengampun’. Memberi maksud, sangat hebat dan luasnya pengampunan Allah.

Bagi saya mengingati dosa untuk insaf tidak ada salahnya. Tapi jika sebaliknya, mengingat dosa sampai tak tahu nak buat apa, sampai hilang kebergantungan kepada Tuhan Pencipta, maka itu juga adalah sebaliknya. ( salah ).

Justeru, setiap manusia mesti ada rasa insaf dalam diri bagi mencetus rasa untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi hamba yang mulia di sisi Tuhannya.

Bagi yang sering terperangkap dengan mainan ungkapan ‘putus asa’ dengan dosa, bangkitlah ! kerana keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang yakin dengan Maha Pengampunannya.

Ingatlah dosa untuk insaf, jauhi putus asa!
>لاتقنطوا من رحمة الله

Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah
(Surah Az-Zummar : 53)

Wallahua’lam

Life Of Aku

No comments:

Post a Comment