Drp: Ustaz Mohd Khalil
Sekali dengar memang
susah nak percaya cerita ini. Cerita apa ? Cerita seorang lelaki anak 4, dulu
dia orang kaya, sekarang dah jadi orang susah. Dulu dia kerja kerajaan,
kemudian pergi ke swasta dan kemudian buat bisnes sendiri. Waktu dalam kerajaan
dan swasta kira dia walaupun belum kaya tapi kira semua cukup. Masa berniaga,
dia boleh dipanggil orang kaya atau jutawan.
Siapa dia ini ?
Saya tanya dia
mengenai beberapa orang yang dia kenal sebab dia mengaku dia kerja itu. Memang
dia kenal orang itu, malah rakan satu pengajian universiti dengannya pun
ada. Waktu di swasta, gajinya mencecah 10,000 sebulan. Isteri dia juga kerja
kerajaan yang gaji besar juga. Apabila bersara (bukan pencen sebab lelaki
ini tidak ada pencen), lelaki ini masuk bidang perniagaan yang serba sedikit
ada kaitan dengan kerjanya selama dalam kerajaan dan swasta dulu.
Kalau dikira
pengalaman dia, secara kasarnya memanglah kita rasa dia akan berjaya dalam
bisnes yang diceburinya. Tapi kemewahannya tidak lama, akhirnya bisnes dia
lingkup. Habis semua duit simpanan dan KWSP dia. Bila ditanya, macammana duit
itu boleh habis, katanya banyak kena tipu dalam bisnes. Yang tipu ini adalah
kawannya sendiri, satu bangsa satu agama juga. Jumlahnya kalau dikumpul-kumpul,
angka sudah mencapai angka juta.
Makan Duit Pencen
Isteri
Bernasib baik juga
isteri ada pencen 1,000 lebih sebulan. Kalau nak ikut macam
orang lain, dapat pencen penuh tapi isterinya tak penuh sebab ambil pencen awal.
Tapi bila ditolak kos hidup sekarang, kira macam tak ke mana juga.
Anak dia 4 orang iaitu 3 sedang belajar di universiti
termasuk seorang di luar negara dan seorang sedang sekolah
berasrama.
Dia hanya ada sebuah
rumah di KL yang sudah dibelinya lama dulu dan dah habis bayar bank. Itu
sajalah rumah yang dia ada, nak dijual tak patut pulak, nak duduk mana nanti.
Dia ada satu kereta yang usianya dah belasan tahun, dah habis bayar bank, nak
tukar kereta tak mampu.
Anak Belajar Banyak
Keluar Duit
Anak 3 orang
universiti, seorang sekolah asrama, bukan sikit belanjanya. Setiap bulan
ibubapa terpaksa beri pada anak untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.
Kiranya giliran ibu dan bapa dah selesai, dulu ibu dan bapa belajar sampai
universiti juga. Hidup mak bapak senang tapi sekerat jalan saja senang, lepas
tu jadi susah pula.
Bukan kata nak beli
baju dan seluar baru, nak makan pun mak bapak tak cukup
sekarang. Namun, hidup ini perlu diteruskan. Ibu dan bapanya banyak habiskan
waktunya di masjid berjemaah dan banyak berkawan dengan ustaz-ustaz dan
imam-imam. Dia sedar masa muda dan senangnya dulu dia banyak lalai dan alpa.
Isterinya pula selalu
bersedih tetapi akhirnya menerima hakikat yang hidup ini adalah seperti putaran
roda, ada masa kita ada kuasa dan jawatan. Dan ada masanya kita berada di
bawah, orang lansung tak mahu pandang kita. Isterinya jadi seorang yang lansung
tak mahu meminta-minta dari orang lain. Pasangan ini tak mahu mintak
tolong sana, mintak tolong sini walaupun kawan-kawan satu pengajiannya dulu
sekarang jadi orang besar dan hebat. Pasangan ini redha, bahawa kekayaan itu
bukanlah jaminan kebahagian hidup yang mutlak.
Pasangan ini
jadi tabah menghadapi liku-liku hidup ini serta banyak berserah kepada Allah
menentukan masa depannya. Yang dia mahu lihat sekarang adalah kejayaan
anak-anak yang semuanya belajar pandai.
No comments:
Post a Comment