SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda
RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah
atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di
sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman,
23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan
dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita
tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas
pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta
Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25
atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang
pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah
akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap
kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama
baik diri dan keluarga mereka.
Admin: Hancur negara boleh pemerintah yang tolak hukam hakam daripada Allah.
No comments:
Post a Comment