TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
PARIT: Ibarat pesta
maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan
kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas
untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan
suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai
‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini,
malam kelmarin.
Majlis yang mendapat
jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk
sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh,
Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila
itu.
Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir
dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa
penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga
jam.
No comments:
Post a Comment